ha. over je kan tajuk post kali ni? memang over. sebab itu lah yang selalu jadi bila saya duk pikir pasal pemakanan anak and soon to be anak-anak ni hehe. :P
kenapa?
sebabnya. tak semua orang, diberikan peluang, dan kesempatan, untuk ada ilmu, pendedahan dan paling penting orang sekeliling yang betul dan memahami, dan memberi tunjuk ajar yang betul mengenai pemakanan bayi dan kanak kanak ni.
alhamdulillah, saya telah ditemukan dengan group HSFFYB (https://www.facebook.com/groups/solidforbaby/) which formerly known as Homemade Solid Food For Your Baby group. duk sibuk-sibuk tanya macam mana and apa yang perlu diberi masa faheem nak menginjak 6 bulan dulu, ada teman yang bawa saya ke group yang super best ini. alhamdulillah :)
di sini lah saya dapat tahu banyak basic knowledge, dos and donts about giving foods to your baby and toddler. and alhamdulillah, my family around me, takde bagi ajaran sesat as in suh bagi faheem makan awal dari 6 bulan. bukan apa, saya banyak terbaca di group ini and also di facebook, ada parents and mak2 mentua yang dah dan suh bagi baby dia makan seawal dalam pantang!! n of course, cerita lagi extreme kak nurul, my tukang urut masa pantang ada cite, mak mak zaman dulu siap bagi tepung ubi bancuh semata-mata sebab ingat baby lapar. huuuuu. kesiannya baby tu.... perut besar guli aje ha. susu pun dah cukup taw. kenapa la nak cari jalan senang aje. baby tu kan baru keluar dari perut yang selama ni dia duk diami selama 9 bulan, sure la ada masa dia rasa tak selesa ke apa ke.
ni gambar-gambar masa kitorang 1st time bagi faheem makan. terbuntang ha mata bulat dia. hehehe. tak ingat plak bagi dia apa masa ni. puree pisang kot. tak pun puree apple. rindu faheem masa dia baby, bulat tembam`~ now dah slim mcm mama dia hehe. sebab aktif kemain. lompat panjat sana situ -.-
nak tengok betapa scary nye reality mak-mak and parents di Malaysia ni??? sila la baca di sini --> https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=448747101854819&id=112863158776550
macam-macam... ada yang siap campur dengan susu lagi dan bagi through botol..... kesiannya budak tu...
so parents to be out there, please la... persiapkan la diri tu dengan ilmu. bukan tahu seronok je nak ada baby.
dan buat diri ni makin stress is... sebab parents yang very particular about food intake untuk anak-anak ni sangat la minoriti kaum nya... jadi, susah sangat nak elak dan benda senang pun jadi susah.. lagi-lagi lepas anta faheem ke taska ni... even kat taska tu pun diorang masak bubur letak garam gula. siap bagi kuih muih orang dewasa lagi. semalam, ada goody bag dalam bag faheem. ada budak kat taska nye birthday agaknya. dalam tu ada gula-gula macam-macam jenis. i was like... aiyo... susah nye macam ni... memang saya ada bagi bekal segala bagai. tapi kalau budak-budak sekeliling dia duk sedap makan benda benda tak sihat tu, sure la si faheem tu nak jugak... budak tu bukan tahu pun, ok ke tidak benda tu...
aaaaaaaaaaaaaaaa geram.....
hari tu, pengasuh taska dah terbagi kuih bakar warna pink okay pada faheem. tu pun terkantoi bila saya tak sengaja tertengok dalam mulut faheem masa gi amek dia petang tu, macam ada sisa-sisa makanan warna pink dekat lidah dia. rasa macam nak menangis kat situ jgk. tapi, try cool kan riak muka, g tanya and mintak pengasuh jangan bagi lagi. huhu.. hopefully diorang betul betul amanah la after that. terasa penat buat bekal setiap pagi untuk faheem sia sia sangat. badan faheem dah dicemari.... uwaaaa (okay. over je kan... huhuhu)
tapi, serius sangat, saya sedih~!!!!!!!!
kenapa semua parents tak macam saya?? kenapa diorang tak particular about the food intake by their children?? aish. bila mengomel benda ni pada umi, umi cakap la. we cannot control that kakok, so kakok control apa yang boleh kakok control, as in buat homemade food and bagi bekal, constantly ingatkan and tanya taska.. dan lastly tawakal dan doa banyak-banyak. and yes, selain tu, saya siap buat note segala bagai n letak di bag faheem. siap laminate ag.
