banyak diantara kita, yang tertanya-tanya, kenapalah kena solat? kenapa solat ada lima waktu? kenapa solat ni wajib ek? kenapa lah solat ni lebih baik di lakukan secara berjemaah? dan mungkin pelbagai lagi persoalan tentang solat yang mungkin pernah muncul dan terngiang-ngiang di kepala otak semua. dan mungkin pernah juga terbit di hati masing-masing, perasaan malas dan dialog ni "tak payah solat kan bagus?" dan pelbagai lagi la persoalan dan perasaan negatif berkenaan dengan solat.
hm.. semua ni akan terjadi bila kita tidak paham akan erti dan makna nye solat itu sendiri. dan. yang paling penting, tidak adanya perasaan cinta dan rindu kepada pencipta kita. Allah S.W.T
normalnya kita semua muslim di Malaysia khususnya. sudah di ajar dan di suruh untuk mendirikan solat sejak kecik lagi oleh mak dan ayah dan mungkin juga oleh cikgu-cikgu agama di sekolah dengan memberi sebab dan musabab seperti di bawah:
- solat wajib di dirikan, kalau di tinggalkan, berdosa besarlah dan masuk neraka lah engkau
- solat tiang agama, kalau tidak sembahyang, runtuhlah agama engkau
- dan pelbagai alasan dan sebab yang tidak jelas dan tidak membuatkan orang faham akan erti dan makna sebenar solat itu
kebanyakan kita biasa bersolat. jadi, bila sudah menjadi kebiasaaan, maka, susahlah untuk di tinggalkan. betul tak?
dulu saya sendiri macam ni. solat sebab memang dah biasa dari kecik. dari kecik dah di ajar untuk solat 5 waktu sehari. solat sebab takut dengan Allah S.W.T dan takut dengan azab neraka. [i think ni reason plg banyak org guna. kan?] pendek kata solat bukan sebab cintakan Allah dan bukan sebab rindu kan Allah S.W.T.
sebab apa semua ni terjadi? sebab kita semua, dan saya sendiri pun tak paham apa erti dan makna solat dan yang paling penting, saya tidak cinta dan rindu pada pencipta saya, Allah S.W.T. hanya takut akan azab seksaan api neraka kalau tidak solat. huhu. Alhamdulillah, sesudah menemui ESQ, saya mulai paham akan hakikat sebenar solat. syukur2.
pertama, saya faham solat itu adalah satu amalan yang menunjukkan kepatuhan kita sebagai hamba Allah yang kerdil dalam mengikuti suruhan nya. hanya mereka yang betul-betul sedar akan hakikat diri sebagai hamba Allah yang akan patuh dan menunaikan tanggungjawab mereka pada tuhannya.
macam kita kerja, kita akan ada rasa hormat, takut, sayang kepada boss kita. jadi, mestilah kita akan sentiasa cuba mengikut dan membuat apa saje yang boss kita mintak. betul tak? kalau tak buat, kita akan dibuang kerja atau pun di potong gaji.
macam parents kita juga, kita akan mengikut segala arahan dan permintaan mereka sekiranya kita ada perasaan hormat, takut, sayang dan cinta pada mereka. kalau tak, diorang akan cut kita nye allowance dan pelbagai lagi nikmat hidup yang mereka beri selama ini.
ini lagikan pada pencipta kita. kita mungkin solat kerana takut akan azab siksa neraka. tapi sekiranya kita solat sebab kita cinta dan rindu pada Allah, sesungguh nya solat itu akan jadi lebih indah lagi bermakna. dan sekaligus solat kita akan di lakukan dengan rasa ikhlas, gembira dan tanpa rasa paksaan.
yang kedua, solat itu pada saya, adalah satu bentuk cara kita sebagai hambanya untuk menunjukkan rasa bersyukur kita terhadap segala nikmat dan rezeki yang tuhan telah dan akan beri. dont u guys think the same too?
dan, solat itu juga adalah satu cara untuk kita berdoa dan berbicara pada pencipta kita. kerana setiap bacaan dalam solat adalah sebenarnya doa-doa. bukan la bacaan yang tidak memberi erti apa-apa.
yang keempat, ini lah yang saya dapat melalui
ESQ. solat rupa-rupanya ada hikmah yang terlalu besar untuk manusia. hikmah yang selama ini mungkin kita tidak sedar. ataupun kita tidak dapat melihat hikmah itu pada diri sendiri sebab ada canggung nya pada amalan solat kita selama ini.
seperti, selalu tinggal solat, especially subuh.
