Pages

Monday, March 28, 2011

puasa

hari ini saya berpuasa. puasa apa? biarlah ia menjadi rahsia. hehe

semalam terbangun pukul 430 pagi. sahur roti dan telur mata. susu anmum se mug. dan vitamin ku. hasilnya? kenyang?? no no. loya yang amat sangat. lalu ku lari lari ke mangkuk tandas paling dekat. dan muntahkan semua yang baru ku makan. urgh.... sakit....

nasib baik masa ada lagi. so makan susu + cornflakes. dan air dan vitamin. alhamdulillah tak berlaku lagi adegan lari lari macam kat atas.

sekarang dah nak pukul 1 tengahari. alhamdulillah tak lapar macam selalu. perut pun tak meragam macam selalu kalau tak makan or lambat makan. maybe sebab dah borak borak dan cakap elok elok dengan baby kot. bagitahu mama dia kena puasa hari ni. hehe. good baby ~

semalam saya pergi swimming di KGRP. best. sebab saya rasa kolam tu saya yang punya. haha. ada 4 orang je. jadi. saya apa lagi. lepas gian la. try segala aksi renang yang saya tahu. kuak lentang, terbaring, dan macam-macam lagi. memang puas. hope baby pun suka dapat berenang-renang semalam. :)

esok dan lusa nak ke kuantan. untuk maternity check up di Kuantan Specialist Hospital. tak sabar nak scan baby. doakan semoga semua nya berjalan lancar. insyallah kami akan stay di Dhe Ru Beach Resort. for our next honeymoon. hehe. hubby tamo drive 2 hours straight before check up. so, sambil menyelam minum air. whee. tak sabar. boleh mandi mandi dalam pool lagi.

terasa macam nak start buat something. sebab dah terasa bosan. maybe nak start belajar menjahit. hm. ke nak cari kerja ek? adoi lah.

want to share a good article

got an email from a friend of ummi this morning.

and i think i should share it with you guys.

banyak memberi kesedaran.. pada diri sendiri dan pada hakikat sebenar yang terjadi di sekeliling kita.

semoga dapat memberi iktibar dan faedah yang baik.

sila klik pada link ini ya --> http://saifulislam.com/9430

Sunday, March 27, 2011

special project yang tak menjadi

hi semua.

kali ni saya nak cite satu cerita yang agak sedih. hampa jugak bila mengenangkan ini.

dulu, saya ada terfikir nak bagi sesuatu yang istimewa untuk mereka mereka yang istimewa dalam hidup ini. sempena hari bahagia saya pada 11 Disember lepas. namun akibat kekangan budget dan masa. saya terpaksa kensel aje. ye la. satu tu boleh cost smpi berpuluh-puluh hinggit`~! dah la mereka-mereka itu ramai. bukan berkira. tapi saya berpijak pada bumi yg nyata. masih byk lagi komitmen dan duit yang perlu dibelanjakan lagi untuk big day itu.

ingat, nak print, and then gulung comey-comey, and letak riben pink for girls and riben biru for boys. pastu letak dalam paper bag. tapi. sebab tak jadi pada saat saat akhir tu, saya tukar pada sabun ros je. i hope you guys like it.

okay, benda yang saya maksudkan ni ialah gambar-gambar di bawah ni. satu untuk my beloved housemates.


satu untuk my beloved muggles.


and satu lagi untuk anep and mai. tapi saya memang tak sempat buat untuk diorang.

ingat nak print untuk sorang satu tapi apakan daya. saya post kan sini je la ek? nak hilangkan rasa terkilan yang masih ada. hehe.

kalau lah boleh diputarkan masa, rasa macam-macam nak buat and ubah untuk buatkan majlis kawen tempoh hari lagi perfect. hehe. but can i?

till then, nikmatilah my ayam masak merah and sayur kangkung goreng yang saya masak untuk semalam. hehe. saje nk show off? :P

alhamdulillah, hubby suka. :) syukur dapat suami yang tak cerewet bab makan. masak apa pun gerenti habis. hehe

