Pages

Friday, October 29, 2010

my wedding DIY project and..

weekend ini. saya ada banyak benda yang nak buat dan perlu dibuat. -.-

antaranya ialah. DIY Project 1 saya. iaitu Buku tetamu ~ buku untuk kamu kamu semua yang akan datang di majlis walimah ku pada 11.12.2010 ini, buku ni adalah untuk kamu kamu semua drop wishes and doa for us. :)

dan alhamdulillah. 1st cut dah siap. maybe nak kena touch up siket2 lagi. biar nampak lagi cantik. dan of course. tahan lasak. kang orang rebut nak sign-sign, koyak plak. huhu naya. owh bajet ramai je orang nak tulis sampai nak kena rebut-rebut kan? :P

mula-mula memang plan nak tempah je dari kedai. tapi memikirkan ongkos dan masa yang kureng ada untuk saya yang bekerja di Kerteh ini.. jadi saya telah mengambil keputusan untuk buat sendiri buku tetamu ini.. do it yourself je lah`~

shopping-shopping di Popular Book Store, Mesra Mall, pilih itu pilih ini. bayang ini bayang itu. dan inilah hasilnya~

my wedding's "Buku Tetamu"

what do u think? cantik tak? cantik tak? for me, dah cantik dah ni. haha [masuk bakul angkat sendiri tak sah] apa apa pun, saya sangat berpuas hati. biarpun tak siap lagi sepenuhnya, saya tetap suka. dan yes, ada benda lagi nak kena buat ni, dah kata 1st cut kan. actually wording tu takde lg. ni edit2 guna Picnik.com je. hehe

the overall cost spent? not more than RM30 tau. [clap clap]

now i just have to find ways to make the cover to be more tougher. sebab saya hanya guna crepe paper which is so lembik yang amat. maybe will need to paste it on a hard cover paper at the back. hm. tengok la macam mana.

ok. can stop for a while for my 1st DIY project. jom proceed to other task; wedding guest list.

to those out there who still didn't have the opportunity to message me your address. please do so k. :) sms pun boleh, drop message di facebook saya pun ok. insyaAllah kad kahwin saya akan siap end of next week. macam mana lah rupanya kan? I don't know a thing since I give it all to my future family in law to settle it. InsyaAllah O.K nye kan?  :) -positif-

and owh yes. i am currently doing "blog window shopping" on my hantaran cake. ada a few design of fondant cakes yang menarik hati dan sedang di consider untuk diletakkan atas dulang hantaranku. antaranya adalah..

suka sangat dgn design cake ni. simple but yet so elegant. owh how can a cake be so beautiful? nguu

suka gak dengan mini cakes ni. owh comel nya. and very the different one kan?

dua kek di atas ni adalah dari http://sugarandpaste.blogspot.com/. and i already emailed them to place my order, tapi malangnya. they are all fully booked already. huhu. sedih2. tapi takpe, don't worry. ada lagi yang cantik`~ seperti di bawah ni


owh comel kan? ini dari http://dill-cakes.blogspot.com/, dapat yang 1st tier of this cake pun dah ok. simple tapi comel sangat. owh owh. suka nya. but still no response from them. -.- harap-harap tak penuh lagi la schedule diorang.

ni plak dari http://ilovecupcake.blogspot.com.


C2F-0001
simple but yet so nice kan? boleh bayang kalau letak rose kat atas tu. nguu

 Mini Cake 43.jpg
cute kan?

kak ateen ni dah response. so far harga boleh tahan. affordable lah. pending kejap sebab saya kena ukur saiz dulang hantaran daku dulu. sebab nak tahu berapa biji mini cakes or cake tu boleh muat. mini cakes ni dalam 3". hm. if leh muat 7 macam kat dalam picture ni cantik nya. tp my dulang is petak. how ek? hm. itu nanti fikir. :D

and last bakery yang i email for quotation is Comelicious, cute & yummy cake + cupcakes, kak Suzana: http://comelicious-cupcake.blogspot.com/

bows cake nama dia. comel kan? can imagine dah if dalam pink + purple + white color. sure cantik.

