Pages

Thursday, November 5, 2009

sedih :|



A family of maid abusers

Combo picture of the abused maid Badingah (left) and Maselly who was jailed three years

Combo picture of the abused maid Badingah (left) and Maselly who was jailed three years

CRUELTY doesn’t seem to have bounds and this time, the culprits are a family of them.

On Wednesday, the last of them – 39-year-old grandmother Maselly Abdul Aziz – paid the price for going to the extreme.

She was jailed three years for pouring boiling water on maid Badingah’s genitals and joining in to extract the Indonesian woman’s two front teeth with pliers.

Her two older children and a woman described in court as Maselly’s lesbian lover were jailed last year for their part in abusing the maid, the Singapore Straits Times reported.

Nur Rizan, 18 and Muhammad Iz'aan, 20 were jailed for six weeks

Nur Rizan, 18 and Muhammad Iz'aan, 20 were jailed for six weeks

Maselly, a divorcee, will start her jail sentence on Dec 28 as her elder daughter Nur Rizan Mohd Sazali, 19, would be released on home detention by then to look after her (Nur Rizan’s) two-year-old son.

After the three-week trial, Singapore District Judge Jeffrey Sim was also convinced that Maselly had hit Badingah with a metal rod and threatened to kill her.

She pleaded guilty to employing another foreign maid without a work permit between March and December 2005 and was fined S$7,500.

Nur Rizan had acted as the “dentist” in extracting the maid’s teeth. Elsa Elyana Said, 25, a container driver and said to be Maselly’s lesbian lover, held the maid’s head still and forced her mouth open.

Nur Rizan was jailed 26 months – 12 months for forcibly extracting the two teeth and another 14 months for pouring boiling wax on the maid.

Elsa was jailed 17 months while Nur Rizan’s brother Muhammad Iz’aan, 21, a waiter, was jailed six weeks for caning Bandigah.

Badingah, who now wears dentures, showing where he teeth were pulled out

Badingah, who now wears dentures, showing where he teeth were pulled out

In the teeth extraction incident, Bandigah had been accused of theft and kept protesting her innocence. But she was not believed – and went on to lose her teeth.

Bandigah, in one of the punishments meted out for an unnamed infraction, had been ordered to stand facing the door through the whole night with one leg off the ground and holding her ears.

Muhammad Iz’aan caned her when she put down that leg.

In July 2007, Badingah escaped by jumping from a window of the second-storey flat near Havelock Road to seek help.

She was found with numerous injuries including bruises, cuts, an infected scalp and scalding on her genitals, thigh, arms, and back.

* Pictures courtesy of Singapore Straits Times
Montage by Amira Hakmal Hakim

Published Nov 4 2009

taken from http://www.dailychilli.com/news/671-a-family-of-maid-abusers


how can a normal human being be so cruel and heartless like this? this is only one of thousands cases around Malaysia, Singapore and the world. kes rompakan, bunuh, rogol, ragut, dan macam-macam lagi kes jenayah biasa dan mungkin juga luar biasa selalu boleh kita baca di dada-dada akhbar sekarang. ini baru sekarang. i cant imagine how la this world could be in the next 10 years~ sure cabaran untuk mendidik anak makin hebat. kan? [eceh. dah pkir anak tu :P] how i wish this world could be a better place from day to day. hm. u wish my dear~

suka duka kehidupan


suka? bila saya tiba-tiba dapat HP baru. thank you abah. :) really love this new HP. [da kurang satu list wish list sy. klau korg perasan lah kan. ]


suka juga bila dapat tahu kawan saya, cik hannah telah mendapat placement`! so happy for her. hope saya juga akan dapat berita gembira seperti beliau tak lama lagi.

suka bila dapat balik ke rumah baru2 ni. n create cuti sndiri ikut suka hati. hilang sudah rindu dan homesick pada famili sndiri. too bad asma is not there to join me.

suka bila dapat spend time semalaman n seharian bershoping, bergosip n makan2 dgn izza, one of my bf and my rumet for 3 n a half years back in UTP.

duka? bila tengok katil sebelah kosong tak berpenghuni. tak suka nye hidup sorang-sorang takde rumet. kenapa lah rumet saya cepat sangat pergi. hope u happy n berjaya dalam career kamu. ameen.


duka bila asyik malas hendak membuat research~~ urgh.

duka bila diri ni masih tak berubah-ubah dari seorang yg boros berbelanja kepada orang yg tahu berjimat-cermat. sedih bila tgk balance dlm akaun bank sndiri. huhu

duka bila sedar diri ini sudah gemok dan tidak seslim dlu. plus sudah malas nk bersukan. makan aje taw. sigh`~

apa2 pun kan. suka duka kehidupan ini lah yg membuat hidup sy menarik. :) bersyukur saje dgn apa yg ada. harap anda sume begitu jg.

dah2. mengarut aje la rs.. :P

daa~~

p/s: goodluck to my sis, samira yg akan menduduki SPM 18th nov ni. goodluck jg pada kawan2 sy yg akan menduduki final exam mereka d UTP ini nnt esp to all of my exhosmets. all the best and semoga Allah S.W.T membantu kamu. :)

Tuesday, November 3, 2009

trip to nenek timah's house


presenting ....

atuk and nenek timah in da house~~ [haih. x clear plak muka nenek timah.]

ye kawan2. baru-baru ini, saya dan kawan-kawan telah pergi melawat ke umah seorang nenek yang sangat best. nama nye nenek timah. banyak sgt cakap. umur dah 70+, nampak muda kan. dah ada cucu dan cicit. umah nye ada dua dan di buka d tengah2 nye. jadi sangat luas umah nek timah ni. umah nye bersih. kebun dia omg. sangat besar dan cantik. tanaman kaktus dia. mcm dah boleh bukak kedai ala2 kat cameron dah tau.

nenek ni syaza yang kenal. kenal di majlis buka puasa PETRONAS. biasa lah. peramah btul syaza ni smpi di ajak oleh nek timah ke umah beliau. kami pun ikut saje.

sampai2 ke sana. kami d jamu dgn air bandung yg sgt sedap. n jg lepat pisang. n jg kuih2 raya yg pelbagai jenis hasil air tangan menantu2 nek timah ni. senang kan? xyah beli2 dah kat kedai. jimat pun jimat.

habis jek menjamu selera n borak2. kami pun mula nk beransur pulang. tp before balik tu. kami x lepas peluang. singgah dlu n mengabdikan kenangan di kebun nek timah yg sgt cantik itu.

hm. malas dh nk cite lebih2. jz see the pic below. :)

saya yg kagum dgn koleksi kaktus nek timah. saya ingat saya sorg jek ada kaktus lebih dr 1. :P

ruang tamu nek timah yg sgt luas lg kemas.

uuu air bandung ini sgt sedap ok

lepat pisang. homemade ye.

deretan kuih2 raya.

antara bunga di kebun nek timah.

lovely`~

happy dgn trip ini. kami begitu excited utk next trip. berimpian utk belaja resepi2 masakan dr nek timah since dia merupakan tukang masak. hehe


:)


Monday, October 26, 2009

homesick


my adorable siblings.

abah dan umi.

tiba-tiba kan.
saya rasa saya homesick.
rindu umi. rindu abah. rindu adik2.
nak balik. tapi keadaan kewangan tidak mengizinkan la plak.
huhu.

sabar je la.

chaiyo2 MSc ku~~ huhu

dan Petronas, cepat lah datang dan memberi khabar yang gembira kepada diri ini.

p/s: hanya luahan hati di kala sedang fed up dgn research huhuhu

Thursday, October 22, 2009

PAPADOM


Judul: PapaDom
Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta

Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)


okay. sape dah tengok Papadom angkat tangan~?? best tak?? BEST cikgu`~!!!! hehe. best kan cerita ni? one of the best Malay movie ever la for me aside from Cinta dan Sepi. tahniah Afdlin kerana berjaya menghasilkan cerita yang sangat berkualiti, menghiburkan, dan ada mesej yang baik dapat disampaikan. solute2~ :)

setelah pelbagai halangan di tempuhi untuk melihat cerita ini [well for those who knew about this story, shh~ :P]. akhirnya pada hari khamis lepas, bertarikh 15 oktober 2009. saya berjaya juga untuk menonton PAPADOM~~! -happy2-

gambar ni 1st time saya guna Photoshop utk edit setelah penat baca buku for dummies utk photoshop ni. tapi hanya sampai chapter 5 je lah. x larat den nk baca sampai habes. last2 end up explore sndiri. :) photoshop best`!!


