Pages

Showing posts with label cooking. Show all posts
Showing posts with label cooking. Show all posts

Friday, June 17, 2011

resepi spageti goreng :)

this time saya nak share resepi spageti goreng plak. smalam try buat spageti goreng tanpa sos prego yang ready made tu. nasib baik menjadi dan sedap. dan paling penting, suami saya suka ~ selalunya saya akan tumis bawang and guna lebihan sos spageti yang telah dimasak.. leftover nye..

sonang aje sebenarnya. cuma perlukan keberanian aje. chehwah. (alahai.. masak spageti goreng je pun -.-)

bahan-bahan yang diperlukan hanyalah..

  • spageti
  • 2 biji telur (goreng dulu jadi scramble egg)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai lada kering
  • 1 lobak merah (hiris)
  • 1/2 biji capsicum (hiris halus)
  • 2-3 batang sosej ayam (hiris halus) - ni adalah untuk lauk. sebab ada ni je. so letak je la sosej. kalau nak guna lauk lain macam ayam ke. daging ke. ok saje. (kot? :P)
  • kicap
  • salad (hiris halus)

cara-caranya ialah..

  1. blend bawang besar, bawang putih dan lada kering tadi sampai hancur. then, tumis sampai naik bau.
  2. masukkan sosej, lobak merah, capsicum dan kacau-kacau.
  3. masukkan sedikit kicap. (ni saya main letak je. asal rasa cukup dan sedap aje.. ok la..)
  4. then, masukkan spageti yang telah direbus terlebih dahulu dan scramble egg. kacau-kacau biar sebati. 
  5. hidangkan dan tabur salad yang telah dihiris halus tadi dan SIAP. :)

takyah masukkan garam dah. since kicap dah ada kan. tapi for safety. sila lah rasa dulu ye. maybe saya ada luck kot masa masak ni semalam. sebab tu takyah tambah garam or seasoning yang lain.

owh. seronot nya masak. whee.. lagi-lagi bila menjadi dan orang yang kita sayang suka.

my 1st spageti goreng. :) -bangga-bangga- -.-

Wednesday, June 15, 2011

resepi ayam masak black pepper :)

hari ini baby (er. saya sebenarnya.. :P) teringin nak makan ayam masak black pepper. kebetulan tengan duk chat dengan maklang lina di Facebook, tanya lah dia resepi macam mana nak masak ayam masak black pepper ni. tapi resepi beliau ayamnya kena perap dulu dengan halia, bawang merah dan putih. sedangkan saya dah pun perap ketul-ketulan ayamku dengan kunyit dan garam. jadi. plan B. iaitu menggodek-godek di Google. resepi ini yang saya jumpa. http://www.myresipi.com/top/detail/7286.

hm. nampak senang dan hasilnya macam sedap aje. jadi apa lagi. saya pun cuba lah. dan alhamdulillah. hasilnya sedap sungguh~~! (ok. -.- saya exaggerate. tapi ok lah kut since suami saya suka dan cakap sedap.)


nak cuba jugak? boleh`~

bahan-bahannya:
5 ketul ayam
1 biji kentang (di hiris)
5 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 cm halia, 1 sudu besar lada hitam - di blend
1/2 biji capsicum (di hiris)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
1/2 bawang besar (di hiris)

cara-caranya?

1. goreng dulu ayam dan kentang. ayam di goreng jangan sampai jadi garing sangat.
2. then, tumis bahan yang dikisar tadi dengan minyak sampai garing.
3. bila dah garing, masukkan sos lada hitam dan sos tiram. kacau-kacau biar sebati. then masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi. kacau-kacau.
4. masukkan hirisan bawang besar dan capsicum.
5. masukkan sedikit kicap untuk jadikan kuah itu sedikit hitam
6. then, rasa. if kurang masinnya, masukkan lah sedikit garam ya.

pastu? SIAP dah~~

senang kan?? selamat mencuba ye. whee

p/s: i love to cook. especially for my love ones....

Sunday, August 15, 2010

popia goreng anyone?

antara juadah  berbuka puasa yang biasa saya dan famili buat bila berbuka dirumah adalah popia goreng. dan hari ni saya amat berbangga kerana, popia goreng yang terhasil adalah hasil air tangan saya seorang. yeay~ hehe

senang je nk buat. bahan-bahannya adalah...

campuran hirisan lobak merah, sengkuang, hotdog rebus, fishball rebus, & udang rebus. sepatutnya ada hirisan timun, tp saya terlupa. :P tp takpe. sedap je. and then..

kulit popia.. and then..

letakkan isi popia tadi [hirisan sayur and hotdog & udang & fishball rebus tadi] dalam kulit popia. sehingga penuh satu pinggan seperti gambar di bawah..

cantik tak cantik tak? haha. bila dah siap ni, boleh la kita start menggoreng~ sehingga ia menjadi kekuningan seperti di bawah.


and then we are done~!

nak lebih sedap, sila lah cicah dengan sos cili. jika anda penggemar sos tomato, sila2.

owh i love ramadhan.

^__^

selamat mencuba dan amal-amalkan~ :P