Pages

Thursday, May 19, 2011

resepi bubur nasi special

well. takde la special mana pun. haha.

ini lah menu masakan yang akan saya pilih di kala saya malas nak masak hebat-hebat or bila takde mood nak memasak.

senang. pantas. dan sedap. dan yang paling penting sekali. amat mengenyangkan.

bahan-bahan yang anda perlukan adalah

  • beras (satu genggam saje, tak perlu banyak-banyak ye kawan-kawan)
  • air ( isi sampai 3/4 periuk (periuk kecik je yang selalu saya guna, cukup la untuk dua orang makan) )
  • bawang besar ( 1/2 biji, potong dadu )
  • kiub ayam ( potong 1/2, saya guna brand Knorr )
  • lobak merah ( potong halus-halus )
  • ubi kentang ( 1 biji or 2, depends on your preferences actually. potong dadu )
  • sedikit garam
  • telur 
  • ikan bilis
  • bawang goreng
  • daun sup
cara-caranya plak,
  1. basuh dulu beras tu bersih-bersih
  2. masukkan ke dalam periuk dan isikan air sampai 3/4 penuh. jangan sikit sangat sebab nanti dia meruap dan tak jadi bubur la plak nanti. jadi nasi plak. hehe
  3. kemudian, masukkan bawang besar, ubi kentang, lobak merah yang semuanya telah dipotong halus dan dadu, ke dalam periuk.
  4. tunggu sampai dia mendidih dan nasi jadi lembik (ala-ala bubur)
  5. bila sudah puas hati dengan "rupa paras" bubur anda, sila lah rasa, dah tambah garam secukup rasa.
  6. pecahkan telur. 
  7. hidangkan bersama taburan ikan bilis goreng, bawang goreng dan daun sup.
  8. siap~!
senang kan? my hubby really loves this bubur everytime i make one for him. cuba lah~ :))

owh ini picture of my bubur. maybe boleh bagi sikit panduan untuk kamu yang mahu mencuba? hehe. akhir kata. selamat mencuba~~

bubur nasi special gue. :)

house warming ~

okay, i know this is a little bit "basi" punya cerita. tapi takpe lah.

last-last weekend, my family and also my auntie's family had come to our newly home sweet home in Kerteh. so sweet kan. they arrived on friday evening, approximately at 8+pm. lambat? jam katanya abah.

we had so much fun.

makan-makan, borak-borak dan jalan-jalan.

tiba-tiba rumah baru yang agak sunyi sebelum ni rasa hidup dan meriah. happy~ diorang bagitahu, rumah baru ni lagi ok. ye la. ada 3 bilik dan 3 toilet. ruang makan ada and ada suasana berjiran. pendek kata. better than our old apartment. and hopefully, better for our soon-to-be-born baby B. :)

melawat pantai Kemasik? an event that cant be missed when they come here to visit me.

just enjoy the photos..

adik, in front of the house...

one of the sceneries @ Rantau

meam with ayoh.. my cute grandpa..

bergambar kenangan di Kemasik Beach..

err? :)

che ni and ayoh..

me and abah. well. awet muda kan abah saya ni?

lagi gambar famili.. 

sisters..

me and mcya.. wish kak ngoh were here with us.. T.T


owh i love my family so much. :) thank you for coming... it really meant a lot to me and amir..

Monday, May 16, 2011

hangat-hangat tahi ayam?

hai semua. semoga hari ini membawa seribu satu kebahagian pada anda semua. ^_^

pagi ini, saya cuba masak nasi goreng petai. tapi petai takde lah. ok la. cuma terkurang rasa sikit. memang itu masalah saya dari dulu kalau memasak. sure kurang rasa masin nya. well. takpe. practice make perfect kan.

ye. berbalik pada tajuk post ini. saya daripada dulu. memang tak asing dengan pepatah peribahasa di atas. hangat-hangat tahi ayam. memang mudah minat dan excited pada sesuatu. dan mudah plak give up or bosan when something gets in the way. contohnya. macam cross stitch. sekejap je minat. once benang dah abes, masa kurang sikit dek kesibukan belajar, terus dilupakan. sampai sekarang tak pernah siap satu pun design. huhu

and now, my current addiction, ribbon embroidery. memang suka buat. happy bila tengok hasilnya. and rasa macam ada bakat la. haha. tapi sekarang dah terberhenti sekejap, sebab busy pindah rumah hari tu. now, still tersimpan kemas dalam bilik kotak jahit tu. tak start start pun buat balik. huhu

