Pages

Wednesday, September 2, 2015

pregnancy effects on me

alhamdulillah, Allah beri peluang untuk aku mengandung lagi kali ni. dan setiap kali pregnant, berbeza aje pengalamannya. kali ni, ada la a few major things that happened to me that did not happened previously.

1. Bleeding gums T.T

It all started when i had this bad fever and ulcers in my mouth during last Ramadhan. tiba-tiba jadi sangat sensetif mulut ni. berus gigi sikit, hasil kumur sure bewarna merah. nguu takut. hasil google mengatakan its normal sebab ms pregnant ni ada perubahan hormon, and increase of blood flows which is some redirected to gums, but still horror ok. now to help reduce this problem, i am using paradontax tooth paste. ok la kot so far. but still bleed la sikit-sikit during brushing session. hope it wont last forever.

2. Sakit belakang yang kronik

Well, i know its normal for pregnant woman to feel this. But its a first time for me i think. this time, the backache is so bad. especially in my third trimester. is it because i aged already? or is it because of the stress and multitasking thingy as a working mom and wife? or sebab i did not eat my calcium, ostematrix shaklee dgn istiqamah? apa-apa pun, i hope, that this too is a temporary thing.

3. Berat badan tak naik mendadak

Rasa nya, hampir semua komen yg aku x gemuk langsung, perut je yang naik. and yes, i have to admit, my weight gain is not that massive. masuk 37th week ni, br 67+ kg. compared to previous one, almost 80 ok. hm. maybe sebab this time aku amalkan set prenatal shaklee kot. hehe. stretch marks pun mcm xde. alhamdulillah.

4. Hidung kembang

Well. ni nothing new i guess. every time pregnant, sure kembang punya.... sabar je la. sebab masa ni la. husband and org sekeliling akan kutuk kaw kaw punya. and tiba-tiba malam ni aku duk terpkir apalah scientific explanation di sebalik hidung kembang ni. hasil google telah menunjukkan ia disebabkan oleh peningkatan hormon estrogen yang menyebabkan lapisan mucus menebal dan excess fluid retention. tp compared to my prev pregnancies, this time is not that chronic. hehe. ye ke? and tak kesah la. tgk lisa surihani, kembang hidung jugak ok. i guess, all beautiful pregnant mommies mmg akan experience this hidung kembang thing. mwahaha. -ayat penyedap hati-

hm apa lagi ye. haa...

5. pukul 9 ke atas dah lembik dan ngantuk

level of energy mmg sangat low. lepas isya sure kiok dah. tidur super awal. dan bgn super awal jgk. nasib ada husband yang memahami. tolong jagakan my two lil heroes. thank you sayang.

okay. tu je la kot. ada lagi teringat. akan ku tambah disini.

till then, c ya...

The waiting game is on

hello.

its been two days im in USJ, subang. currently waiting "patiently" for my baby H to be delivered. yes. i am now heavily pregnant with my third child, currently in my 37th week. insyallah, plan to be delivered in PCMC. hopefully baby H keluar on weekends and not on weekdays. kesian papa dia nanti. and hopefully not during peak hours. seriau tgk video minah salleh yang terberanak dalam kereta aritu tak hilang lagi.

the boys pun, so far alhamdulillah happy je di sini. maybe sebab ada jo layan. hehe. 

in summary, my pregnancy this time was ok. my weight gain is not that massive as my previous pregnancies. alahan pun takde alhamdulillah. cuma di uji masa bulan ramadhan aritu. 10 days before raya, tiba-tiba demam. n ulser tiba-tiba memenuhi mulut. seksa nya hanya allah yang tahu. makan hanya nasi bubur okay. n i was hospitalized for 2 days. and of course impian nak puasa penuh tahun ni tak tercapai. tapi takpe. ada lah tu hikmah yang tersembunyi kan.

and what's interesting, my baby sister, asma pun pregnant juga. kami hanya beza seminggu edd. sape sangka kan? comel je.


hopefully, both of us will safely delivered our babies soon. yang best jgk, sebab jantina baby kami pun lain-lain. siapa dapat baby girl siapa dapat baby boy? hm.. biar lah rahsia dulu ya buat masa ni.

hm. that's all for now.

pray for me and also for my lil sister. take care. and happy independent day Malaysia~!


