Pages

Wednesday, October 21, 2009

sedih dgn org sekarang


kenapa saya sedih dengan orang2 zaman sekarang? sebab nya mudah. hampir semua nya mcm dah tak taw adab sopan dan semuanya hanya lah materialistik semata-mata. memandang hanya pada yg duniawi saje.

mungkin sebab ramai tak tahu adab tu apa dah kot? :P

adab itu adalah

well. susah sangat ke nak kata yang elok-elok. susah sangat ke nak tunjuk muka yang manis tersenyum ikhlas?

bukan nak jadi racist. tapi sedih dengan orang melayu kita sendiri. [bukan semua la mcm ni ye] tapi ini adalah hakikatnya~ ramai yang tak tahu adab sopan dah. ramai yang tidak tahu untuk berkelakuan baik sesama manusia.

i am sure. hampir sume daripada kita pernah mengalami keadaan di mana waiter ataupun waitress di kedai-kedai makan mengambil order dengan muka yang kelat-melat, langsung tiada senyuman terhias di bibir, dan seolah-olah macam nak halau kita keluar je dari restoran mereka. sepatutnya, kena lah bermuka manis, ramah dalam melayan customer. ini bukan. layan mcm nak tanak jek. macam mana lah bisnes nak maju kan~ hati yang sejuk pun boleh jadi panas dan marah tau. hu

lagi. ada satu kejadian semasa aku dan kawan-kawan pergi ke open house ms mazeyanti. aku yang memandu kelisa ku dengan kelajuan sederhana mencari-cari tempat parking yang sesuai. namun, dengan tiba- tiba je ada seorang budak lelaki dengan riang nye menaiki basikal dan lalu dengan selamba nye dpan aku. huhu. nasib baik la aku perasan. klau tidak. Allahualam lah~~ dan setelah terjumpa parking yg sesuai, iaitu tidak jauh dari tempat kejadian hampir-nk-terlanggar-budak tu, aku pun keluar lah dari kereta dan cepat-cepat mahu ke rumah ms mazeyanti. tiba-tiba ada seorang kakak yang pada ku mungkin adalah emak kepada budak basikal itu mengatakan sesuatu pada aku. aku yang pada mula nya tak dengar sangat apa yang dia mahu katakan, memberi isyarat utk dia mengulangi apa saje yg dia baru ucapkan tadi. lalu terkeluar lah kata2 sinis seperti ini "ni taman, bawak kereta slow2 la" dgn muka yang sangat kerek. i was like~ er. tergamam di situ. pada hemat aku. aku bawak kereta dah cukup slow dah kot. siap leh perasan n stop bila anak dia tetiba muncul di dpan aku. n klau betul la ak salah, bawak kereta laju mcm kereta F1 tu. tak boleh ke cakap elok2? aku hanya senyum dan terus berlalu. hati takyah cakap lah. mmg sebal dan terkilan. terus hilang mood ber open house.

ada satu lagi kejadian di surau, hospital manjung. kami sangat kelam kabut utk menunaikan solat magrib yang hampir kehabisan waktu. ada lah dalam 10 or 5 minit je lagi utk masuk ke waktu isya'. jadi, kalau dah nama kelam kabut, mana nk perasan apa2 papan tanda. fokus kami hanya lah utk mencari tempat wudhu' dan tempat solat. namun, ada seorang hamba Allah ni, let me call him Pakcik lah. sangat tidak bertimbang rasa dan tidak bersopan dalam menegur perbuatan kami yang pada hemat Pakcik itu, sangat salah. cerita nya begini. surau ini terletak di tingkat atas. jd utk ke surau, kenalah menaiki tangga kan. dan kami ofcoz la baru n first timer di surau itu, terus menaiki tangga dan meletakkan selipar kami betul2 di depan surau. padahal, ada terpampang papan tanda yang melarang selipar di bawa ke atas. jd Pakcik ni td, tengah kami duk kelam kabut mengambil wudhu, dgn nada marah2, bertanya "sape punya selipar kat luar ni?". kami yang terkejut terus mengaku dan meminta maaf. Pakcik ni ttp tak puas hati. sampai di ulang2 nye lagi pertanyaan dia. padahal dia tahu kot yg ktorg ni tak sembahyang magrib lg. kami buat bodoh saje. solat kami lebih penting Pakcik. sesudah solat, kami lihat selipar kami sudah di bawah. Pakcik ni. mmg takde langsung toleransi. nk tegur tu. boleh. tp kenapa lah tidak di buat dengan adab dan berhikmah? lagi-lagi bila di surau, tempat ibadat tu. huhu -sedih2-

dan kalau kt tengok situasi sekarang. ramai yang makin tidak menghormati ibu bapa masing-masing. ramai yang lebih mementingkan diri sendiri. dan mementingkan sahabat. padahal kt semua tahu kot, tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ini. bukan pada parents je. even pada adik beradik sndiri, guru, lecturer or kawan2 sndiri pun kita kurang menjaga adab. huhu

harap kita semua di jauhkan dari penyakit zaman sekarang ini. sama-samalah kita berusaha utk menjauhi sifat buruk dan di benci ini. marilah kita bersama2 saling tersenyum dan menghormati antara satu sama lain. bukan susah pun kan? lets make this world a better place.

ameen.

6 comments:

oyenks said...

setuju sangat!
sebenarnya situasi sebegini sudah lama saya alami
cuma tak diluahkan je.mungkin sebab dah jadi imune dan adapt ngan situasi mcm tuh.bile jumpe org macam ni mmg kene istifar banyak2.

syaima' said...

yep. sgt kena bersabar n beristigfar byk2. n sgt kena cuba utk tidak jd mcm org yg tidak bersopan n tiada adab itu. huhu.

cik sentul said...

u, i sopan x kat u?

betul2.. even darah daging sndiri pun ade yg xtahu adab sopan & hormat-menghormati.. salah siapakah?
renung2kan & slamat beramal~~

syaima' said...

cik ain. kamu sgt la sopan lg tahu menjaga hati sy. dan insyallah pada sume org d sekeliling anda. keep up ye~! [poyo je~]

yep. renung renungkan. dan selamat beramal`~ :)

Rausyanfikir said...

Bagus2. Artikel adab tu ditulis guru aku. Dr. Sani Badron. Nyamuk dah masuk tempat mak aku kt KLCC. Mak aku jadi bos dia. So good lucklah pada korg semua.

syaima' said...

tq for ur comment. x sangka u baca my blog. :)

tq for the wish.

u too. smoga dpat grad dgn jaya nye