secara ikhlas nya. dalam banyak2 pelakon cerita ni, saya amat sukakan lakonan PapaDom [Afdlin], dan juga Mat [Que Haidar]. mereka sangat bersahaja, "real" dan menghiburkan. n i have to say, lakonan Scha sebagai Shasha, gadis gediks dalam cerita ni agak kureng sedikit. watak gedik yang harus dia bawak, agak nampak tidak natural dan nampak seperti di buat2 dan agak "overdone~". Sorry Scha. takpe. u can improve lagi. pape pun, u still nampak cantik dalam cerita tu. i jeles dgn kekurusan dia. :P

Papadom telah membuatkan satu wayang gelak non stop. and maybe saya sorang je lah yang boleh feel n menangis tiba-tiba di akhir2 cerita. :P saya ni memang hati sensitif agaknye. hehe. dari awal cerita. sampai la ke akhirnya. sungguh menghiburkan. takde satu scene pun yang leh buat saya mengantuk dan berfikir "bosannya~~~". sangat takde okay`~

what i like in this movie?
  • geng2 boria yang muncul pada awal dan akhir cerita ini. owh mereka sangat menarik dan kelakar. ekspresi muka, gerak tari, dialog2, music dan kostum mereka sangat kelakar dan boleh buat satu wayang pecah dengan gelak. i wonder, macam mana la si Afdlin ni leh cari mereka-mereka ni. sangat best dan tak nampak poyo okay.
  • dialog-dialog yang dilontarkan amat lah nampak spontan. n superly funny`~!! esp dis one "jangan emosi dengan tanah ye"
  • cerita ini sangat ringan, dan boleh buat kita release stress. ye lah. gelak je memanjang. tapi yang best nya. kelakar-kelakar pun. still ada moral values yang dapat di sampai kan. pendek kata. bermakna gak la tengok. bukan sekadar hiburan kosong jek semata-mata. macam kebanyakan filem sekarang. especially the malay's. huhu
  • gelagat dan eskspresi Que Haidar dalam cerita ini sangat BEST~! dia sangat real, sangat menjiwai watak dia sebagai mamat yang sangat pelik tapi berhati baik.
  • Noorkhiriah (Munira) sangat cool~~ leh lak muncul dengan baju2 yang konon nye seswai dengan acara dan suasana. padahal dia roh kot.
  • kesweetan Afdlin sebagai ayah pada Liyana Jasmay [Miasara] sangat terserlah. sampai leh bikin air mata ini mengalir woo`~
  • Afdlin sangat tonjolkan semangat 1 malaysia dalam cerita ni. mcm Afdlin dan 2 kawan nya yang berbangsa cina dan india. Liyana Jasmay yang bersahabat baik dengan Yvonne, yang berbangsa cina. Bagus2. :)
  • suka juga dengan Farid Kamil. sangat menjadi watak playboy lembik itu. funny2.

what i don't like n "agak x berkenan" in this movie?
  • nak gak cakap sekali lagi. lakonan Scha. so sorry. but your acting agak tidak menjadi la kali ni.
  • agak tidak logik bagi diri ini bila Farid Kamil yang konon2 nya hot stuff and sangat famous leh plak tersangkut n cuba mengorat Liyana Jasmay yang pada masa itu merupakan student baru. dan leh plak tinggalkan Scha yang obviously lagi hot dari Liyana Jasmay. i was thinking, macam mana lah dalam banyak2 student kat UITM SHAH ALAM yang luas lagi besar tu, leh plak tersangkut pada Liyana Jasmay yang pada saya, biasa2 je. even though memang dia agak comel kan. well, maybe dah nak dijadikan cerita kan? :P
  • agak tidak logik bila Pensyarah diorang, Prof Balqish lakonan Vanidah Imran bleh tangkap cintan pada Afdlin yang pada masa itu adalah hanya seorang tukang kebun. possible ek?
  • dan agak tidak logik why la Scha and the gang nak attack si Liyana Jasmay gak? dan dan je kan :P

overall, PAPADOM adalah satu cerita yang sangat bagus~! tahniah Afdlin. mmg layak la kamu menang award banyak-banyak tempoh hari. just hoping, if he can includekan cara hidup org islam, dan nilai2 islam dalam movie2 dia, lagi bagus` for me la, nampak sangat cara dan pemikiran mereka dan orang2 sekarang yang sudah agak bebas dan jauh tersasar. huhu

apa apa pun. PAPADOM memang BEST`~! for those who didnt watch it yet, sila2 tengok. serius tak rugi.