Saturday, May 9, 2015

Survey for nursing moms.

hi semua.

jom tolong saya dengan menjawab survey form sy ni

http://goo.gl/forms/ogmUlfYIYk

survey ni khas untuk nursing moms or ibu ibu yang menyusu sebenarnya..

tujuannya satu je. nak tahu apa yang actually mereka mahukan bila mencari nursing attires.

and of course, ni salah satu usaha saya untuk start balik bisnes online saya, MamaSyai Boutique tu.

tolong ya. thanks in advance. :)


Saturday, March 14, 2015

salam.

wah. its been so long since we met here kan? a lot has been going on in my life. last post pun mengenai ketidakpastian dalam hati, mengenai nak kerja balik atau pun tidak, nak jadi working mom and wife ke tak. and now. i am a working wife and mother.. phew. memang i have to admit its not easy. 

and i have to admit, ada manisnya jg. 

ok. tu je la for s start. nnt dah ada ilham nk mengarang apa, i will be back.


Thursday, March 14, 2013

masih tak pasti...

masih tak pasti..

samada ITU adalah yang terbaik buat diri ini sebagai isteri, ibu dan anak..

masih tak pasti..

samada ITU dapat ku galas dan tunaikan dengan baik.. lebih baik dari yang dulu..

masih tak pasti..

samada aku akan dapat bahagikan masa dengan baik.. tanpa mengabaikan mereka yang aku sayang...

aaaaa...

masih tak pasti...

sesungguh hati.. aku berdoa.. moga ITU adalah yang terbaik buat diriku.. dan semoga Allah S.W.T mempermudahkan urusan ku dalam membiasakan diri dengan keadaan yang baru itu.. dan semoga rezeki yang datang itu tidak menyebabkan aku makin jauh dari MU dan keluarga ku..

haih...

kenapa lah perempuan ni banyak sangat fikir dan risaukan benda yang tak perlu..?

sure korang tertanya tanya.. apa benda la ITU tu kan. for now, let me keep it as a secret first. :)

and dear baby inside my tummy. please grow healthy and safely k. and may Allah S.W.T ease and make the journey for us to meet, easy and smooth, just like your brother before. :)

my little one is already week 17 (kot? :P) cepat je kan masa berlalu.. and berat badan naik hanya 1 kg + je sepanjang 4 bln pregnancy ni. which is so PELIK. makan rasanya normal dan banyak macam biasa. huuu. dan kenapa this time kerap aku demam dan migrain? hopefully nothing serious...

dan qada' puasa tak start lagi ni. aiyo`~

till then, take care.

Tuesday, December 25, 2012

antara surirumah dan ibu bekerjaya?

esok, pada 8 pagi, saya akan menempuhi satu sesi temubual or senang cite, interview session which can change my life after this forever~ dari suri rumah sepenuh masa kepada mama yang bekerjaya.. sob sob..

doakan yang terbaik ya.

saya pun tak berapa bersedia ni actually. dengan faheem demam, dan diri sendiri yang turut terasa macam nak demam sekali. sob sob.

nervous tak lagi, tapi for sure bila detik 8 pagi tu dah semakin dekat, for sure nervous dan sakit perut akan menjelma.

semoga mulut dan akal tak kaku la dalam berfikir esok. udah ler dah lama tidak attend any interview.

ya Allah, permudahkan la urusan ku esok. ameen.

doakan saya ya~~~ n please doakan moga faheem cepat sembuh seperti sediakala. ameen..