:P or selalu lewat-lewat2kan solat.
solat ini rupa-rupanya adalah untuk membina character diri kita~! solat rupa-rupanya dapat memberi pelbagai sifat dan character yang mulia dan bagus kepada manusia. antara nya adalah:
- jujur
- tanggungjawab
- wawasan
- disiplin
- kerjasama
- adil
- prihatin
macam mana? ha. ni yang mungkin kita terlepas pandang selama ni.
pertama, jujur: solat kan ada 5 waktu sehari dan setiap waktu ada bilangan rakaat nye yang tertentu. jadi, kita kena jujur dalam setiap solat yang kita dirikan. jangan dalam sehari tu. kita solat 3 waktu sahaja. dan jangan solat asar yang ada 4 rakaat jadi 2 rakaat plak. suka-suka hati je kan nak discount rakaat solat. kita kena jujur. takleh nak tipu-tipu kat sini. sebab Tuhan Maha Mengetahui. :) jadi kawan-kawan, secara tak langsung solat boleh melatih kita untuk bersifat jujur bukan saje dalam solat, malah untuk semua benda dalam kehidupan kita. kan?
kedua, tanggungjawab: menunaikan solat 5 waktu sehari adalah tanggungjawab semua hamba Allah. kita di perintahkan untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. jadi tidak secara langsung, solat telah mengajar kita erti tanggungjawab dalam hidup kerana tanggungjawab solat adalah di atas bahu masing-masing. So, sendiri mahu ingatlah kan? bak kata orang-orang melayu kita, kubur masing-masing. :P meaning. setiap perlakuan kita atas bahu kita. menjadi tanggungjawab masing-masing untuk membuat semua benda yang di pertanggungjawab kan. contoh nye. kita tak boleh nak suruh mak kita solatkan untuk pihak kita. kan?
ketiga, wawasan: solat mengajar kita untuk menjadi orang yang berwawasan. how? solat di buat kerana kita mahukan kejayaan di akhirat. bukannya mahukan balasan hari ini yang kita boleh nampak dan rasa. akhirat kan sesuatu yang telah Allah S.W.T janjikan, yang kita percaya akan terjadi suatu hari nanti. jadi, secara tidak langsung, solat telah mengajar kita untuk menjadi insan yang berwawasan dan mempunyai visi dalam hidup. segala apa yang kita buat mestilah ada sebab dan visi yang mahu kita capai. bukan secara suka-suka dan sia-sia saje segala perbuatan kita.
keempat, disiplin: solat mengajar kita untuk menjadi lebih berdisiplin. how? well, dalam Islam, kita kan tidak boleh melewat-lewatkan waktu solat. berdosa besar hukum nya. jadi kita dilatih untuk menepati setiap waktu solat yang berbeza waktu nya setiap hari. subuh masuk pada 6 pagi. mana boleh solat pukul 7 pagi plak. macam tu juga dengan waktu-waktu lain. jadi, kalau kita sendiri melewat-lewatkan sembahyang, solat ikut suka hati jek. kadang-kadang berapa minit lagi nak masuk waktu seterusnya baru terhegeh-hegeh nak solat. so, macam mana nak ada sifat disiplin dalam diri tu?
kelima, kerjasama: sifat kerjasama ini kita boleh lihat melalui solat secara berjemaah. solat berjemaah ada imam dan makmumnya. semua makmum akan mengikut imam dalam mengerjakan dan menyempurnakan solat secara bersama-sama. imam rukuk, makmum pun rukuk. imam angkat takbir, makmum pun ikut sama angkat takbir. semua di lakukan secara serentak dan dalam baris-baris saf yang lurus. dari awal hingga akhir solat itu.
keenam, adil: semasa solat berjemaah. kita dapat lihat, siapa saja boleh menjadi imam. asalkan dia baligh dan yakin betul akan solat nya. dalam saf pula, siapa saja boleh berada dalam saf itu, tidak kira tinggi atau rendahnya pangkat nya, tidak kira siapa dia di mata masyarakat, tidak kira usia. semua nya sama di mata Allah S.W.T. yang beza hanya lah iman dan takwa masing-masing. bukan sebab dia kaya. dia kena duduk di saf paling hadapan. or sebab dia miskin dia kena duduk di saf yang paling belakang. Allah hanya melihat iman dan takwa hambanya. Allah S.W.T melihat hambanya dari sudut yang sama sahaja, hanya mereka yg beriman saja akan di pandang mulia. bukan kerana banyaknya harta, dan betapa cantik dan hensem nye manusia itu. ini dapat melatih sifat adil dalam diri manusia. ini juga dapat mengelakkan DISKRIMINASI. kan? hehe
ketujuh, prihatin: di samping kita bersolat, Allah S.W.T mengajar kita untuk menjadi prihatin dan mengambil tahu kepada semua di sekeliling kita. ini adalah simbolik pada perbuatan memberi salam kiri dan kanan di akhir solat itu.
lihat betapa indah nya aturan Allah S.W.T. segala apa yang di suruh dan di larang Nya ada sebab dan hikmah nya. hanya mereka yang sedar saja akan beroleh keuntungan dan kebaikan. di dunia serta di akhirat.
jadi kawan-kawan, diharap selepas ini kita semua akan lebih memahami dan dapat melakukan ibadat solat dengan lebih bererti dan ikhlas. supaya kita dapat menjadi insan yang berkualiti. yang ada semua sifat-sifat yang mulia. dan yang paling penting, kerana cinta dan rindu kepada Allah S.W.T, pencipta kita.
^__^
p/s:
harap maaf jika ada info2 yang salah atau kurang tepat. jika ada, sila inform saya. saya hanya la insan biasa yang punya kekurangan. yang cuba menyampaikan apa yang saya rasa bermanfaat kepada semua. niat di hati hanya mahu berkongsi. :)
n credit to mai for sharing the info and ilmu with me. tq tq.