Pages

Friday, August 26, 2011

bila meam gelabah...

semalam. lepas medical check up di SJMC, saya buat status di Facebook : "He's already half in! Gulp.."

tak sangka plak, status ni boleh buat orang cuak and gelabah. hehe. and orang itu adalah adik lelaki saya, meam. dia ingat baby dah nak keluar dan saya masa tu dah di hospital. comel je. saya plak masa tu duk tengah sedap window shopping di Sunway Pyramid. teman hubby mencari seluar slack. so tak perasan ada orang tengah duk kalut. hehe.

jadi, nak di jadikan cerita, masa duk tunggu hubby bayar, saya pun bukak la Facebook, tengok-tengok dah banyak respon rupanya. and respon meam la yang paling best. sangat buat saya and hubby tergelak.


rupa-rupanya sebab saya ada SMS dia jugak pagi semalam. and tetiba ada status cam gitu di Facebook. and saya plak buat seketika tak reply. senyap je no respon. lagi la menggelabah dia. sangat duk contact Abdul, my other brother for confirmation and talk to Ummi. 

so sweet. tak sangka. blur-blur dia pun, dia CARE actually. sayang jugak dia kat kakak dia ni kan. dan nampak sangat dia dah tak sabar nak jadi UNCLE. owh terharu.

meam and me. :)

tapi. saya macam tersedar jugak. bahaya nya bila buat status di Facebook ni. orang boleh misinterpret apa yang kita tulis. kita maksudkan yang lain, tapi orang yang membacanya leh paham lain. ha. kan bahaya tu. bukan status je, tapi gambar-gambar yang kita upload pun orang leh buruk sangka or pikir lain. jadi kawan-kawan, hati-hati yep. :)

p/s: aish baby, bila kamu nak keluar ni, macam tak sabar plak. hehe.

2 comments:

TiNie said...

tulah..sy pun ikut cuak jugak..ingt btul2 la baby dah nak kuar. EDD syaima brapa hb?

syaima' said...

12hb Sept actually. :)