Pages

Wednesday, June 15, 2011

resepi ayam masak black pepper :)

hari ini baby (er. saya sebenarnya.. :P) teringin nak makan ayam masak black pepper. kebetulan tengan duk chat dengan maklang lina di Facebook, tanya lah dia resepi macam mana nak masak ayam masak black pepper ni. tapi resepi beliau ayamnya kena perap dulu dengan halia, bawang merah dan putih. sedangkan saya dah pun perap ketul-ketulan ayamku dengan kunyit dan garam. jadi. plan B. iaitu menggodek-godek di Google. resepi ini yang saya jumpa. http://www.myresipi.com/top/detail/7286.

hm. nampak senang dan hasilnya macam sedap aje. jadi apa lagi. saya pun cuba lah. dan alhamdulillah. hasilnya sedap sungguh~~! (ok. -.- saya exaggerate. tapi ok lah kut since suami saya suka dan cakap sedap.)


nak cuba jugak? boleh`~

bahan-bahannya:
5 ketul ayam
1 biji kentang (di hiris)
5 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 cm halia, 1 sudu besar lada hitam - di blend
1/2 biji capsicum (di hiris)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
1/2 bawang besar (di hiris)

cara-caranya?

1. goreng dulu ayam dan kentang. ayam di goreng jangan sampai jadi garing sangat.
2. then, tumis bahan yang dikisar tadi dengan minyak sampai garing.
3. bila dah garing, masukkan sos lada hitam dan sos tiram. kacau-kacau biar sebati. then masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi. kacau-kacau.
4. masukkan hirisan bawang besar dan capsicum.
5. masukkan sedikit kicap untuk jadikan kuah itu sedikit hitam
6. then, rasa. if kurang masinnya, masukkan lah sedikit garam ya.

pastu? SIAP dah~~

senang kan?? selamat mencuba ye. whee

p/s: i love to cook. especially for my love ones....

No comments: