sangat menghitung hari sekarang.... :) menghitung hari untuk apa? raya? no no. menghitung hari dan duk menunggu bila lah orang baru dalam perut ni nak keluar. hehe.
raya memang takde feeling sangat pun. tataw nape. maybe sebab lebih excited nak sambut orang baru kot.
ikutkan hati. nak je baby dalam perut ni keluar lepas raya. sebab nak puasa penuh. tapi, memikirkan MC hubby yang makin nak habis tu, rasa macam nak suruh baby keluar cepat-cepat. nak la dia ada di sisi masa proses bersalin tu berlaku kan.
now, its already 37+ weeks. tanya-tanya orang, minggu 38 or minggu 39 biasanya baby akan lahir. and mostly yang mengandung sulung baby akan keluar lambat.
tadi, baru lepas pergi medical check up di SJMC, Dato' Dr Siti bagitahu kami, yang baby dah "half in" in my pelvis area.... aiyo.. and it means the D-day (Delivery Day) could be any time, any day dah. alhamdulillah baby sihat. denyutan jantung normal dan sihat. dan kedudukan pun dah betul, kepala sudah berada di posisi bawah. harap-harapnya OK la.
takut memang takut. ye lah. kita tak tahu apa akan jadi kan. macam-macam cerita ku dengar. ada yang senang. ada yang sekejap aje. ada yang sengsara sampai 48 jam lamanya. macam mana la kisah bersalin baby pertamaku ni kan.
memang rasa tak sabar. tapi at the same time. cuaknya ya Allah. hanya Dia yang tahu. sangat duk muhasabah diri. dan menyediakan diri especially mental ini. harap-harap senang la bersalinnya. macam ummi saya. senang dan sekejap je. maybe sebab fizikal ummi yang tinggi kot. :)
my ex school mate, yati dah selamat melahirkan baby girl nya hari ni, padahal due date nye lebih kurang sama macam saya. which is after raya. hm... memang susah nak predict exact date baby akan lahir.
sekarang ni dah terasa mild contraction. ala-ala period pain gitu di bahagian bawah perut. together with mild pain at my groin. and now, dah terasa backache sikit-sikit. tapi semuanya tak kerap lagi. and i still can endure.
doakan saya dan baby ye semua. doakan moga selamat semuanya. :)
and selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin ya. halalkan makan dan minum. maafkan segala salah dan silap, jika ada. :))
4 comments:
Syaiiii... pray for a safe and healthy delivery!!
-salam dari perantauan-
TQ charles. appreciate it. :) nanti dah tak bergelar perantau. sila lawat saya n baby k~! :)
kak syai, nana doakan semuanya selamat ye :) dun worry kak syai..selawat banyak banyak oke.nanti dah deliver cepat cepat inform kat facebook ekk..
* selamat hari raya maaf zahir batin kak syai :)
tq nana. :) selamat hari raya to u too.
Post a Comment