Saturday, March 26, 2011

dulu dan sekarang

dulu.

saya anak dara, yang muda remaja, ada tanggungjawab hanya pada umi dan abah, adik-adik, lagi satu tanggungjawab besar hanya kena study elok-elok dan dapat result bagus, riang gembira bersama rakan-rakan, hang out sana sini, sengal bersama-sama. stress hanya bila ada test, assignment, final exam and maybe masalah jiwa kadang-kadang dengan orang.

sekarang?

saya sudah bergelar isteri orang. famili sudah bertambah dari satu kepada dua. dari kena jaga diri sendiri, kena jaga makan pakai suami tersayang. kalau dulu masa kerja, stress dengan boss dan kerja yang bertimbun-timbun. makan pun kena makan extra siket. sebab i am eating for two now kan. hehe

how time flies kan? scary sometimes. tup tup dah bulan march 2011. rasa macam baru semalam je kawen. rasa macam baru semalam je dapat tahu saya ada baby dalam perut ni. yang sedang membesar dengan pesatnya.

now its already almost 4 months usia baby dalam perut. dulu, masa saya masih solo, saya tak pernah pun 

- rasa loya-loya dan muntah di awal pagi. sungguh tak selesa dan sakit taw. sebab pagi-pagi ni semua makanan dah abes di digest oleh sang perut. jadi yang keluar hanyalah air yang berwarna kuning sahaja. and once you dah ter uwek~ perut akan memaksa juga benda-benda dalam perut untuk dikeluarkan. huhu. apa-apa pun alhamdulillah sekarang dah kurang and jarang dah. :)

- bersin selalu. dan setiap kali bersin, mesti dua kali berturut-turut. hm. kenapa ye? sepanjang pembacaan saya di buku-buku dan internet, tak pernah plak jumpa fact pasal bersin pada ibu mengandung. kalau ada, sila lah share dengan saya ye.

- makan takleh banyak at one time. kalau lah degil jugak nak makan sama banyak macam zaman anak dara dulu, sure loya and muntah. now i have to eat a small portion of meal, almost 6 times a day. kalau dah breakfast at 8am, i have to eat again at 10am. ye lah, i am eating for two kan sekarang. hehe. suka guna ayat tu kalau termakan banyak. especially pada hubby. konon-konon nak menghalalkan cara la tu. :P

- buat trip ke toilet dengan maha kerap. owh. memang ini kondisi normal bagi mereka yang sedang mengandung. tapi kondisi ini memang amat menguji kesabaranku. sangat kerap. sampai rasa macam nak berumah je di toilet tu. and of course rasa macam malas nak minum air selalu. tapi tak boleh, nanti dehydrated. bahaya bahaya.

- kena makan vitamin and susu anmum materna hari hari. these two things are my new "makanan ruji". plus dengan my private doctor who always bugging me, eh reminding me to take these everyday. memang tak boleh miss. memang annoying. tapi lama-lama, ok je. sangat rasa disayangi lagi di hargai. thank you sayang. :)

em apa lagi ek. setakat ni memang itu je la kot. alhamdulillah sebab alahan saya takde sangat, if ada pun, tak seteruk ibu mengandung yang lain. i am very thankful for that. tak boleh bayang kalau loya sepanjang hari or sampai kena warded sampai bersalin. syukur syukur.

teringat satu conversation dengan umi.

"umi dulu, senang je. satu jam dah selesai bersalin. rasa macam nak buang air besar je"

i was like. ha. ye ke? yes yes. senyum bukan main lebar lagi. kalau umi dah macam tu, sure saya pun begitu kan? hehe

"tapi...." tetiba je umi sambung lagi....

"sakit........ sakit yang tak boleh nak cerita macam mana sakitnya."

erk. okay. hati yang berbunga bunga tadi makin layu. saya dah hampa.

"tadi umi cakap macam nak buang air besar je."

