Pages

Monday, June 20, 2011

kadang-kadang perlu...

in relationship. sometimes we need to have some kind of disagreement. we need to have some issue to debate with each other. and we need some conflict. why?

sebab. saya rasa. semua-semua di atas ni dapat merapatkan lagi hubungan sesama manusia tu. tapi dengan syarat, both must be open. both must be willing to listen to each other. and both must be frank with each other. tell the other person what you really meant. tell him and try to make him understand what you really feel on that particular issue or conflict. insyaAllah. at the end of the day, mesti hubungan tu akan lebih intim dan bahagia. sebabnya? kita akan rasa lagi dekat dengan dia. rasa lagi kenal dan paham akan isi hati dia yang sebenarnya.

tanak lah jadi macam dalam cerita-cerita drama melayu or indon tu kan. penuh dengan salah paham dan prasangka. padahal. apa yang difikirkan adalah salah sama sekali. end up. rugi je gaduh-gaduh. masam-masam muka. hm. biasalah kan. mesti ada semua ni kalau tak. bosan la drama di TV tu kan? tapi kalau banyak sangat adengan camgitu, tak ke bosan? :P

back to this. i am very fortunate to have a husband who is also my soulmate and also my bestest friend. setiap kali gaduh, mesti tak lama. sebab. kami amek pendekatan di atas tu. cakap baik-baik. dengar baik-baik apa yang masing-masing rasa. dan akhirnya. saling meminta maaf. owh. am i lucky to have him? alhamdulillah`~

so kesimpulan nya ialah. apa apa benda pun, needs both cooperation to make it happen. macam kata pepatah, takkan berbunyi kalau bertepuk sebelah tangan or it needs two to tango. chewah~ kena saling bertolak ansur. dan communicate selalu. insyallah. berjaya semua. including friendship. love relationship. family. and also in working life.

tapi yela. kena banyak sabar. sebab tak semua orang macam ni kan? :)) kalau semua macam ni, sure aman dunia. hehe

Sunday, June 19, 2011

shopping list for you baby

majalah PA&MA kini sudah menjadi bahan bacaan wajib saya setiap bulan. kunun-kunun untuk mempersiapkan diri lah untuk menjadi mama. hehe. so far, memang majalah ni bagus sangat. banyak info berguna. so parents to be out there, sila la beli ya. tak rugi pun pelaburan RM 6.50 setiap bulan.

 terbalik plak bila upload... -.-

 my favourite cover so far~ cute kan????? muka dia ada aura nakal je. hehe

ok. back to the topic of this post. its about the shopping list for my baby. alhamdulillah sebab dalam isu PA&MA bulan Mei 2011 ada dia bagi tips dan list yang boleh saya gunakan sebagai panduan. dan menurut majalah tu, memang shopping-shopping ni patut start di buat pada bulan ke tujuh mengandung. sebabnya? sebab masa tu kebanyakan ibu-ibu mengandung dah takde alahan, dan sudah sihat. so, senang la nk pergi shoping kan? dan masa tu, kandungan dah matang dan saat bersalin pun dah nak dekat. see. so memang patut la saya start buat list kan? hehe

according to this magazine, my shopping list should be divided into 7 categories. untuk menyenangkan la kot..

1. pakaian baby saya
  • sarung tangan 
  • sarung kaki
  • baju lengan panjang
  • seluar panjang
  • baju lengan pendek
  • seluar pendek
  • rompers (2 in 1 sebab baju dan seluar dia dijahit sekali)
  • topi atau topi bonet (perlu ke ek?? macam tak perlu je.. )
menurut majalah ni lagi, for newborns, tayah beli baju banyak-banyak especial saiz newborn nye. sebab baby ni cepat membesar. so, bear in mind ye mummies out there? nanti terbazir plak sebab nanti baby kita takleh nak pakai pun. dengar cite, baby yang diberi susu ibu lagi la cepat besar dan "gomok". hehe. aih. comey nye. plus, kawan-kawan or family sure akan bagi banyak hadiah baju kan? -berangan dan perasan -.- -

2. barang-barang mandi baby
  • tab mandi
  • pengalas tab mandi
  • tuala muka
  • tuala mandi
  • syampu baby
  • sabun mandi baby
hm. tak sabar nya nak mandikan baby. sure best kan? tapi tak sure plak samada ada keberaniaan ataupun tidak. aiyo. macam nak beli johnsons&johnsons jek. ke ada brand lain yang lagi best ek?