p/s: hanya lah review dan pandangan ikhlas saya sebagai penonton yang amatur lagi taktaw apa2 pasal dunia filem sacara technical nye. hehe`~ kalau tak setuju sorry. :) kalau anda setuju dengan saya. sepp~!! high-5

Wednesday, October 21, 2009

sedih dgn org sekarang


kenapa saya sedih dengan orang2 zaman sekarang? sebab nya mudah. hampir semua nya mcm dah tak taw adab sopan dan semuanya hanya lah materialistik semata-mata. memandang hanya pada yg duniawi saje.

mungkin sebab ramai tak tahu adab tu apa dah kot? :P

adab itu adalah

well. susah sangat ke nak kata yang elok-elok. susah sangat ke nak tunjuk muka yang manis tersenyum ikhlas?

bukan nak jadi racist. tapi sedih dengan orang melayu kita sendiri. [bukan semua la mcm ni ye] tapi ini adalah hakikatnya~ ramai yang tak tahu adab sopan dah. ramai yang tidak tahu untuk berkelakuan baik sesama manusia.

i am sure. hampir sume daripada kita pernah mengalami keadaan di mana waiter ataupun waitress di kedai-kedai makan mengambil order dengan muka yang kelat-melat, langsung tiada senyuman terhias di bibir, dan seolah-olah macam nak halau kita keluar je dari restoran mereka. sepatutnya, kena lah bermuka manis, ramah dalam melayan customer. ini bukan. layan mcm nak tanak jek. macam mana lah bisnes nak maju kan~ hati yang sejuk pun boleh jadi panas dan marah tau. hu

lagi. ada satu kejadian semasa aku dan kawan-kawan pergi ke open house ms mazeyanti. aku yang memandu kelisa ku dengan kelajuan sederhana mencari-cari tempat parking yang sesuai. namun, dengan tiba- tiba je ada seorang budak lelaki dengan riang nye menaiki basikal dan lalu dengan selamba nye dpan aku. huhu. nasib baik la aku perasan. klau tidak. Allahualam lah~~ dan setelah terjumpa parking yg sesuai, iaitu tidak jauh dari tempat kejadian hampir-nk-terlanggar-budak tu, aku pun keluar lah dari kereta dan cepat-cepat mahu ke rumah ms mazeyanti. tiba-tiba ada seorang kakak yang pada ku mungkin adalah emak kepada budak basikal itu mengatakan sesuatu pada aku. aku yang pada mula nya tak dengar sangat apa yang dia mahu katakan, memberi isyarat utk dia mengulangi apa saje yg dia baru ucapkan tadi. lalu terkeluar lah kata2 sinis seperti ini "ni taman, bawak kereta slow2 la" dgn muka yang sangat kerek. i was like~ er. tergamam di situ. pada hemat aku. aku bawak kereta dah cukup slow dah kot. siap leh perasan n stop bila anak dia tetiba muncul di dpan aku. n klau betul la ak salah, bawak kereta laju mcm kereta F1 tu. tak boleh ke cakap elok2? aku hanya senyum dan terus berlalu. hati takyah cakap lah. mmg sebal dan terkilan. terus hilang mood ber open house.

ada satu lagi kejadian di surau, hospital manjung. kami sangat kelam kabut utk menunaikan solat magrib yang hampir kehabisan waktu. ada lah dalam 10 or 5 minit je lagi utk masuk ke waktu isya'. jadi, kalau dah nama kelam kabut, mana nk perasan apa2 papan tanda. fokus kami hanya lah utk mencari tempat wudhu' dan tempat solat. namun, ada seorang hamba Allah ni, let me call him Pakcik lah. sangat tidak bertimbang rasa dan tidak bersopan dalam menegur perbuatan kami yang pada hemat Pakcik itu, sangat salah. cerita nya begini. surau ini terletak di tingkat atas. jd utk ke surau, kenalah menaiki tangga kan. dan kami ofcoz la baru n first timer di surau itu, terus menaiki tangga dan meletakkan selipar kami betul2 di depan surau. padahal, ada terpampang papan tanda yang melarang selipar di bawa ke atas. jd Pakcik ni td, tengah kami duk kelam kabut mengambil wudhu, dgn nada marah2, bertanya "sape punya selipar kat luar ni?". kami yang terkejut terus mengaku dan meminta maaf. Pakcik ni ttp tak puas hati. sampai di ulang2 nye lagi pertanyaan dia. padahal dia tahu kot yg ktorg ni tak sembahyang magrib lg. kami buat bodoh saje. solat kami lebih penting Pakcik. sesudah solat, kami lihat selipar kami sudah di bawah. Pakcik ni. mmg takde langsung toleransi. nk tegur tu. boleh. tp kenapa lah tidak di buat dengan adab dan berhikmah? lagi-lagi bila di surau, tempat ibadat tu. huhu -sedih2-