 
ni Ya Allah. comel nye. especially tier atas sekali tu. saya dah tanya kak suzana, whether boleh buat yang satu tu je, and she said yes. owh suka suka. the best part is. sume cake di atas is within my budget. owh lagi suka suka. n yes, my beloved tunang pun suka dengan kek ni, siap bagi cadangan lagi, suh buat patung perempuan tu lentok di bahu patung lelaki. aww. sweet nye cadangan kan? hehe. rasa-rasanya boleh ke ek? hm. will ask her later.

so, kena tunggu satu lg response lah.. then i will decide which cake i want to take. :) rasa macam nak amek dua jenis cake plak. satu dulang untuk cake satu lagi untuk mini cakes. what do u think? macam okay je kan? sebab if satu dulang untuk sirih junjung ni di ganti dengan cake macam lagi ok. at least my beloved tunang can give their families to eat. sirih mana leh makan. haha bazir je. hm. will consider this too. :)

thank you to those who helped me by recommending the best cake website available at my facebook. semuanya sangat membantu. jasamu di kenang. :) dan sangat kagum dengan hasil seni mereka ni. macam susah nak percaya, kek boleh jadi cantik macam tu. tiba tiba macam rasa nak belajar buat plak. hehe

owh. best nya keje kawen ni. dan lagi best kalau DUIT dan MASA dan LOKASI bukan menjadi isu.hehe [u wish my dear u wish :P]

till then, bubbye~

Monday, October 25, 2010

masa owh masa

kenapa sekarang ni, saya rasa masa sangat sangat cukup pantas berlalu?

masuk-masuk office, morning meeting dulu. bla bla updates sume, keluar bilik dah nak dekat 9 pagi. 

check check email. buat itu belek ini. 12++ tengahari. 

pegi makan, balik makan, pergi solat zuhur, then keje keje. tengok jam. ha? 5pm sudah? lagi-lagi bila angkat kepala tengok Pokcik dah angkat punggung mahu pulang ke rumah.

ha dan ha dan ha?

ha? terkejut la kau~ 

keje? owh sangat la banyak lagi. yang tak siap. yang tak bersentuh. huhu

macam mana nak ada time management and work habit yang bagus ni??

owh i wish i can stop the time. 

senang cite. chaiyo aje lah ! usaha je selagi termampu. dont easily give up k.~

picture taken from google~

or dalam bahasa yang boleh kita paham.

aja aja fighting~!! :D

Sunday, October 24, 2010

teaser untuk

1. hantaran yang saya gubah khas untuk encik bakal suami tersayang :)


2. baju nikah saya


3. tudung nikah saya


less than 2 months to go.

berdebar debar jantung ini memikirkan hari itu.

harap semuanya berlangsung dengan baik dan menurut seperti apa yang dirancang.

hati ini sebenarnya lebih risau memikirkan jumlah tetamu sebenar yang akan datang.

any bride to be or sape-sape yang ada pengalaman untuk share macam mana nak agak jumlah tetamu yang akan hadir? tak nak lah ada yang datang, tak dapat nak makan dek sebab makanan habis.

takutnya kalau tersalah estimate.

huhu.

Ya Allah. semoga semua nya okay. especially on the weather. and the food. and the. er. semua lah senang cite. hehe.

till then, nyte-nyte.