and once dah mula suka pada ribbon emroidery ni, mula plak timbul minat nak menjahit. usha-usha blog jahit di internet, mulalah teringin nak buat baju sendiri, purse sendiri, dan of course beg sendiri. in fact macam-macam boleh buat. especially for my soon to be born baby. owh berangan angan tak hengat. :P

tapi masalahnya, mesin jahit plak takde. takkan nak jahit tangan kan? tak sanggup den. lagi la cepat bosan.  nak beli mesin, ok je. sebab hubby willing to belanja. siap semangat lagi nak bukak bisnes online together dan jual hasil jahitan ni. tapi tu la. bila usha-usha, ramai recommend suruh beli satu mesin jahit ni yang berharga RMxxxx+. Mak ai. memang mahal tapi orang kata memang berbaloi. sebab ramai kata mesin ni tahan lasak. jahit kain apa pun ok. siap banyak dapat free gift lagi. kira memang berbaloi-baloi la. tapi. itu la. mula ada rasa doubt dalam diri. pepatah "hangat-hangat tahi ayam" tu datang kembali.

"boleh ke aku menjahit ni?"

"berbaloi ke suami aku keluarkan duit banyak semata-semata untuk minat baru aku ni?"

dan macam-macam lagi prasangka negatif dalam hati.

hati memang kata nak. tapi akal kata macam-macam sebaliknya. tapi kita takkan tahu selagi kita tak mencuba kan? plus, masa memang banyak sekarang sebab im a full time housewife sekarang.

hubby pun memang sangat supportive. suka bila wife dia boleh buat something dari rumah je.

nguu. dilema. dilema.

anda ada impian dan azam yang mahu direalisasikan?

yep. saya ada impian. i guess everyone has their own unique dream.

cuma, yang membezakan adalah kekuatan yang ada untuk mencapainya. support yang ada untuk membantu mereka mencapainya. dan of course. capability that they have such as money, time and opportunity.

dulu. saya tak tahu saya nak jadi apa dalam hidup ni. yang saya tahu. apa saja yang Allah beri, saya ambil dan cuba lakukan dengan yang terbaik. macam zaman sekolah. belajar je. tanpa arah tujuan. ye. mungkin adalah jugak cita-cita. masa sekolah rendah nak jadi pensyarah (ke cikgu ek?). dan bila dah masuk sekolah menengah nak jadi doktor plak. tu pun sebab selalu dapat A untuk biologi dan memang rasa seronok pun belajar subjek tu. tapi bila tiba-tiba dapat B3 masa SPM, terus down dan lupakan cita-cita nak jadi doktor. haha. so, ambil saje peluang yang P** bagi sebab peluang scholarship susah nak dapat kan? plus, umi pun suruh ambil. so, saya pun OK saje. biarlah saya tak minat course ICT tu pun. biarlah even komputer cam alergik dengan saya sebab everytime sentuh sure ada problem. haha. well. takde la all the time. but mostly lah. so, dengan tabah dan positif nya saya ke UTP dengan mindset, insyaAllah, minat itu akan datang.

tapi. sampai lah saya grad, minat itu tidak kunjung tiba. alhamdulillah, biar tak minat pun, dapat jugak lah grad. hehe. dan directly after grad tu, terus sambung Masters sebab fikir peluang untuk kerja dengan P** sangatlah tipis masa tu. and at the same time, asyik duk dengar cite, ramai sungguh yang tidak recommended. especially for my course. nak cari kerja sendiri, malas plus memang tak minat owh ict ini. (tapi sambung jugak Masters in ICT?? owh sungguh tak paham dengan diri sendiri lagi...  -.-)

huhu. namun, rezeki tetap berpihak pada diri ini. dapat juga la kerja dengan P**. even though di Terengganu. even though tak tahu apa-apa pun pasal quality and segala bidang kerja yang boss duk explain masa phone interview tu. once again, i just do what ever that Allah gives me. (lagi sekali, i am just following the flow. huhu)

so senang cite, and the conclusion is, i never know what i want in life. what and who i want to be. seriously, i am so envious of those who already knew what they want in life. ada yang nak jadi engineer yang berjaya. ada yang nak buka bisnes itu ini. ada yang nak jadi jutawan by age 25. me? hm.. i just know that, i want to be happy and enjoy this life as much as i can. (er. bukan semua orang pun macam tu ke? -.-)

but now, i think i have already found it. at least. i know i am so happy doing it. together with the support from the one that i love. i think its going to be enough for me to make it a reality. owh Allah, please help me. please help me to be strong, to face all of the challenges, the hard work and or course the negativity that will constantly comes to me. maybe from within myself. and outsiders.

and, last week, i did watch rancangan bersama dato' dr fadzillah kamsah. and coincidently he talked about azam tahun baru. well. boleh jugak lah kalau nak di applykan for impian and cita-cita kan? he said. untuk menjadikan azam kita menjadi kenyataan, ada 3 cara.