dan kalau kt tengok situasi sekarang. ramai yang makin tidak menghormati ibu bapa masing-masing. ramai yang lebih mementingkan diri sendiri. dan mementingkan sahabat. padahal kt semua tahu kot, tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ini. bukan pada parents je. even pada adik beradik sndiri, guru, lecturer or kawan2 sndiri pun kita kurang menjaga adab. huhu

harap kita semua di jauhkan dari penyakit zaman sekarang ini. sama-samalah kita berusaha utk menjauhi sifat buruk dan di benci ini. marilah kita bersama2 saling tersenyum dan menghormati antara satu sama lain. bukan susah pun kan? lets make this world a better place.

ameen.

Friday, October 16, 2009

Solat is to build our CHARACTER


banyak diantara kita, yang tertanya-tanya, kenapalah kena solat? kenapa solat ada lima waktu? kenapa solat ni wajib ek? kenapa lah solat ni lebih baik di lakukan secara berjemaah? dan mungkin pelbagai lagi persoalan tentang solat yang mungkin pernah muncul dan terngiang-ngiang di kepala otak semua. dan mungkin pernah juga terbit di hati masing-masing, perasaan malas dan dialog ni "tak payah solat kan bagus?" dan pelbagai lagi la persoalan dan perasaan negatif berkenaan dengan solat.

hm.. semua ni akan terjadi bila kita tidak paham akan erti dan makna nye solat itu sendiri. dan. yang paling penting, tidak adanya perasaan cinta dan rindu kepada pencipta kita. Allah S.W.T

normalnya kita semua muslim di Malaysia khususnya. sudah di ajar dan di suruh untuk mendirikan solat sejak kecik lagi oleh mak dan ayah dan mungkin juga oleh cikgu-cikgu agama di sekolah dengan memberi sebab dan musabab seperti di bawah:
  • solat wajib di dirikan, kalau di tinggalkan, berdosa besarlah dan masuk neraka lah engkau
  • solat tiang agama, kalau tidak sembahyang, runtuhlah agama engkau
  • dan pelbagai alasan dan sebab yang tidak jelas dan tidak membuatkan orang faham akan erti dan makna sebenar solat itu

kebanyakan kita biasa bersolat. jadi, bila sudah menjadi kebiasaaan, maka, susahlah untuk di tinggalkan. betul tak?

dulu saya sendiri macam ni. solat sebab memang dah biasa dari kecik. dari kecik dah di ajar untuk solat 5 waktu sehari. solat sebab takut dengan Allah S.W.T dan takut dengan azab neraka. [i think ni reason plg banyak org guna. kan?] pendek kata solat bukan sebab cintakan Allah dan bukan sebab rindu kan Allah S.W.T.

sebab apa semua ni terjadi? sebab kita semua, dan saya sendiri pun tak paham apa erti dan makna solat dan yang paling penting, saya tidak cinta dan rindu pada pencipta saya, Allah S.W.T. hanya takut akan azab seksaan api neraka kalau tidak solat. huhu. Alhamdulillah, sesudah menemui ESQ, saya mulai paham akan hakikat sebenar solat. syukur2.

pertama, saya faham solat itu adalah satu amalan yang menunjukkan kepatuhan kita sebagai hamba Allah yang kerdil dalam mengikuti suruhan nya. hanya mereka yang betul-betul sedar akan hakikat diri sebagai hamba Allah yang akan patuh dan menunaikan tanggungjawab mereka pada tuhannya.

