Pages

Tuesday, September 20, 2011

Berpantang itu..

pejam celik pejam celik hari ni dah 20 September dah. maknanya baby faheem dah berumur 20 hari dah. wah. cepatnya masa berlalu. patut la bila tengok baby faheem, macam dah makin besar dari dulu. hehe. baju pun dah makin fit. alhamdulillah.

so far, my motherhood journey went well. alhamdulillah susu banyak keluar. until now takde masalah untuk fully breastfeed baby faheem.

terasa happy bila dah jadi ibu. bila tengok muka baby faheem, terasa tenang aje. dan mula lah terfikir macam-macam. yang paling kerap is perasaan kagum; macam mana lah baby faheem ni boleh survive dalam perut sendiri dan end up lahir ke dunia dengan selamat. alangkah hebat nya aturan dan kuasa Allah kan. dan perasaan syukur of course. sebab selamat melahirkan dia.

owh yes, tujuan post ni di tulis adalah untuk share pengalaman berpantang ku. ada banyak yang ku suka, dan banyak jugak lah yang tak disukai. huhu.

perkara yang best:

  • diri dilayan bak puteri raja. dan di sayangi ramai. especially oleh mak mertua.. hehe. 
  • makanan sedap dan sihat. ye lah. semuanya berunsurkan bakar dan sup aje. nyum-nyum. air pun suam-suam aje yang boleh.
  • sesi mengurut dengan kak nurul. semuanya ku suka, bertangas, mandi herba, urut, tuam dan macam-macam lagi. terasa lega dan sihat badan. nanti saya cerita k pasal kak nurul ni. :) sangat recommended untuk mereka yang akan bersalin.
perkara yang tak best:
  • semua benda tak boleh buat masa berpantang ni. naik tangga tak boleh, basuh pinggan tak boleh, kelar rumah tak boleh. dan segala macam larangan lagi. hehe kalau boleh mak mak ni nak ikat je biar duduk atas katil je.
  • 24-7 kena pakai stokin, dan sweater. which i seldomly buat.. ngoho..
  • mesti kena pakai bengkung yang maha ketat itu, sangat tak selesa sebab dia dari bahagian punggung sampai lah ke perut. nak duduk dan nak menyusu baby faheem sangat la struggle.
  • takleh makan sembarangan.. huhu
  • kena berjauhan dengan suami. huhu. (ni paling tak best!)
overall, agak mencabar lah. agak menguji keimanan diri ni sendiri dan orang yang menjaga nya. sebab saya ni degil~ especially bab suh pakai bengkung. macam-macam alasan yang di beri. awal-awal dulu lagi la. dengan sakit di tempat jahitan, busy dengan urut-urut bagai, baby faheem kena warded lagi, pam-pam susu. dan segala bagai. alhamdulillah. dapat di tempuhi dengan baik.

apa-apa pun, im loving my motherhood journey yang sudah bermula ni. penat memang penat. tidur tak cukup sebab baby faheem makin kerap menyusu. nasib baik malam dia bangun dua kali aje. kalau tidak. huhu. and alhamdulillah dia kurang meragam. menangis bila nak susu dan once pampers dia dah basah aje. good boy kan dia? dan rasanya jaundice nye pun dah makin kurang. hopefully ok la semua. :)

tak sabar nak habiskan tempoh berpantang ni, dan balik ke kerteh and begins our new life with baby faheem. :)

p/s: dah 20 hari berlalu, tapi.... hmm.. takpe lah..

4 comments:

liana ab malik said...

aslkm syaima
before nak kenalkan diri..ni kak liana anak buah pada ur mom in law..amir nya sedara..
congrat!! dpt baby boy..camna bestkan proses bersalin. satu pengalaman tak boleh lupa sampai bila2 tiap kali tengok muka baby..
kuning baby da ok?? kalu belum boleh mandikan dgn pokok dokong anak dan kena kerap bagi susu badan. jangan lupa amalam berpantang kena ikut tau.. nti badan sakit2 ,org tua2 kata bentan masuk angin. belum tua dah sakit2..ok la..tahniah again..

syaima' said...

salam kak liana.

anak buah mama ke? mcm mana leh terbaca blog syaima ni. hehe

aah. best sangat pengalaman jd ibu ni. happy sgt. esp bila tgk muka baby n muka suami. :)

alhamdulillah demam kuning baby dh ok. skang kuat sgt dia menyusu, makin gemok dah ha.

berpantang tu yg susah sket. hehe. hopefully takde sakit2 la sgt badan ni. :)

tq again for the wishes..

liana ab malik said...

nti tnya mama amir. nak terangkan panjang nau plak..
ermm..tengah search nama fren dlm fb..terkeluar nama dak amir farid..then tgk fb syaima..jupe blog tu yang terus baca blog..hehe..sis ade dtg wedding kat seremban juz aqiqah x attend. amir'mom ade invite tp balik kedah kg hubby. so wakil my mum & sister yg lain dtg. tu yg follow blog syaima. ala, sis pun baru je nak start menaip2 blog :))

best tau bau baby ni, bla akak nak dpt second baby ni..hehe. Qaseh dah 2 tahun.teringat aqiqah qaseh jgk..:))

syaima' said...

ok, nnt sy tanya mama k.

aah. mmg best ada baby. akak bila lg nak bg qaseh ada adik? hehe