Monday, December 17, 2012

stress nya jadi mama ni

ha. over je kan tajuk post kali ni? memang over. sebab itu lah yang selalu jadi bila saya duk pikir pasal pemakanan anak and soon to be anak-anak ni hehe. :P

kenapa? 

sebabnya. tak semua orang, diberikan peluang, dan kesempatan, untuk ada ilmu, pendedahan dan paling penting orang sekeliling yang betul dan memahami, dan memberi tunjuk ajar yang betul mengenai pemakanan bayi dan kanak kanak ni.

alhamdulillah, saya telah ditemukan dengan group HSFFYB (https://www.facebook.com/groups/solidforbaby/) which formerly known as Homemade Solid Food For Your Baby group. duk sibuk-sibuk tanya macam mana and apa yang perlu diberi masa faheem nak menginjak 6 bulan dulu, ada teman yang bawa saya ke group yang super best ini. alhamdulillah :)

di sini lah saya dapat tahu banyak basic knowledge, dos and donts about giving foods to your baby and toddler. and alhamdulillah, my family around me, takde bagi ajaran sesat as in suh bagi faheem makan awal dari 6 bulan. bukan apa, saya banyak terbaca di group ini and also di facebook, ada parents and mak2 mentua yang dah dan suh bagi baby dia makan seawal dalam pantang!! n of course, cerita lagi extreme kak nurul, my tukang urut masa pantang ada cite, mak mak zaman dulu siap bagi tepung ubi bancuh semata-mata sebab ingat baby lapar. huuuuu. kesiannya baby tu.... perut besar guli aje ha. susu pun dah cukup taw. kenapa la nak cari jalan senang aje. baby tu kan baru keluar dari perut yang selama ni dia duk diami selama 9 bulan, sure la ada masa dia rasa tak selesa ke apa ke.

ni gambar-gambar masa kitorang 1st time bagi faheem makan. terbuntang ha mata bulat dia. hehehe. tak ingat plak bagi dia apa masa ni. puree pisang kot. tak pun puree apple. rindu faheem masa dia baby, bulat tembam`~ now dah slim mcm mama dia hehe. sebab aktif kemain. lompat panjat sana situ -.-






nak tengok betapa scary nye reality mak-mak and parents di Malaysia ni??? sila la baca di sini --> https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=448747101854819&id=112863158776550

macam-macam... ada yang siap campur dengan susu lagi dan bagi through botol..... kesiannya budak tu...

so parents to be out there, please la... persiapkan la diri tu dengan ilmu. bukan tahu seronok je nak ada baby. 

dan buat diri ni makin stress is... sebab parents yang very particular about food intake untuk anak-anak ni sangat la minoriti kaum nya... jadi, susah sangat nak elak dan benda senang pun jadi susah.. lagi-lagi lepas anta faheem ke taska ni... even kat taska tu pun diorang masak bubur letak garam gula. siap bagi kuih muih orang dewasa lagi. semalam, ada goody bag dalam bag faheem. ada budak kat taska nye birthday agaknya. dalam tu ada gula-gula macam-macam jenis. i was like... aiyo... susah nye macam ni... memang saya ada bagi bekal segala bagai. tapi kalau budak-budak sekeliling dia duk sedap makan benda benda tak sihat tu, sure la si faheem tu nak jugak... budak tu bukan tahu pun, ok ke tidak benda tu...

aaaaaaaaaaaaaaaa geram.....

hari tu, pengasuh taska dah terbagi kuih bakar warna pink okay pada faheem. tu pun terkantoi bila saya tak sengaja tertengok dalam mulut faheem masa gi amek dia petang tu, macam ada sisa-sisa makanan warna pink dekat lidah dia. rasa macam nak menangis kat situ jgk. tapi, try cool kan riak muka, g tanya and mintak pengasuh jangan bagi lagi. huhu.. hopefully diorang betul betul amanah la after that. terasa penat buat bekal setiap pagi untuk faheem sia sia sangat. badan faheem dah dicemari.... uwaaaa (okay. over je kan... huhuhu)

tapi, serius sangat, saya sedih~!!!!!!!!

kenapa semua parents tak macam saya?? kenapa diorang tak particular about the food intake by their children?? aish. bila mengomel benda ni pada umi, umi cakap la. we cannot control that kakok, so kakok control apa yang boleh kakok control, as in buat homemade food and bagi bekal, constantly ingatkan and tanya taska.. dan lastly tawakal dan doa banyak-banyak. and yes, selain tu, saya siap buat note segala bagai n letak di bag faheem. siap laminate ag.