^___^

Saturday, October 23, 2010

khamis lepas khamis yang sungguh bermakna

di saat orang tengah sibuk berbincang-bincang dalam satu sesi workshop pada pagi khamis yang indah. saya duk sibuk berborak berbincang secara rancak nya dengan salah seorang top management di syarikat tempat saya mencari rezeki.

ramai gak la orang tertanya tanya [tanda jeles or tanda ingin tahu? hehe]. apa bendalah si syaima ni duk borak-borak dengan orang besar syarikat ni? especially ada "sorang" tu yang duk risau sgt kunun-kunun saya duk ngumpat ngadu pasal dia. hm. takde masa lah nak buat macam tu. terbukti sangat dia nak tahu sebab lepas je selesai sesi borak-borak bincang-bincang, terus tanya gue, "em, borak apa tadi??" hehe. tahu risau ye bang~

apa apa pun. yang pasti, macam-macam saya dapat. dari sesi mahu meminta maaf akibat ketidakdapatanhadiran ke satu majlis makan malam yang saya sendiri organize, terus bersambung ke sesi coaching. banyak sangat saya dapat belajar. lama jugak la sesi tu. so banyak gak la yang dapat saya terima. antaranya;

1. problem will always come. its up to u, on how to handle and solve it. :) betul kan? sangat setuju. takde masalah yang datang dalam hidup manusia, bermakna anda bukan manusia biasa yang normal lah. dan Allah takkan berikan masalah pada seseorang hambanya melainkan dia mampu untuk mengatasinya. very the true one kan?

2. saya ada mengadu pada beliau. mengenai satu kumpulan di syarikat yang sangat reluctant for accepting ideas. they have their own perception and mindset yang totally negative. which actually they should be acting and thinking the other way around. so, for this particular issue, they are totally rejecting our idea on doing this one event, so when i ask this top management guy on this matter, he compared ourself with our Nabi junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. betapa susah dan lamanya baginda untuk mengembangkan islam. 23 tahun okay. padahal baginda manusia pilihan Allah. patutnya sekejap dan senang je la kan. tp tak. betapa dasyat nya dugaan dan cabaran. hingga kan pernah di ancam bunuh, dicaci dan sebagainya. namun baginda tetap sabar dan akhirnya berjaya menyebarkan islam ke pelusuk dunia dengan jayanya. hukhuk. terus rasa kerdil dan tahpape. n at the same time rasa bersemangat gak. sebab. takkan la halangan kecik macam masalah kecik saya di ofis tu, terus nak give up kan? lembik nye lah hai. :P

3. mengenai personal quality.

u have to balance this both, if not, gagal lah kamu. if you have more empathy, tak jalan lah sesuatu pekerjaan itu, macam tu jugak lah sebaliknya. if u just know how to ask and drive people to work according to your will, then tak jalan jugak. huhu ni leh apply pada nak jaga anak in the future juga. kalau terlebih manja kan anak. hm. u all jawab sendiri lah ya apa hasilnya anak tu jadi.nguu.

4. mengenai intelligent quality.

malas la nak explain.pahamkan sendiri k. :P

5. phases of .... hm. apa ek? haha..

don't know what you don't know --> know what you don't know --> know what you know --> don't know what you don't know

ke macam mana urutan dia ek? hm. kena check balik ni kertas mahjong yang dia conteng2 tempoh hari. boleh dah x ingat sangat.haih. short term memory lost betul. tapi yang pasti. kat atas ni adalah mengenai keadaan seseorang atau diri kita sendiri pada satu satu perkara. its actually up to us utk decide kita utk terus berada pada state yang sama or bergerak ke state yang seterusnya. hm. paham ke? hehe

dan banyak lagi.. owh sangat kagum dengan orang hebat mcm ni. lain sungguh cara pemikiran dia kan. thats y boleh berada di atas. :) very inspired.

dan sesi tengahari pun berlaku lagi sesi coaching dengan seorang top potential leader di syarikat gue bekerja. banyak sungguh dia kongsi. salah satu adalah mengenai buku yang telah mengubah hidup beliau hingga menjadi seperti hari ini. buku itu ialah 7 tabiat orang yang amat berkesan by Stephen R Covey.

saya pun telah membawa buku tersebut ke kerteh, dengan niat mahu membaca nya juga. hehe. chaiyo`~

mahu jadi hebat juga. n mahu buat orang rasa bersemangat lagi terinspirasi.