tapi difikir fikir kan balik. memang ramai lagi actually yang tak tahu, baby sepatutnya tak makan apa-apa selain susu sampai la dia umur 6 bulan, dan lepas tu pun, bukan terus boleh makan bubur nasi dengan lauk segala bagai tu. kena step by step. logic apa kan?? tak penah makan solid food, tetiba kena suap, ha kan boleh terkejut perut dan baby tu. slow slow la. mula-mula bagi puree buah dan sayur. tu pun kena introduce selama 4 hari (4-days rule) nak tengok samada dia ada allergic ke tak. then bulan ke 7-8, baru intro grain such as oat dan nasi. pastu after 1 year, lagi variety food leh bagi. sabar-sabar la. besar-besar esok. makan je la sume tu...
aish. geram aih. ni nak share.
lagi satu benda yang saya sangat bersyukur sebab family sekeliling saya sangat support saya dalam cara saya nak bagi faheem makan. takde nye diorang perlekehkan sangat. well. usik usik tu ada lah. especially my hubby, suka sangat cakap saya ni paranoid mother. :P tapi saya peduli apa okay. asalkan faheem sihat. dan membesar tanpa masalah yang mungkin disebabkan oleh my ignorance or kemalasan saya mencari ilmu. alhamdulillah so far takde sembelit or sakit perut or kembung or etc. awal-awal intro nasi dulu ada lah sikit sembelit, tapi bila stop ok je. and now, memang takde masalah. makan pun selera. berak pun hari-hari. dan gigi pun cantik~~~ hehehe
dengar cerita mommies lain, scary je. datuk duk suap air tongkat ali la. nenek duk suap kek itu ini lah. paling tak gemar, bila cakap, alah kau dulu okay je mak bagi. memang la okay. tapi ada je kes yang baby pecah usus, kena operate bagai. dan paling sadis, meninggal. huuuu. for me, prevention is better okay. takkan nak tunggu budak tu menangis melalak sakit baru nak percaya.
tapi as this post nye topic, memang saya stress bila bab pemakanan anak ni. lagi-lagi kalau pergi jalan-jalan umah sedara mara. lagi lagi bila tengok anak sepupu rileks je duk makan. faheem of course la cam melopong. tapi mama dia leh tahan la lagi. dulu la tapi. but now, if ada biskut-biskut cam terbagi jugak.. (ni baru jadi last weekend) uwaaaaaaaaaa.. n faheem pun memang suka la plak. adoi la. saya takkan nak larang depan depan sedara, aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa stress okay`~!!!
lagi lagi now dia dah di taska. macam mana la nak pantau tu. urgh stress nya.
rasa nya kalau la kat sekolah dan pihak berwajib dah awal2 tekankan kepentingan memberi anak pemakanan yang sihat dan betul, sure takkan ada masalah macam ni kan. sure saya takkan stress cam gini kan.
sebelum kita stop. please read this article.. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F11%2F4%2Fnation%2F12271778&sec=nation#.UJiSp-UZg9s.facebook
fact menarik dari article di atas : According to reported statistics, some 2.5 million adults were obese and
477,000 children below the age of 18 were overweight. The prevalence of
obesity rose to 15.1% last year compared to 14% in 2006 and 4.4% in
1996.
ha. can u see how dasyat it is now??
dan please la. baby / toddler yang kurus tak bermakna dia tak sihat. dan baby/toddler yang gebu gemok tu tak bermakna dia sihat cukup nutrisi okay. haish ni lagi buat ak stress. faheem slim sebab mak dia slim okay~ :((((
tu belum masuk bab susu badan dan susu formula. tu pun leh jadi hangen.. lagi-lagi kalau orang cam perlekehkan niat murni aku nak susukan faheem instead of bagi susu formula. urgh...
okay. pada bakal mak dan ayah or dah jadi parents tu, sila la dig as much ilmu as u can. your ignorance really can make your life more difficult, your children to suffer and of course will lead to others punya kesengsaraan jugak..
tak rugi pun tambahkan ilmu parenting termasuk cara didikan, cara nak bg makanan yang betul dan berkhasiat dan lain2.
aaaaaaaaaaaaa semoga senario ini tak bertambah teruk la di akan datang. ameen sebab saya tahu stress itu tak memberi sebarang manfaat pun, lagi-lagi bila tengah berbadan dua ni. ok. salam semua. :)
No comments:
Post a Comment