Pages

Wednesday, September 14, 2011

Amir Faheem Bin Amir Farid

alhamdulillah. akhirnya, permata hati saya dan suami telah selamat lahir ke dunia ini pada 1hb September 2011, jam 2059 di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya. my baby kecik je. 2.9 kg. betul-betul ikut papa dia. :) papa dia dulu pun 2.9 kg je. 

semua ni berlaku tanpa famili masing-masing. my famili sedang dalam perjalanan dari kelantan. and my in laws plak di KL. baru tiba dari seremban. almaklum lah. musim raya kan. saya dan suami je yang duk beraya di subang. sebab due date dah dekat.

first time di pangkuan mama. keluar-keluar dari perut je dah luas mata tengok mama dia. :)

syukur sangat-sangat. akhirnya the Delivery Day (D-Day) yang sangat ku takuti, dapat di tempuhi dengan selamat. dan yang paling penting, sekejap aje. sama macam umi ku dulu. less than 1 hour. settle semua nya.

pengalaman melahirkan Faheem, memang amazing. sangat takkan boleh lupa. its not easy okay. hehe. sangat memerlukan ketabahan dan ketahanan yang kuat. especially masa nak push-push baby keluar dari perut. kalau tak sabar, dan mudah semput, memang payah dan lama la jawabnya.

dan paling takleh lupa ialah sokongan yang diberi oleh sang suami. kalau beliau tiada, mesti berganda-ganda susahnya. thank u sayang. :)

it all started with mild cramp, ala-ala period pain. tapi tak kerap. it went on for a few days jugak. then, 3 days before delivery day, suddenly ada spotting. and period pain cramp tu makin lama makin pendek gap dia and makin sakit. bila dah makin pendek sehingga 10 minutes je gap, suami dah paksa pergi hospital. so, pergi la juga walaupun macam tak rela. bukannya apa. terasa macam bukan teruk pun contraction tu. and bukan contraction yang akan menyebabkan sampai nak bersalin. ye la. ala-ala period pain je pun. sampai-sampai sana, nurse check. 4 cm dah bukak. i was like "aiyo`~~" cuaknya ya Allah. huhu. rupa-rupanya macam tu  ek contraction nak bersalin. the contractions keep on coming and go. and sakit nya hanya tuhan yang tahu. 

sementara menunggu doktor datang, saya di beri makan bubur and buah betik and kemudian ubat pass motion (ubat suh berak :P). then, bila settle semua, doktor pun datang. nurse dripkan, and at the same time doktor pecahkan air ketuban ku. terasa sejuk je bila air ketuban tu pecah.. huhu... tak sakit pun masa doctor pecahkan.. the reason why doctor pecahkan air ketuban is to avoid me from waiting and waiting. she said ada lah dalam 4-5 hours lagi insyaAllah akan start proses labour. and i was like.. er lama nya..

tapi~~

less than 1 hour dari saat air ketuban di pecahkan, saya dah start rasa contraction yang sungguh kuat dan lagi kerap. dan tiba-tiba rasa macam nak berak sangat-sangat. riak muka nurse pun berubah bila saya cakap saya nak berak dah sangat-sangat... saya macam dah pelik..

dia terus check.. dah 8 cm terbuka~! wah... cepatnya... doctor kata tadi dalam 4-5 jam.. hm..

then, bermula la proses meneran.. dan teran...dan doktor pun tiba pada masa yang tepat.. (doktor siap boleh balik ok. sebab dia expect labour akan start dalam 4-5 jam lagi kan~ :P)

proses kelahiran ini berlangsung kurang dari sejam aje. tapi empunya diri yang merasa dan meneran untuk mengeluarkan baby terasa lama sangat masa berlalu. everytime teran, nafas terasa tak cukup je, menyebabkan kepala baby jadi macam "yoyo". dah nampak, tapi sebab saya tak cukup nafas, dia masuk balik. so kena start all over again meneran.

ada kalanya terasa macam nak give up je. terasa macam nak suruh doctor guna vacuum, or forcep or bedah aje~~ tapi bila tengok muka suami yang sangat bagi galakan masa tu, and galakan dari doctor and nurse, terus tak jadi nak give up. makin kuat plak semangat nak teran kuat-kuat biar baby boleh keluar dengan selamat. bila pikir-pikir balik.. kelakar pun ada. ye lah. suami, nurse and doctor tu macam duk tengah tengok sukan apa je. bersorak bagi support dengan dasyat nye.. hehe. " ok.. push push.. sket lagi. sket lagi". and etc. hehe

akhirnya. tepat pada jam 0859 malam, baby kami, amir faheem bin amir farid selamat dilahirkan. ya Allah. betapa leganya perasaan bila dapat tengok dia keluar. happy sangat. biar lah baby ku masa tu masih biru. penuh dgn darah. tapi bila dengar dan tengok dia menangis buat kali pertama, dan tengok muka suami rasa happy nya Ya Allah. terasa sungguh kagum dengan seluruh proses melahirkan faheem ni. betapa hebat nya Allah.

dan bila dapat pegang faheem buat pertama kali, owh... takleh nak describe. tengok dia, tengok suami. terasa complete sangat hidup ni. :)

just ignore my ugly face and hidung kembang ku itu. :P

amir faheem with his proud papa. :) <3

my family has completed, alhamdulillah :)

owh anakku, semoga kamu dapat membesar dengan sihat dan gembira, dan dapat menjadi anak yang baik, soleh dan berguna, baik di dunia dan di akhirat.

dan moga saya dan suami dapat menjadi ayah dan ibu yang baik pada kamu. 

ameen. 

5 comments:

ika~~ said...

congrats syaima!
bulatnye mata baby :)
takot nye besalin..huhu

♥ nana i am ♥ said...

congratulations kak syai and husband :) excited nana baca your experience..alhamdulillah semuanya selamat and bersyukur semuanya senang and cepat je kan :) hope to see you..hehe.
selamat berpantang yeee.take care.

syaima' said...

ika: bulat kan mata dia. hehe. tq ika. btw, jangan takut. sakit tu just utk membantu kita je actually. it acts as a cue for us to TERAN~~~ hehe. apa2 pun berserah pada Allah je. masa nak bersalin tu, sangat baca alfatihah, ayat kursi dan selawat nabi. :)

nana: tq nana, :). akak balik subang sabtu ni insyaAllah. nnt datang la ye. bleh kenal2.

NeenaAnuar said...

Big Congrats Syai & Amir... happy for both of you...

seronok sangat baca pengalaman you nie... I pulak yg eksited lebey! ahahaaa... kelakar pun ade... hihi.. anyway... selamat berpantang to you yea! :)

Charles T said...

I cannot stop smiling reading through your experience :) commenting from my transit in Doha, Qatar... im coming hooommmeee!!!