thank you for sharing this with me. terharu jadi insan terpilih. mwhaha

Tuesday, October 19, 2010

bila kerja semakin banyak...

dan waktu semakin suntuk..

saya takleh biar diri ini untuk bad mood sepanjang masa.

takleh biar perut ini tidak berisi tiga kali sehari. (tak sedar diri dah nak naik pelamin :P)

takleh juga menahan diri dari bersuka ria dan berehat di malam hari.

saya kena sentiasa happy dan positif.

yakin yang segala usaha penat jerih akan terbalas jua akhirnya.

yeash~~! chaiyo~!!

picture taken from google :)

Sunday, October 17, 2010

satu kerisauan sudah hilang :)

jumaat lepas saya telah berjaya menghilangkan kerisauan saya untuk baju kahwin saya. alhamdulillah. it turn out to be gorgeous. jahitan kemas. cantik terletak di badan. even though tak macam designer nye baju, tapi asalkan cantik sudah la kan? and yang paling penting. value for money. it didn't cost me more than RM300. :D bukan kedekut tapi better gunakan duit yang lebih itu utk something else yang lebih penting.

what? not more than RM300? biar betul? murah kan? yes. memang murah kalau nak compare dengan upah jahit butik-butik kahwin yang lain. semuanya cakap RM700 ke atas. giler ke hape kan? siap cakap tak cukup la kain. padahal cukup je. saya memang beli standard 4 meter untuk satin dan lace. tapi sebab tamo jahit standard gaya iaitu kurung moden or kebaya or kurung biasa... tapi nak jahit ala-ala empire dress tu.. tercipta lah isu tak cukup kain. huhu. alhamdulillah. di pertemukan dengan kak rozana dari anggun collection ni. dapat gak saya realisasikan impian ini. :D -happy-

kedai ni actually kedai yang sama menjahit baju tunang ku. dan sekali lagi telah diberi kepercayaan utk menjahit baju nikahku. terletak di kompleks PKNS, shah alam. orang orangnya baik dan friendly.

macam mana ghupenya? hehe. tunggu saje 11.12.2010 nanti. whee

aa. happy. hilang risau pasal baju. next is to do tudung hunting. ni pun pening juga. lagi lagi bila dah set dalam kepala tamo pakai tudung ariani or yang ada awning. ingat nak pakai shawl or tudung syria. hm. ada nampak satu di ariani. insyallah mahu turun KL lagi next week for this. :D

kesimpulannya. banyak nye kena pakai duit. kena pandai la. kalau tidak pokai la hang and end up berhutang dengan papa n mama. :P

more to go syaima'

1. hantaran kena gubah-gubah
2. complete kan list tetamu
3. settle kan goody gift tetamu
4. design for guest book and button badge
5. tudung
6. hiasan untuk bilik pengantin

dan banyak lagi..

and i just have less than 2 month to do all this??? ngaaa..

tuhan tolong daku..

till then. nyte2..

:)

Friday, October 15, 2010

Konvensyen ICC Kebangsaan 2010

8-10 october lepas, saya selaku cik coordinator ICC di *** telah membawa kumpulan BE CREATIVE ini ke Konvensyen ICC Kebangsaan 2010, anjuran MPC di Genting Highland.

seronok bila..

dapat tengok kumpulan-kumpulan dari syarikat seluruh malaysia berkumpul membentangkan hasil projek masing-masing. kami selalu kumpulan baru dalam arena ICC ni merasa begitu kagum. kagum dengan pelbagai gimmick persembahan dan of course lah. projek ICC mereka. ada yang dapat save berjuta-juta beb. ha hebat tak hebat ICC ni ha kalau buat betul-betul. if only my company can realize this sooner. it would be better kan?

hm. sure ada yang tak tahu ICC tu apa kan? well. saya mula-mula masuk keje aritu pun, blur yang amat. hehe.

