Pages

Sunday, June 19, 2011

shopping list for you baby

majalah PA&MA kini sudah menjadi bahan bacaan wajib saya setiap bulan. kunun-kunun untuk mempersiapkan diri lah untuk menjadi mama. hehe. so far, memang majalah ni bagus sangat. banyak info berguna. so parents to be out there, sila la beli ya. tak rugi pun pelaburan RM 6.50 setiap bulan.

 terbalik plak bila upload... -.-

 my favourite cover so far~ cute kan????? muka dia ada aura nakal je. hehe

ok. back to the topic of this post. its about the shopping list for my baby. alhamdulillah sebab dalam isu PA&MA bulan Mei 2011 ada dia bagi tips dan list yang boleh saya gunakan sebagai panduan. dan menurut majalah tu, memang shopping-shopping ni patut start di buat pada bulan ke tujuh mengandung. sebabnya? sebab masa tu kebanyakan ibu-ibu mengandung dah takde alahan, dan sudah sihat. so, senang la nk pergi shoping kan? dan masa tu, kandungan dah matang dan saat bersalin pun dah nak dekat. see. so memang patut la saya start buat list kan? hehe

according to this magazine, my shopping list should be divided into 7 categories. untuk menyenangkan la kot..

1. pakaian baby saya
  • sarung tangan 
  • sarung kaki
  • baju lengan panjang
  • seluar panjang
  • baju lengan pendek
  • seluar pendek
  • rompers (2 in 1 sebab baju dan seluar dia dijahit sekali)
  • topi atau topi bonet (perlu ke ek?? macam tak perlu je.. )
menurut majalah ni lagi, for newborns, tayah beli baju banyak-banyak especial saiz newborn nye. sebab baby ni cepat membesar. so, bear in mind ye mummies out there? nanti terbazir plak sebab nanti baby kita takleh nak pakai pun. dengar cite, baby yang diberi susu ibu lagi la cepat besar dan "gomok". hehe. aih. comey nye. plus, kawan-kawan or family sure akan bagi banyak hadiah baju kan? -berangan dan perasan -.- -

2. barang-barang mandi baby
  • tab mandi
  • pengalas tab mandi
  • tuala muka
  • tuala mandi
  • syampu baby
  • sabun mandi baby
hm. tak sabar nya nak mandikan baby. sure best kan? tapi tak sure plak samada ada keberaniaan ataupun tidak. aiyo. macam nak beli johnsons&johnsons jek. ke ada brand lain yang lagi best ek?


3. lampin baby
  • lampin kain moden (cloth diaper) / lampin pakai buang (hm. ni macam berbelah bagi, sebab duk tengok yang cloth diaper tu macam menarik sangat. macam-macam design ada. plus, one time buy je. cuma risau takut tak sesuai dengan baby. ye lah. takut beli banyak-banyak ada alahan plak macam ruam ke. plus, takut leceh sebab kena basuh-basuh kan. if beli yang pakai buang, sonang aje keje den ha. pakai. pastu buang. tayah basuh-basuh dah. tapi tak ekonomi dan tak menjaga alam sekitar la plak kan dalam jangka masa yang panjang. hm. takpe. survey-survey dulu lah.)
  • pelapik (kalau pilih nak beli cloth diaper la)
  • tisu basah (kena ek? basuh dengan air dan lap guna tuala je takleh ek? :P)
  • pelapik menukar lampin
  • beg lampin (hm. macam boleh jahit sendiri jek? :) )

4. barang-barang penjagaan baby
  • bedak 
  • losen
  • minyak baby
  • sikat/berus rambut (er. perlu ke? :P)
  • minyak telon (er. apakah ini? dah tak tahu, saya google la. dan ini yang saya dapat dari wikipedia: Minyak telon (dari bahasa Jawa telu, tiga) adalah minyak yang sering dibalurkan pada tubuh bayi dengan campuran dari minyak adas, minyak kayu putih, dan minyak kelapa dalam kadar yang berbeda-beda. oo.. tapi memang perlu ada ke? kalau losen jek, tak cukup ke? hm. tanya mereka yang lebih berpengalaman lah)
  • nail clipper 
  • kapas muka
  • krim ruam lampin (brand apa yang berkesan ye? takpe. survey-survey je nanti)
  • kain bedung (kain yang di gunakan untuk membalut baby. macam pernah dengar orang cakap. baby kalau tak bedung. tangan dan kaki dia akan bengkok dan jadi tak lurus. er, yeke?)
  • barut (kain yang bertali yang digunakan untuk membalut badan baby. untuk mengelakkan kembung.)

5. kelengkapan tidur baby
  • katil (macam tayah je kan? sebab for now better guna tilam jek. ke guane?)
  • tilam
  • cadar
  • selimut
  • bantal
  • bantal panjang

6. barang-barang untuk penyusuan baby
i opt for penyusuan susu ibu.. so the list goes like this..
  • pam 
  • bekas penyimpanan susu ibu
  • cooler bag
  • pek ais
  • maternity bra
  • baju mama~ :P
actually, kalau ibu tu tak bekerja perlu ke beli pam and sume-sume dia atas ni yek? mintak-mintak dipermudahkan la segalanya. nak bagi baby susu badan je kalau boleh. :)


7. kelengkapan beriadah
  • car seat 
  • baby sling (sangat perlu. especially for hubby's own good. mwahaha)
  • stroller (tayah beli lagi pun takpe kot. since baby kecik lagi. takkan nak bawak jalan-jalan dah kan? takpun, mana tahu ada famili or member nak bagi as present? ngehe)
  • nursing cover (leh jahit sendiri kot :))

since list dah complete. just nak kena go through balik dengan umi and mama lah. ye lah. kena tanya orang yang berpengalaman dulu kan. tanak la main beli jek. and end up rupa-rupanya takyah beli pun. pembaziran mestilah dielakkan kan? :D

and kena tahu di mana mahu beli sume-sume barang ini. so mummies out there. sila lah share kalau tahu tempat yang best dan berbaloi untuk saya dan hubby bershopping-shopping for our baby..

harap list ni dapat membantu bakal-bakal ibu yang lain juga. :)

1 comment:

♥ nana i am ♥ said...

kak syai~ nana pulak yg excited tengok list2 ni =) pasal baby wipes depends on the baby kak..nephew nana kulit sensitif.so my sister celop cotton dgn air je..bile dah 4 bulan ni baru basoh terus dengan air dekat sink.lagi senang rasenye :) pakai minyak yu yee cap limau best!bau pon best!hehe