"hehe. sakit masa contraction tu. masa nak tunggu jalan untuk baby tu buka siket siket.."

gulp. telan air liur. huhu. takutnya.

as a conclusion, bila dah pregnant ni, saya sedar banyak benda. yang paling penting, its not easy. sangat tak selesa especially in the first 3 months. yelah, badan sedang mengalami proses perubahan because there is someone inside you is growing kan. so macam macam akan berubah, pysically and emotionally. owh. betapa besarnya jasamu ibu. i hope i can be just like you ummi.

tanak pikir lagi pasal bersalin. lambat lagi kan? hehe for the mean time, let me enjoy this moment of having you in my tummy. cant wait to feel your first kick. sure comel.



one of the books that i read. bagus jugak la. complete sebab it covers all. before you conceive. when you are already pregnant. after your delivery. for your other half. and other stuff which is good for me and other expecting mums. a good buy i can say. asalkan u baca je lah. hehe. sebab dia agak tebal. and wordy. :)

Friday, March 25, 2011

mari kita membuat trifle

yes dear, trifle! the only dessert dish yang saya boleh buat dengan jayanya.

i learn to do this delicious dessert from my ummi. sejak zaman belajar di UTP lagi, selalu jugak bawak balik and jamu housemates and best friends. ingat lagi, bagi satu bekas trifle pada anep and gang, habis licin dalam sekelip mata. hehe. ada lagi, bawak satu bekas masa makan ramai-ramai di tom yam tropika, round round table, tup tup abes~! adoi la. one of the best memories ever. best sungguh dapat jamu diorang.

and now, saya jamu pada suami tercinta. abes 3 bekas dia makan. dia sorang bedal 3 bekas trifle tu taw. hehe. mana la tak gemok.

tanpa membuang masa lagi, this is the recipe. senang giler. pejam mata pun boleh siap. cheh`~ :P

you just need...

kek gulung (boleh beli di mana-mana pasaraya)
tepung kastard
susu cair
yogurt asli
buahan campur (dalam tin)
buah pic (dalam tin juga)
1 kotak jelly (biasanya saya beli jenama nona)

okay. bila dah semua bahan ada di depan anda, kita boleh mula membuat trifle. :)

1. kek gulung anda bukak plastik nya, dan potong nipis-nipis macam dalam gambar bawah ni. biasa nya saya suka beli perisa coklat. sedap~ tapi sebab di TMC, Mesra Mall ni xde, saya beli strawberry saja. apa-apa perisa pun okay sebenarnya. :) its all up to you. lain orang lain preference nya kan.

make sure tebalnya sama ya.

2. then, sila susun kek itu menjadi satu lapisan seperti gambar di bawah didalam bekas yang sesuai. kalau untuk majlis yang istimewa seperti open house or potluck, silalah susun di dalam bekas yang transparent, so that orang boleh melihat lapisan yang pelbagai lagi menarik itu. :) 


3. next is the 2nd layer. custard. :) 

main ingredients for our 2nd layer. :)

susu cair di panas kan di atas dapur. 

sambil-sambil itu, campurkan 2 sudu tepung kastard dengan air sehingga sebati. then, masukkan ke dalam susu cair tadi dan kacau sehingga likat/separa pekat. kalau tak likat-likat jugak, sila tambah lagi campuran tepung kastard seadanya ya. hati-hati, jangan sampai terhangus. once dah agak pekat, matikan api dapur dan letakkan perlahan-lahan ke atas lapisan kek gulung tadi seperti gambar di bawah. biarkan untuk seketika sehingga keras. (not sure if keras is the exact word to desribe it. senang cite, mcm agar-agar lah. kena tunggu sampai dia kering/keras)


4. once the custard is done, we proceed to the next layer, which is the fruits. tabur-tabur dia agar menjadi satu lapisan lagi. :) 


5. next is, lapisan jelly~ sama dengan custard, kita kena tunggu lapisan jelly ni keras sebelum next layer.. :)


6. last and not least, letakkan buah pic diatas lapisan jelly tadi.