ICC ni actually adalah Innovative and Creative Circle. dia menggunakan deming cycle iaitu Plan, Do, Check and Action. nak tahu lebih banyak. tanya Malaysian Productivity Corporation (MPC) k? haha

kami berjaya mendapat EMAS tiga bintang. :) happy.

now enjoy the photos~


 chep yang bangga :P

 tak sangka dapat tengok "MJ" in action. hehe
\
 me <3

Be Creative team

so proud of you guys. thank you for the effort given. really appreciate this. n who knows. ada peluang g international plak ke kan? ngehe2.

my wedding dress

yes!

hari ini insyallah lepas zuhur, saya akan ke shah alam. kenapa? sebab baju kawen saya dah siap. yeay`~

berdebar-debar.

harap-harap hasilnya seperti yang di impi2 kan. dan harap saya masih lagi dapat muatkan diri dalam baju itu. hehe. biasa lah. dah lepas raya ni kan. paham paham aje lah kenapa. :P

wish me luck ya on this.

n yes. mcm mana lah nak balut dan hias goody gift saya itu. ada sape-sape tahu tempat best utk ini?

ngaa. less than 2 months dah~~ chaiyo`~

i am sorry babes and beb.

weekend ini, kawan-kawan baik saya akan konvo.

sedih and frust bila tak dapat nak join merasai detik-detik penuh kegembiraan itu bersama mereka. lagi-lagi bila mengenangkan dulu mereka ada di sisi saya dan izza yang telah grad terlebih awal.

i am so so sorry babes and beb.

apakan daya. tuntutan tanggungjawab terhadap persediaan kawen dan juga weekend yang langsung tak sama dgn PERAK. menyebabkan ini semua harus terjadi.

ok. i may sound so dramatic, tapi itu la yang saya rasa.

sorry sebab..

tak dapat teman izza dr KL ke sana...
tak dapat nak happy-happy tangkap gambar dgn korang masa graduation day.
tak dapat nak hang out suka suka dengan korang...


rindu semua ketulan ini. n yes.. including you, idja, my roomate aka bestfriend

nguu.. -sedih-

apa apa pun.

happy graduation to all of u~!!!!

so happy and proud for you guys.

mwahs.

Sunday, October 10, 2010

save the date for my wedding`! :)

memang niat di hati untuk post/upload "save the date" poster ini pada umum tepat-tepat 2 bulan sebelum tarikh perkahwinan saya..

so here it goes..

my walimatul urus.. :)

 his walimatul urus.. :)

humbly designed by me, using all sources that i can use.. including Mr Google~ and other Bride to Be blogs.. ok la kan? as long the message can be conveyed.

so to all my dear friends.. you are all invited to my wedding this coming December 2010. please email me your address for the wedding card. 

aaa. excited. :)

and scared and nervous when thinking on other preparation yang tak siap2. huhu. wish me luck people~! yea~

saya sedar banyak..

aidilfitri yang lepas banyak buat saya sedar.. antaranya ialah..

1. saya sedar yang kita akan sungguh kepenatan okay! when you're driving during festive seasons~! especially when your destination and kampung is in KELANTAN. tak pernah rasa nya selama hidup 23 tahun ni, drive more than 12 hours non stop. sekarang baru sedar dan insaf betapa besar nya pengorbanan dan jasa abah yang selama ni telah membawa kami sume beraya di kampung saban tahun. huhu.

2. saya sedar bahawa tak semua orang mampu buat dan merealisasikan apa yang mereka mahu di hari perkahwinan mereka. sedar yang diri ini harus bersyukur dengan apa yang ada. better tengok pada mereka yang kurang dari kita, dari mereka yang serba lebih dari kita. kalau tidak, sampai mati akan ada rasa tak cukup dan tak puas. -positif2-

dan.. hm apa lagi ek? ni lah akibatnya postpone lama sangat tulis post.. nanti lah bila dah ingat saya update balik. hehe.

so busy with work and also my wedding preparation. huhu. 2 months more to go. chaiyo`!!