tapi difikir fikir kan balik. memang ramai lagi actually yang tak tahu, baby sepatutnya tak makan apa-apa selain susu sampai la dia umur 6 bulan, dan lepas tu pun, bukan terus boleh makan bubur nasi dengan lauk segala bagai tu. kena step by step. logic apa kan?? tak penah makan solid food, tetiba kena suap, ha kan boleh terkejut perut dan baby tu. slow slow la. mula-mula bagi puree buah dan sayur. tu pun kena introduce selama 4 hari (4-days rule) nak tengok samada dia ada allergic ke tak. then bulan ke 7-8, baru intro grain such as oat dan nasi. pastu after 1 year, lagi variety food leh bagi. sabar-sabar la. besar-besar esok. makan je la sume tu...

aish. geram aih. ni nak share.


lagi satu benda yang saya sangat bersyukur sebab family sekeliling saya sangat support saya dalam cara saya nak bagi faheem makan. takde nye diorang perlekehkan sangat. well. usik usik tu ada lah. especially my hubby, suka sangat cakap saya ni paranoid mother. :P tapi saya peduli apa okay. asalkan faheem sihat. dan membesar tanpa masalah yang mungkin disebabkan oleh my ignorance or kemalasan saya mencari ilmu. alhamdulillah so far takde sembelit or sakit perut or kembung or etc. awal-awal intro nasi dulu ada lah sikit sembelit, tapi bila stop ok je. and now, memang takde masalah. makan pun selera. berak pun hari-hari. dan gigi pun cantik~~~ hehehe

dengar cerita mommies lain, scary je. datuk duk suap air tongkat ali la. nenek duk suap kek itu ini lah. paling tak gemar, bila cakap, alah kau dulu okay je mak bagi. memang la okay. tapi ada je kes yang baby pecah usus, kena operate bagai. dan paling sadis, meninggal. huuuu. for me, prevention is better okay. takkan nak tunggu budak tu menangis melalak sakit baru nak percaya.

tapi as this post nye topic, memang saya stress bila bab pemakanan anak ni. lagi-lagi kalau pergi jalan-jalan umah sedara mara. lagi lagi bila tengok anak sepupu rileks je duk makan. faheem of course la cam melopong. tapi mama dia leh tahan la lagi. dulu la tapi. but now, if ada biskut-biskut cam terbagi jugak.. (ni baru jadi last weekend) uwaaaaaaaaaa.. n faheem pun memang suka la plak. adoi la. saya takkan nak larang depan depan sedara, aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa stress okay`~!!!

lagi lagi now dia dah di taska. macam mana la nak pantau tu. urgh stress nya.

rasa nya kalau la kat sekolah dan pihak berwajib dah awal2 tekankan kepentingan memberi anak pemakanan yang sihat dan betul, sure takkan ada masalah macam ni kan. sure saya takkan stress cam gini kan. 


fact menarik dari article di atas : According to reported statistics, some 2.5 million adults were obese and 477,000 children below the age of 18 were overweight. The prevalence of obesity rose to 15.1% last year compared to 14% in 2006 and 4.4% in 1996.

ha. can u see how dasyat it is now?? 

dan please la. baby / toddler yang kurus tak bermakna dia tak sihat. dan baby/toddler yang gebu gemok tu tak bermakna dia sihat cukup nutrisi okay. haish ni lagi buat ak stress. faheem slim sebab mak dia slim okay~ :((((

tu belum masuk bab susu badan dan susu formula. tu pun leh jadi hangen.. lagi-lagi kalau orang cam perlekehkan niat murni aku nak susukan faheem instead of bagi susu formula. urgh...
 
okay. pada bakal mak dan ayah or dah jadi parents tu, sila la dig as much ilmu as u can. your ignorance really can make your life more difficult, your children to suffer and of course will lead to others punya kesengsaraan jugak.. 

tak rugi pun tambahkan ilmu parenting termasuk cara didikan, cara nak bg makanan yang betul dan berkhasiat dan lain2. 

aaaaaaaaaaaaa semoga senario ini tak bertambah teruk la di akan datang. ameen sebab saya tahu stress itu tak memberi sebarang manfaat pun, lagi-lagi bila tengah berbadan dua ni. ok. salam semua. :)