1. Berdoa pada Allah S.W.T
Sentiasa berdoa agar sentiasa diberi kekuatan pada diri untuk mencapai impian kita. berdoa agar dipermudahkan segalanya. pendek kata, minta pertolongan pada Dia yang Maha Esa. :)

2. Set your azam or impian clearly
It means. we have to make each dream of ours to be clear as crystal. don't just make it vague. or too general. for example. i want to loose weight. NO NO. tak boleh macam ni. its too general. takde tujuan dan kabur. at least, make it clear by stating by when, how much do you want to lose it?, by what means? etc2. senang cite. build your own strategy on how to make it happen. hm. maybe i will use the 5 wife and 1 husband method. :)

3. Iklankan impian itu sentiasa
Menurut dato' dr fadzillah, manusia ni, mostly after 3 weeks, will tend to forget what they want to achieve. so, iklankan dan sentiasa ingatkan diri ini apa yang anda ingin capai. maybe. paste the dream at your dressing mirror? di cermin toilet ke? buat jadi wallpaper laptop ke?

owh. berikan lah ku kekuatan. :)


p/s: i guess i need to make it as my special secret project first. hehe. bagi yang tahu. shhh~~

nak nak nak?

saje usha and baca blog kak tinihani. for more info on dunia jahitan. then terjumpa satu online shop ni.

kedai sus.

aa. suka suka semua barang-barang dia.

dan makin meronta-ronta niat nak belajar jahit dan buat handmade item sendiri. nguuu

Sunday, May 15, 2011

family outing to kuantan

last friday, we had one of the best family outing together. this time, we had samira or also known as mcya, the bibik :P together. she is my little sister, who is so sweet to accompany her big sister with her big tummy ni di kerteh. lebih dari seminggu jugak la dia di sini menemani saya.

kebetulan hubby cuti weekend ni, and 4 hari solid dia ada di rumah. selalunya dapat cuti sehari or dua hari je due to work commitment. tapi alhamdulillah, dapat jugak 4 hari solid. so dapatlah dia  berehat dengan penuh optimum and suddenly dia ajak ke kuantan pada hari jumaat tu. kunun-kunun mahu mencari kopiah. tapi i think its maybe because dia kesian kot tengok mcya terperap aje di rumah membibikkan dirinya ke kakaknye yang boyot ini. hehe. so sweet kan.

so, kami bergerak dari rumah at 11 am. kunun-kunun mahu gerak at 10 am, tapi paham-paham aje la. we went with my cute BGU and kereta ni radio nya rosak. nak pasang kaset (ok, sangat old fashion kan, semua orang duk pakai cd player sudah sekarang) plak, ada satu je kaset. lagu siti nurhaliza plak tu. satu beg penuh dengan kaset still tertinggal di USJ. asyik terlupa je nak ambil. so, kami penuhi perjalanan satu jam setengah itu dengan borak-borak. i can say, we had fun. sometimes the conversation becomes so serious especially bila hubby tiba-tiba ber"emosi" dengan topik yang sedang dibicarakan, dan kadang-kadang menjadi sungguh kelakar. agak fruitful jugak lah. banyak jugak mcya share life dia di universiti. owh seronok.

sampai je kuantan, its already zuhur. and we went to masjid for friday prayer. while hubby went to pray, kami menunggu aje dalam kereta.  borak-borak. cam whore. :)

us <3

after that, kami terus ke megamall kuantan, for our lunch. perut masing-masing memang dah berkeriut-keriut dah. sampai aje, order dan sambil menunggu kami mengambil gambar lagi. hehe

kami.

yes. you! :P

me and my "bibik", mcya.

no time is wasted while waiting for the food to be arrived. hehe

and our appetizer has arrived.

the muffins!

vanilla, banana and vanilla muffin each.

mcya's meal. all of us had 1/4 meal. with 3 side dishes. nyum-nyum


er? :P

after makan, kami ke XXX for our special project. doakan kami agar berjaya dengan apa yang di invest ya. :)  kami di sana sampai la pukul 7 pm. then we headed our car to pantai teluk cempedak for dinner. and mcya cerita, kat pantai tc tu ada rojak sotong yang sedap. so, why not we give a try kan?

sampai je, rupa-rupanya it was years ago when she tried the rojak sotong. masa sekolah rendah ke apa. now dah 18 tahun sudah. -.- sampai tak ingat dah kedai mana yang ada rojak sotong sedap tu. so, kami hentam je la. nasib baik chedap~!

rasanya macam yong tau fu ala-ala kat pasar malam taman maju, tronoh plak. hehe. rindunya. sayang kuah dia tak panas, kalau panas sure lagi sedap.

then, kami ke kedai makan dekat dengan mcD tu siket, makan nasi goreng je. pastu balik. sampai rumah almost 11pm. huhu. penat. tapi seronok sangat.

thank you hubby and of course thank you samira. hope u like and enjoy our family outing ni. thanks sebab sudi teman kakok mu ini di kerteh. sanggup tu korbankan cuti semester dia seminggu lebih. hehe. cayang dia. mwahs. sian kakngoh tak pat datang. kena pergi intersesi plak kan. its okay. next time yek?

for my hubby, thank you so much for the support and love. appreciate it sangat-sangat. mwahs~!

Wednesday, May 11, 2011

Anmum's new promotion strategy

i am now pregnant. yes. 5-months pregnant already. cepat nye lah hai masa berlalu. perut sudah mula sangat jelas kelihatan memboyot. dan sekarang sudah terasa boyot. senang kata, now only i am starting to feel pregnant. diri dah terasa berat. dan perut mula terasa gatal-gatal. aiyo. petanda stretch mark kah itu?

okay, post ni sebenarnya pasal susu Anmum. susu ruji saya buat masa ini. well. takde lah ruji sangat sebab susah benar nak meng'istiqamah'kan diri untuk minum susu Anmum ni hari-hari. bukan macam nasi kan? tak suruh pun, memang akan cari nasi setiap hari.

nak di jadikan cerita. susu Anmum ni sudah habis. so pergi la membeli di TMC di Mesra Mall. tengok kotak dia. saya dan hubby excited melihat apa yang tertera di depan kotak susu Anmum ini.

 yes. do u see the "PERCUMA" word yang besar itu? hehe. sangat excited. 

 yep. beli susu Anmum boleh dapat termometer or alat pengawalan kanak-kanak. sangat bagus untuk baby kami kan nanti? :)

excited punya excited. rupa-rupanya kena kumpul dulu sudu dia. samada 3 sudu untuk termometer dan 7 sudu untuk alat pengawalan kanak-kanak tu. haish. keciwa keciwa. tapi takpe. kat rumah ni dah ada satu sudu. just kena habiskan yang ni dan beli satu lagi and walla. dapat lah satu termometer. hehe. insyaAllah sempat la kan? tak larat kot nak kumpul sampai 7 sudu. - tak paham kenapa tiba-tiba saya excited nak kumpul sudu dan dapatkan hadiah tu -.- - kiranya, menjadi la kan strategy Anmum ni nak tarik orang beli kan? selain iklan dia yang sungguh best itu. hehe

my glass of Anmum chocolate. 

so, mama syai. be istiqamah ok in taking your susu daily. bukan sebab nak dapatkan termometer semata-mata. tapi for your baby inside. :)

chaiyo~!

Tuesday, May 10, 2011

selamat hari ibu

saya tahu post ni macam agak kelewatan sket. tapi. ada saya kesah?? :P

this post i dedicate specially for my ummi, Pn Azlina Abdul Rahman,

latest photo of us in Kemasik Beach

and also to my other mother, mama, Pn Roziah Abdul Rahim,

gambar masa engagement dulu. hm, baru perasan tak banyak gambar dengan mama. takpe. lepas ni kita snap-snap banyak-banyak k? :)

happy mother's day. thank you for being a wonderful mom to me. i hope i can be as good as both of you. sorry takde hadiah. tunggu bulan september ni ya? :D

not to forget to all mothers out there. selamat hari ibu juga. especially to myself. hehe (boleh ke?? :P) semoga dapat menjadi ibu yang baik lagi sempurna. ameen.

en streamyx sudah kembali sihat

hi semua. lama kan saya tak update ini blog? ye. busy dengan urusan pindah memindah rumah. mengemas-ngemas. dan of course. di sebabkan oleh en streamyx yang lama sakit. baru hari ni dia sihat walafiat. setelah sekian lama. TM should do something la to keep up the quality of service. huhu.

so. memang banyak nak update. nak story and share. tapi nanti lah. hehe.

till then, take care. mwahs.