Pages

Thursday, June 16, 2011

6 jadi 8??

sekarang kandungan saya sudah menjenguk ke trimester yang ketiga. iaitu 3 bulan terakhir dalam tempoh 9 bulan mengandung. aiyo. cepatnya masa berlalu kan? rasa macam baru semalam je tahu diri ini mengandung. hm.

banyak perubahan diri yang berlaku. antaranya ialah...

  • selera makan bertambah-tambah. makan, kenyang dan akan lapar balik 2 jam kemudiannya.
  • berat badan dari 50+ kg sudah menjadi 60+ kg. 
  • ukur lilit pinggang dari 20+ inch dah jadi 30+ inch.
  • seluar jeans dan slack semuanya dah tak muat.. tiba-tiba bertukar menjadi muslimah solehah. hehe. ye lah. asyik duk pakai jubah or dress labuh aje.. dek sebab sume baju dan seluar sudah tidak boleh dipakai.
  • susu Anmun menjadi minuman ruji.
  • vitamin pun jadi antara makanan ruji harian.
  • saiz kasut dari 6 sudah menjadi 8.
  
my current foot wear. okay. design slipper ni memang saya tahu tak cantik. tapi sekarang ni, memang saya tak kesah. yang penting selesa. :) forget your heels. forget your nice pump shoes. 
  • style tidur dari macam-macam sudah harus mengiring ke kiri atau kanan saje.. sebab nanti tulang belakang sakit dan tak selesa.. sebab perut sudah mula memberat.. 
  • bahan bacaan dari DARA.COM, WANITA dan jadi PA&MA... 
dan macam-macam lagi..

sesungguhnya. pengalaman mengandung ini sungguh lah best. even though there are times which i don't like.. macam morning sickness, kegemukan yang tiba-tiba, kedatangan stretch marks di badan, ketidakselesaan akibat saiz perut yang semakin membesar dan pelbagai lagi.

sesungguhnya saya amat bersyukur atas peluang dan rezeki yang Allah S.W.T berikan pada diri ini dan suami, untuk menimang anak dalam masa yang agak cepat. sedar yang tak semua pasangan diberikan nikmat ini. perasaan dan pengalaman melihat perut semakin membesar setiap hari, perasaan setiap kali baby bergerak-gerak, bila umi dan orang yang dekat di sekeliling yang excited dan care about my pregnancy, and of course the attention and love given by hubby. all these are indescribable. alhamdulillah. semoga saya dan suami boleh dan dapat menjadi parents yang baik. insyaAllah. :)

 perlu ke upload gambar ni? :P

cuba teka gambar apakah ini?? :D

so syaima', sedar yang masa makin pantas berlalu. jadi. buat semua yang terlist di bawah ok...
  • cepat-cepat abeskan ganti puasa since Ramadhan dah makin dekat
  • godek2 balik buku agama dan buat solat hajat selalu agar dipermudahkan segalanya especially time labour nanti
  • rajin-rajin kan diri untuk membaca al-quran. dan be istiqamah. 
  • buat list untuk shopping barang baby
chaiyo`~!

p/s: dear all. doakan saya ye? dan baby.. :)

No comments: