aiyo. lamanya tak update di sini kan??
kenapa kenapa kenapa?
awak kan tak keje. duk umah je kan? kenapa takleh nak update blog awak yang dah lama terbiar ni??
eh eh. biar pun saya suri rumah jerrr, saya bekerja jugak ya. lagi lama dari awak awak yang keje ofis tu. 24-7 okay. hehe.
alhamdulillah, amir faheem sudah pun 9 bulan lebih dan dah nak masuk 10 bulan dah pada 1 July ni. alahai, cepatnya masa berlalu kan. dah besar pun budak kecik ni. dan tetiba mama dia ni dah terpikir nak bagi adik kat dia. ops?? masih terlalu awal kah? hehe
insyaAllah akan ku rajinkan diri untuk menulis di sini. actually niat di hati ni, macam-macam nak share. especially kisah-kisah dan tips macam mana nak membesarkan amir faheem, yang maybe boleh jadi panduan pada mommies lain. and also apa-apa yang ku rasakan berfaedah untuk di share. macam resepi masakan yang sedap ke. buku parenting yang best ke. my journey as a nursing mom and macam-macam lagi.
tapi nanti lah. di lain post yep nnt?
so, di kesempatan ini, sementara faheem masih lagi tidur tu, saya nak kongsi la dgn awak-awak semua, yang june lepas saya dah berjaya bukak satu butik online. khas untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. jemput jenguk and shopping di MamaSyai Boutique ya. dan sila Like di Facebook : MamaSyai Boutique. banyak baju menyusu seperti nursing dress, nursing kurung dan blouse yang sesuai untuk mommies ada di MamaSyai Boutique. shop now to enjoy 5% discount. and we offer free shipping! :)
segala support anda sangat la dihargai. wish me luck ya.
last but not least. nak share ini
Tuesday, June 26, 2012
Sunday, December 4, 2011
last month of 2011
ye. disember sudah tiba. dan kami meraikan dengan pergi berjalan-jalan ke Kuantan, Pahang. :)
mode malas nak mengarang jadi saya letak picture banyak-banyak la. n of course mode malas sampai gambar tak tersusun ikut kronologi. :D
we went to East Coast Mall. aka ECM.
and we went to eat lunch at Black Canyon after check in @ Hotel Zenith. which was located just next to ECM. and then shopping~ :) well takde la shopping mana pun.
hubby and amir faheem. yang baru aje bgn tidur. patut la dia nampak blur ekh? :)
them with the newly-bought baby carrier. seems like faheem loves it. :)
pandangan comel dari faheem to his papa. aww. love his round eyes so much~!
faheem in the hotel's bed
lagi expression muka faheem yang dapat di potret kan.
:) love
my two love ones..
still berpantang ais. so kita ber'MOCHA" saja~
the love of my life. with ma love drink. :P -apa aku merapu nih-
my fav dish if i came to Black Canyon. fussilini in chicken tom yam.
mama and faheem yang mamai-mamai
kami during lunch at Black Canyon. Faheem tidur aje sampai kami selesai makan. macam tahu-tahu aje kan. hehe. good boy.
hubby with his lunch dishes..
:)
and lastly.
gambar "syiok" sendiri. hehe
konklusinya, trip kali ni memang best. of course sebab this time ada ahli baru si kenit faheem tu. :) and hotel zenith memang cantik lagi selesa.
tak sabar nya for next trip cuti-cuti bersama famili tersayang ni.
p/s: gambar ni sume diambil menggunakan kamera baru gue, panasonic lumix lx5. cantik kaaan :))
till then, salam.
Labels:
cetusan perasaan,
hobby,
my baby
Friday, November 11, 2011
kata kata itu doa
"macam mana faheem dalam perjalanan tadi? ok ke dia?"
"ok je dia. tidur je dari bertolak sampai la tiba ke destinasi ni. bangun pun sekali aje. nak menyusu"
"wah. baiknya budak ni.." saya hanya tersenyum. insyaAllah, baik lah faheem ni nanti.
"tak nangis ke faheem malam-malam?"
"tak lah. ok je."
"wah. baiknya budak ni.." saya hanya tersenyum. insyaAllah, baik lah faheem ni nanti.
"malam dia bangun berapa kali?"
"sekali je."
"iye? baiknya faheem ni." saya hanya tersenyum. insyaAllah, baik lah faheem ni nanti.
balik kelantan masa raya haji haritu, faheem baik aje. nanges hanya bila lapar kan susu.