3. lampin baby
  • lampin kain moden (cloth diaper) / lampin pakai buang (hm. ni macam berbelah bagi, sebab duk tengok yang cloth diaper tu macam menarik sangat. macam-macam design ada. plus, one time buy je. cuma risau takut tak sesuai dengan baby. ye lah. takut beli banyak-banyak ada alahan plak macam ruam ke. plus, takut leceh sebab kena basuh-basuh kan. if beli yang pakai buang, sonang aje keje den ha. pakai. pastu buang. tayah basuh-basuh dah. tapi tak ekonomi dan tak menjaga alam sekitar la plak kan dalam jangka masa yang panjang. hm. takpe. survey-survey dulu lah.)
  • pelapik (kalau pilih nak beli cloth diaper la)
  • tisu basah (kena ek? basuh dengan air dan lap guna tuala je takleh ek? :P)
  • pelapik menukar lampin
  • beg lampin (hm. macam boleh jahit sendiri jek? :) )

4. barang-barang penjagaan baby
  • bedak 
  • losen
  • minyak baby
  • sikat/berus rambut (er. perlu ke? :P)
  • minyak telon (er. apakah ini? dah tak tahu, saya google la. dan ini yang saya dapat dari wikipedia: Minyak telon (dari bahasa Jawa telu, tiga) adalah minyak yang sering dibalurkan pada tubuh bayi dengan campuran dari minyak adas, minyak kayu putih, dan minyak kelapa dalam kadar yang berbeda-beda. oo.. tapi memang perlu ada ke? kalau losen jek, tak cukup ke? hm. tanya mereka yang lebih berpengalaman lah)
  • nail clipper 
  • kapas muka
  • krim ruam lampin (brand apa yang berkesan ye? takpe. survey-survey je nanti)
  • kain bedung (kain yang di gunakan untuk membalut baby. macam pernah dengar orang cakap. baby kalau tak bedung. tangan dan kaki dia akan bengkok dan jadi tak lurus. er, yeke?)
  • barut (kain yang bertali yang digunakan untuk membalut badan baby. untuk mengelakkan kembung.)

5. kelengkapan tidur baby
  • katil (macam tayah je kan? sebab for now better guna tilam jek. ke guane?)
  • tilam
  • cadar
  • selimut
  • bantal
  • bantal panjang

6. barang-barang untuk penyusuan baby
i opt for penyusuan susu ibu.. so the list goes like this..
  • pam 
  • bekas penyimpanan susu ibu
  • cooler bag
  • pek ais
  • maternity bra
  • baju mama~ :P
actually, kalau ibu tu tak bekerja perlu ke beli pam and sume-sume dia atas ni yek? mintak-mintak dipermudahkan la segalanya. nak bagi baby susu badan je kalau boleh. :)


7. kelengkapan beriadah
  • car seat 
  • baby sling (sangat perlu. especially for hubby's own good. mwahaha)
  • stroller (tayah beli lagi pun takpe kot. since baby kecik lagi. takkan nak bawak jalan-jalan dah kan? takpun, mana tahu ada famili or member nak bagi as present? ngehe)
  • nursing cover (leh jahit sendiri kot :))

since list dah complete. just nak kena go through balik dengan umi and mama lah. ye lah. kena tanya orang yang berpengalaman dulu kan. tanak la main beli jek. and end up rupa-rupanya takyah beli pun. pembaziran mestilah dielakkan kan? :D

and kena tahu di mana mahu beli sume-sume barang ini. so mummies out there. sila lah share kalau tahu tempat yang best dan berbaloi untuk saya dan hubby bershopping-shopping for our baby..

harap list ni dapat membantu bakal-bakal ibu yang lain juga. :)

Friday, June 17, 2011

resepi spageti goreng :)

this time saya nak share resepi spageti goreng plak. smalam try buat spageti goreng tanpa sos prego yang ready made tu. nasib baik menjadi dan sedap. dan paling penting, suami saya suka ~ selalunya saya akan tumis bawang and guna lebihan sos spageti yang telah dimasak.. leftover nye..

sonang aje sebenarnya. cuma perlukan keberanian aje. chehwah. (alahai.. masak spageti goreng je pun -.-)

bahan-bahan yang diperlukan hanyalah..

  • spageti
  • 2 biji telur (goreng dulu jadi scramble egg)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai lada kering
  • 1 lobak merah (hiris)
  • 1/2 biji capsicum (hiris halus)
  • 2-3 batang sosej ayam (hiris halus) - ni adalah untuk lauk. sebab ada ni je. so letak je la sosej. kalau nak guna lauk lain macam ayam ke. daging ke. ok saje. (kot? :P)
  • kicap
  • salad (hiris halus)

cara-caranya ialah..

  1. blend bawang besar, bawang putih dan lada kering tadi sampai hancur. then, tumis sampai naik bau.
  2. masukkan sosej, lobak merah, capsicum dan kacau-kacau.
  3. masukkan sedikit kicap. (ni saya main letak je. asal rasa cukup dan sedap aje.. ok la..)
  4. then, masukkan spageti yang telah direbus terlebih dahulu dan scramble egg. kacau-kacau biar sebati. 
  5. hidangkan dan tabur salad yang telah dihiris halus tadi dan SIAP. :)

takyah masukkan garam dah. since kicap dah ada kan. tapi for safety. sila lah rasa dulu ye. maybe saya ada luck kot masa masak ni semalam. sebab tu takyah tambah garam or seasoning yang lain.

owh. seronot nya masak. whee.. lagi-lagi bila menjadi dan orang yang kita sayang suka.

my 1st spageti goreng. :) -bangga-bangga- -.-

Thursday, June 16, 2011

6 jadi 8??

sekarang kandungan saya sudah menjenguk ke trimester yang ketiga. iaitu 3 bulan terakhir dalam tempoh 9 bulan mengandung. aiyo. cepatnya masa berlalu kan? rasa macam baru semalam je tahu diri ini mengandung. hm.

banyak perubahan diri yang berlaku. antaranya ialah...