biasanya saya akan letakkan yogurt di atas lapisan jelly tu dulu sebelum buah pic. biasanya yogurt perisa asli. sedap~ 

and here is your trifle~! siap~! senangkan?

simpan dalam peti ais sebab ia sedap di makan sejuk-sejuk.

selamat mencuba ya rakan-rakan~~ 

bila tak tidur balik lepas subuh..

its been 2 weeks+ already..

and only now i had the feeling of "ok, i had enough rest already so tayah la tido lama-lama lagi". lama kan?? :P konon-konon hectic sangat la kerja sebelum ni kan? sampai kena 2 minggu lebih untuk qada' balik tidur dan rehat.

semalam bermula nya era of me tidak tidur kembali lepas solat subuh. clap clap. rasa bangga dan rasa sungguh sihat. ye lah, tidur banyak-banyak bukan makin cergas pun, tp badan lesu jadinya.

jadi, nak dijadikan cerita, semalam saya dan hubby pergi ke pantai Kemasik. untuk apa? untuk jog~ and ambil angin. what a good start kan? hehe

hubby and me @ pantai kemasik

pada yang tak tahu, Pantai Kemasik ni adalah salah satu spot menarik untuk dikunjungi kalau ke Kerteh. nice beach, ada tempat makan-makan, tempat untuk bersukan dan berekreasi. pendek kata, OK lah. :)

antara aktivi kami. hehe.

my model of the day. saya tamo di ambil gambar sebab muka sangat nampak tak mandi. :P

tetiba ternampak cendawan. cute.

replika rumah api??? mana? mana?

owh, ini rupanya? ada rupa macam rumah api tak kawan-kawan?

almost 1 hour+ di sana, kami pun bergerak ke.... kedai roti canai paling sedap di kerteh~~~ hehe. sungguh tak bermakna dah aktiviti di kemasik tadi kan?? haha

then kami ke klinik kesihatan kerteh for my monthly maternity check up. alhamdulillah so far semua ok, my HB ok, air kencing ku OK, berat badan ku turun 0.5 kg, ok la tu kan?? and semua ok. alhamdulillah. tak sabar nak pergi scan baby next week. nak tengok dia gerak-gerak lagi, and lompat-lompat. 

 kawasan makmal, di sini la ujian air kencing di buat

my peneman setia. hehe

dan hari ini, saya tidak tidur lagi lepas subuh. clap clap.

i hope this will continue.. i hope i can be istiqamah... ameen..

p/s: today is my Sister In Law's birthday~! happy birthday Ainaa'~ may Allah always bless you with a happy life. :)

Monday, March 14, 2011

i am officially a penanam anggur

yep. now, i am officially a penanam anggur yang berjaya. :) u know why la kan? yang tataw tu, hm. anggap-anggap tahu je la kenapa saya decide utk jadi fulltime housewife buat sementara waktu ni.

its been 5 days already.

please pray for me. so that i can find what i want to do in life. which can make me really happy and passionate in doing. quick~ hehe

guys, any idea on what can i do now? lecturing? tutoring? learn how to become a successful "tukang jahit"? :P or do some business online? bila banyak option pun, jadi masalah kan? lagi-lagi bila taktaw apa yang diri ini mahu actually in life. huhu.

and also, pray for me and the baby inside my womb. hopes he/she continues to be jumping and kicking actively as we last saw you in KSH. :) please continue to be healthy as it is ya baby. :) and also, hopes that i wont gain so much weight. as now i already gained 3 kg :0. and lilitan pinggang pun dah makin bertambah dengan maha dasyatnya. ngaha... apa-apa pun,  owh i still cant wait for September to come. a new journey for me as a mother will begin during that month insyaAllah. sure it'll be interesting.

p/s: agak rimas dengan soalan-soalan macam, so apa plan sekarang? dah ada kerja? lepas ni nak buat apa? and macam-macam lagi versi soalan yang mempunyai maksud yang hampir serupa. but i guess, its normal. ye la. nak tanya soalan apa lagi kan?? anggap saje mereka care. :)