"baiknya faheem ni, senyap aje."
saya hanya tersenyum. insyaAllah, baik lah faheem ni nanti.
dan banyak lagi lah dialog-dialog yang mana akhirnya akan berakhir dengan kekaguman orang akan kebaikan faheem yang tak banyak ragam.
sesungguhnya saya dan suami amat bersyukur. memang senang menjaga faheem. cuma malam lah. agak kerap menangis nakkan susu. tu pun bila dia dah nak tidur.
dan di usia dia yang baru dua bulan lebih ni, dia dah jadi sangat responsive. bila agah sikit, keluar lah suara "aigooooo aigoooo" dia. dan memang mudah sangat tersenyum. especially bila nampak muka mama dan papa dia. memang terhibur. hilang segala penat menjaga dia.
alhamdulillah. semoga dengan kata-kata baik orang sekeliling faheem ni, membesar dengan baik lah dia. dan menjadi seorang insan yang hebat di masa akan datang. ameen. ^__^

amir faheem bin amir farid. permata hati kami. :)
Labels:
cetusan perasaan,
my baby
Thursday, November 3, 2011
say cheese~~~~
at last, dapat jugak capture gambar faheem tengah sengeh lebar and macam2 expression lagi. hehe. actually banyak je. tapi kita tunjuk 3 ni je lah.
comel tak??
macam mak dia tak??
hehe..
tak sabar actually nak tunggu esok. esok saya, hubby and faheem akan balik ke kelantan untuk sambut raya haji together. last balik ketereh is in last december~! wah. almost a year tak jejak kaki sana. huhu. hopefully selamat sampai sana. n enjoy all of the daging`~ eh. orang lepas pantang leh makan daging dengan hovernya ke?? hm...
then, on 10th november ni, kami akan pulang ke KL/USJ balik. for faheem's next paed appointment. harap anak mama ni kuat la untuk menerima next injection. tak nanges kuat sangat and tak demam after getting the shots. and also for ain suffian's wedding, who is my ex roommate masa sambung master dulu. tak pat g reception diorang, so dapat pegi akad nikah je. what to do. kerteh tak cuti ahad. -susahnya bila weekend tak sama huhu-
disember bakal menjelang. ada idea menarik untuk direalisasikan for hubby's birthday n our 1 year anniversary. wah~! dah nak setahun saya bergelar isteri orang kaaan. -owwh. scary sungguh masa ni- harap-harap menjadi lah sume yang di rancang. hehe.
Labels:
cetusan perasaan,
my baby
Wednesday, October 5, 2011
eh dah 1 bulan?
kejap sungguh masa berlalu. scary plak bila memikirkan betapa pantas nya masa berlalu.
today is already 5 october 2011. bermakna, amir faheem dah 1 bulan 5 hari.. terasa macam baru je jumpa dia di labour room hari tu. hehe
alhamdulillah, 1 october lepas selamat sudah majlis aqiqah amir faheem. lega bila semuanya dah selesai. selesai hutang kami. :) terima kasih pada yang hadir.. amir faheem plak macam tahu-tahu aje yang majlis aqiqah ni untuk dia.. senyap aje sepanjang majlis.. especially masa ni..
hm, tak sabarnya nak tengok dia membesar lagi.. :)

amir faheem with his proud papa :)
my little boy in his cute little jubah
:)
i feel complete now.. alhamdulillah..
babes yang dapat dtg.. thank u babes for coming :)
all went well i guess. ramai yang datang especially masa tahlil dan marhaban. teringat apa yang suami share, dia suka and terharu sangat masa dia dukung faheem keliling semua yang hadir masa selawat.. terasa happy sebab ramainya orang yang mendoakan faheem. i tend to agree with him. hopefully, faheem membesar menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat nanti. amin.
dan yes, kambing BBQ and gulai itu sedap sungguh! hehe. makan jgk la walaupun masih dalam pantang actually.. :P
eh, tercite pasal aqiqah faheem plak. post ni pasal faheem yang dah masuk 1 bulan 5 hari actually. betapa cepat dia membesar..
dari ini..
kepada ini..
hm, tak sabarnya nak tengok dia membesar lagi.. :)
Tuesday, September 20, 2011
Berpantang itu..
pejam celik pejam celik hari ni dah 20 September dah. maknanya baby faheem dah berumur 20 hari dah. wah. cepatnya masa berlalu. patut la bila tengok baby faheem, macam dah makin besar dari dulu. hehe. baju pun dah makin fit. alhamdulillah.