  • selera makan bertambah-tambah. makan, kenyang dan akan lapar balik 2 jam kemudiannya.
  • berat badan dari 50+ kg sudah menjadi 60+ kg. 
  • ukur lilit pinggang dari 20+ inch dah jadi 30+ inch.
  • seluar jeans dan slack semuanya dah tak muat.. tiba-tiba bertukar menjadi muslimah solehah. hehe. ye lah. asyik duk pakai jubah or dress labuh aje.. dek sebab sume baju dan seluar sudah tidak boleh dipakai.
  • susu Anmun menjadi minuman ruji.
  • vitamin pun jadi antara makanan ruji harian.
  • saiz kasut dari 6 sudah menjadi 8.
  
my current foot wear. okay. design slipper ni memang saya tahu tak cantik. tapi sekarang ni, memang saya tak kesah. yang penting selesa. :) forget your heels. forget your nice pump shoes. 
  • style tidur dari macam-macam sudah harus mengiring ke kiri atau kanan saje.. sebab nanti tulang belakang sakit dan tak selesa.. sebab perut sudah mula memberat.. 
  • bahan bacaan dari DARA.COM, WANITA dan jadi PA&MA... 
dan macam-macam lagi..

sesungguhnya. pengalaman mengandung ini sungguh lah best. even though there are times which i don't like.. macam morning sickness, kegemukan yang tiba-tiba, kedatangan stretch marks di badan, ketidakselesaan akibat saiz perut yang semakin membesar dan pelbagai lagi.

sesungguhnya saya amat bersyukur atas peluang dan rezeki yang Allah S.W.T berikan pada diri ini dan suami, untuk menimang anak dalam masa yang agak cepat. sedar yang tak semua pasangan diberikan nikmat ini. perasaan dan pengalaman melihat perut semakin membesar setiap hari, perasaan setiap kali baby bergerak-gerak, bila umi dan orang yang dekat di sekeliling yang excited dan care about my pregnancy, and of course the attention and love given by hubby. all these are indescribable. alhamdulillah. semoga saya dan suami boleh dan dapat menjadi parents yang baik. insyaAllah. :)

 perlu ke upload gambar ni? :P

cuba teka gambar apakah ini?? :D

so syaima', sedar yang masa makin pantas berlalu. jadi. buat semua yang terlist di bawah ok...
  • cepat-cepat abeskan ganti puasa since Ramadhan dah makin dekat
  • godek2 balik buku agama dan buat solat hajat selalu agar dipermudahkan segalanya especially time labour nanti
  • rajin-rajin kan diri untuk membaca al-quran. dan be istiqamah. 
  • buat list untuk shopping barang baby
chaiyo`~!

p/s: dear all. doakan saya ye? dan baby.. :)

Wednesday, June 15, 2011

resepi ayam masak black pepper :)

hari ini baby (er. saya sebenarnya.. :P) teringin nak makan ayam masak black pepper. kebetulan tengan duk chat dengan maklang lina di Facebook, tanya lah dia resepi macam mana nak masak ayam masak black pepper ni. tapi resepi beliau ayamnya kena perap dulu dengan halia, bawang merah dan putih. sedangkan saya dah pun perap ketul-ketulan ayamku dengan kunyit dan garam. jadi. plan B. iaitu menggodek-godek di Google. resepi ini yang saya jumpa. http://www.myresipi.com/top/detail/7286.

hm. nampak senang dan hasilnya macam sedap aje. jadi apa lagi. saya pun cuba lah. dan alhamdulillah. hasilnya sedap sungguh~~! (ok. -.- saya exaggerate. tapi ok lah kut since suami saya suka dan cakap sedap.)


nak cuba jugak? boleh`~

bahan-bahannya:
5 ketul ayam
1 biji kentang (di hiris)
5 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 cm halia, 1 sudu besar lada hitam - di blend
1/2 biji capsicum (di hiris)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
1/2 bawang besar (di hiris)

cara-caranya?

1. goreng dulu ayam dan kentang. ayam di goreng jangan sampai jadi garing sangat.
2. then, tumis bahan yang dikisar tadi dengan minyak sampai garing.
3. bila dah garing, masukkan sos lada hitam dan sos tiram. kacau-kacau biar sebati. then masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi. kacau-kacau.
4. masukkan hirisan bawang besar dan capsicum.
5. masukkan sedikit kicap untuk jadikan kuah itu sedikit hitam
6. then, rasa. if kurang masinnya, masukkan lah sedikit garam ya.

pastu? SIAP dah~~

senang kan?? selamat mencuba ye. whee

p/s: i love to cook. especially for my love ones....