so far, my motherhood journey went well. alhamdulillah susu banyak keluar. until now takde masalah untuk fully breastfeed baby faheem.
terasa happy bila dah jadi ibu. bila tengok muka baby faheem, terasa tenang aje. dan mula lah terfikir macam-macam. yang paling kerap is perasaan kagum; macam mana lah baby faheem ni boleh survive dalam perut sendiri dan end up lahir ke dunia dengan selamat. alangkah hebat nya aturan dan kuasa Allah kan. dan perasaan syukur of course. sebab selamat melahirkan dia.
owh yes, tujuan post ni di tulis adalah untuk share pengalaman berpantang ku. ada banyak yang ku suka, dan banyak jugak lah yang tak disukai. huhu.
perkara yang best:

- diri dilayan bak puteri raja. dan di sayangi ramai. especially oleh mak mertua.. hehe.
- makanan sedap dan sihat. ye lah. semuanya berunsurkan bakar dan sup aje. nyum-nyum. air pun suam-suam aje yang boleh.
- sesi mengurut dengan kak nurul. semuanya ku suka, bertangas, mandi herba, urut, tuam dan macam-macam lagi. terasa lega dan sihat badan. nanti saya cerita k pasal kak nurul ni. :) sangat recommended untuk mereka yang akan bersalin.
perkara yang tak best:
- semua benda tak boleh buat masa berpantang ni. naik tangga tak boleh, basuh pinggan tak boleh, kelar rumah tak boleh. dan segala macam larangan lagi. hehe kalau boleh mak mak ni nak ikat je biar duduk atas katil je.
- 24-7 kena pakai stokin, dan sweater. which i seldomly buat.. ngoho..
- mesti kena pakai bengkung yang maha ketat itu, sangat tak selesa sebab dia dari bahagian punggung sampai lah ke perut. nak duduk dan nak menyusu baby faheem sangat la struggle.
- takleh makan sembarangan.. huhu
- kena berjauhan dengan suami. huhu. (ni paling tak best!)
overall, agak mencabar lah. agak menguji keimanan diri ni sendiri dan orang yang menjaga nya. sebab saya ni degil~ especially bab suh pakai bengkung. macam-macam alasan yang di beri. awal-awal dulu lagi la. dengan sakit di tempat jahitan, busy dengan urut-urut bagai, baby faheem kena warded lagi, pam-pam susu. dan segala bagai. alhamdulillah. dapat di tempuhi dengan baik.
apa-apa pun, im loving my motherhood journey yang sudah bermula ni. penat memang penat. tidur tak cukup sebab baby faheem makin kerap menyusu. nasib baik malam dia bangun dua kali aje. kalau tidak. huhu. and alhamdulillah dia kurang meragam. menangis bila nak susu dan once pampers dia dah basah aje. good boy kan dia? dan rasanya jaundice nye pun dah makin kurang. hopefully ok la semua. :)
tak sabar nak habiskan tempoh berpantang ni, dan balik ke kerteh and begins our new life with baby faheem. :)
p/s: dah 20 hari berlalu, tapi.... hmm.. takpe lah..
Wednesday, September 14, 2011
Amir Faheem Bin Amir Farid
alhamdulillah. akhirnya, permata hati saya dan suami telah selamat lahir ke dunia ini pada 1hb September 2011, jam 2059 di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya. my baby kecik je. 2.9 kg. betul-betul ikut papa dia. :) papa dia dulu pun 2.9 kg je.
semua ni berlaku tanpa famili masing-masing. my famili sedang dalam perjalanan dari kelantan. and my in laws plak di KL. baru tiba dari seremban. almaklum lah. musim raya kan. saya dan suami je yang duk beraya di subang. sebab due date dah dekat.
first time di pangkuan mama. keluar-keluar dari perut je dah luas mata tengok mama dia. :)
syukur sangat-sangat. akhirnya the Delivery Day (D-Day) yang sangat ku takuti, dapat di tempuhi dengan selamat. dan yang paling penting, sekejap aje. sama macam umi ku dulu. less than 1 hour. settle semua nya.
pengalaman melahirkan Faheem, memang amazing. sangat takkan boleh lupa. its not easy okay. hehe. sangat memerlukan ketabahan dan ketahanan yang kuat. especially masa nak push-push baby keluar dari perut. kalau tak sabar, dan mudah semput, memang payah dan lama la jawabnya.
dan paling takleh lupa ialah sokongan yang diberi oleh sang suami. kalau beliau tiada, mesti berganda-ganda susahnya. thank u sayang. :)
it all started with mild cramp, ala-ala period pain. tapi tak kerap. it went on for a few days jugak. then, 3 days before delivery day, suddenly ada spotting. and period pain cramp tu makin lama makin pendek gap dia and makin sakit. bila dah makin pendek sehingga 10 minutes je gap, suami dah paksa pergi hospital. so, pergi la juga walaupun macam tak rela. bukannya apa. terasa macam bukan teruk pun contraction tu. and bukan contraction yang akan menyebabkan sampai nak bersalin. ye la. ala-ala period pain je pun. sampai-sampai sana, nurse check. 4 cm dah bukak. i was like "aiyo`~~" cuaknya ya Allah. huhu. rupa-rupanya macam tu ek contraction nak bersalin. the contractions keep on coming and go. and sakit nya hanya tuhan yang tahu.
sementara menunggu doktor datang, saya di beri makan bubur and buah betik and kemudian ubat pass motion (ubat suh berak :P). then, bila settle semua, doktor pun datang. nurse dripkan, and at the same time doktor pecahkan air ketuban ku. terasa sejuk je bila air ketuban tu pecah.. huhu... tak sakit pun masa doctor pecahkan.. the reason why doctor pecahkan air ketuban is to avoid me from waiting and waiting. she said ada lah dalam 4-5 hours lagi insyaAllah akan start proses labour. and i was like.. er lama nya..
tapi~~
less than 1 hour dari saat air ketuban di pecahkan, saya dah start rasa contraction yang sungguh kuat dan lagi kerap. dan tiba-tiba rasa macam nak berak sangat-sangat. riak muka nurse pun berubah bila saya cakap saya nak berak dah sangat-sangat... saya macam dah pelik..
dia terus check.. dah 8 cm terbuka~! wah... cepatnya... doctor kata tadi dalam 4-5 jam.. hm..
then, bermula la proses meneran.. dan teran...dan doktor pun tiba pada masa yang tepat.. (doktor siap boleh balik ok. sebab dia expect labour akan start dalam 4-5 jam lagi kan~ :P)
proses kelahiran ini berlangsung kurang dari sejam aje. tapi empunya diri yang merasa dan meneran untuk mengeluarkan baby terasa lama sangat masa berlalu. everytime teran, nafas terasa tak cukup je, menyebabkan kepala baby jadi macam "yoyo". dah nampak, tapi sebab saya tak cukup nafas, dia masuk balik. so kena start all over again meneran.
ada kalanya terasa macam nak give up je. terasa macam nak suruh doctor guna vacuum, or forcep or bedah aje~~ tapi bila tengok muka suami yang sangat bagi galakan masa tu, and galakan dari doctor and nurse, terus tak jadi nak give up. makin kuat plak semangat nak teran kuat-kuat biar baby boleh keluar dengan selamat. bila pikir-pikir balik.. kelakar pun ada. ye lah. suami, nurse and doctor tu macam duk tengah tengok sukan apa je. bersorak bagi support dengan dasyat nye.. hehe. " ok.. push push.. sket lagi. sket lagi". and etc. hehe
akhirnya. tepat pada jam 0859 malam, baby kami, amir faheem bin amir farid selamat dilahirkan. ya Allah. betapa leganya perasaan bila dapat tengok dia keluar. happy sangat. biar lah baby ku masa tu masih biru. penuh dgn darah. tapi bila dengar dan tengok dia menangis buat kali pertama, dan tengok muka suami rasa happy nya Ya Allah. terasa sungguh kagum dengan seluruh proses melahirkan faheem ni. betapa hebat nya Allah.
dan bila dapat pegang faheem buat pertama kali, owh... takleh nak describe. tengok dia, tengok suami. terasa complete sangat hidup ni. :)

just ignore my ugly face and hidung kembang ku itu. :P
amir faheem with his proud papa. :) <3
my family has completed, alhamdulillah :)
owh anakku, semoga kamu dapat membesar dengan sihat dan gembira, dan dapat menjadi anak yang baik, soleh dan berguna, baik di dunia dan di akhirat.
dan moga saya dan suami dapat menjadi ayah dan ibu yang baik pada kamu.
ameen.
Labels:
cetusan perasaan,
my pregnancy
Subscribe to:
Comments (Atom)