macam kita kerja, kita akan ada rasa hormat, takut, sayang kepada boss kita. jadi, mestilah kita akan sentiasa cuba mengikut dan membuat apa saje yang boss kita mintak. betul tak? kalau tak buat, kita akan dibuang kerja atau pun di potong gaji.

macam parents kita juga, kita akan mengikut segala arahan dan permintaan mereka sekiranya kita ada perasaan hormat, takut, sayang dan cinta pada mereka. kalau tak, diorang akan cut kita nye allowance dan pelbagai lagi nikmat hidup yang mereka beri selama ini.

ini lagikan pada pencipta kita. kita mungkin solat kerana takut akan azab siksa neraka. tapi sekiranya kita solat sebab kita cinta dan rindu pada Allah, sesungguh nya solat itu akan jadi lebih indah lagi bermakna. dan sekaligus solat kita akan di lakukan dengan rasa ikhlas, gembira dan tanpa rasa paksaan.

yang kedua, solat itu pada saya, adalah satu bentuk cara kita sebagai hambanya untuk menunjukkan rasa bersyukur kita terhadap segala nikmat dan rezeki yang tuhan telah dan akan beri. dont u guys think the same too?

dan, solat itu juga adalah satu cara untuk kita berdoa dan berbicara pada pencipta kita. kerana setiap bacaan dalam solat adalah sebenarnya doa-doa. bukan la bacaan yang tidak memberi erti apa-apa.

yang keempat, ini lah yang saya dapat melalui ESQ. solat rupa-rupanya ada hikmah yang terlalu besar untuk manusia. hikmah yang selama ini mungkin kita tidak sedar. ataupun kita tidak dapat melihat hikmah itu pada diri sendiri sebab ada canggung nya pada amalan solat kita selama ini. seperti, selalu tinggal solat, especially subuh. :P or selalu lewat-lewat2kan solat. solat ini rupa-rupanya adalah untuk membina character diri kita~! solat rupa-rupanya dapat memberi pelbagai sifat dan character yang mulia dan bagus kepada manusia. antara nya adalah:
  • jujur
  • tanggungjawab
  • wawasan
  • disiplin
  • kerjasama
  • adil
  • prihatin

macam mana? ha. ni yang mungkin kita terlepas pandang selama ni.

pertama, jujur: solat kan ada 5 waktu sehari dan setiap waktu ada bilangan rakaat nye yang tertentu. jadi, kita kena jujur dalam setiap solat yang kita dirikan. jangan dalam sehari tu. kita solat 3 waktu sahaja. dan jangan solat asar yang ada 4 rakaat jadi 2 rakaat plak. suka-suka hati je kan nak discount rakaat solat. kita kena jujur. takleh nak tipu-tipu kat sini. sebab Tuhan Maha Mengetahui. :) jadi kawan-kawan, secara tak langsung solat boleh melatih kita untuk bersifat jujur bukan saje dalam solat, malah untuk semua benda dalam kehidupan kita. kan?

kedua, tanggungjawab: menunaikan solat 5 waktu sehari adalah tanggungjawab semua hamba Allah. kita di perintahkan untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. jadi tidak secara langsung, solat telah mengajar kita erti tanggungjawab dalam hidup kerana tanggungjawab solat adalah di atas bahu masing-masing. So, sendiri mahu ingatlah kan? bak kata orang-orang melayu kita, kubur masing-masing. :P meaning. setiap perlakuan kita atas bahu kita. menjadi tanggungjawab masing-masing untuk membuat semua benda yang di pertanggungjawab kan. contoh nye. kita tak boleh nak suruh mak kita solatkan untuk pihak kita. kan?

ketiga, wawasan: solat mengajar kita untuk menjadi orang yang berwawasan. how? solat di buat kerana kita mahukan kejayaan di akhirat. bukannya mahukan balasan hari ini yang kita boleh nampak dan rasa. akhirat kan sesuatu yang telah Allah S.W.T janjikan, yang kita percaya akan terjadi suatu hari nanti. jadi, secara tidak langsung, solat telah mengajar kita untuk menjadi insan yang berwawasan dan mempunyai visi dalam hidup. segala apa yang kita buat mestilah ada sebab dan visi yang mahu kita capai. bukan secara suka-suka dan sia-sia saje segala perbuatan kita.

keempat, disiplin: solat mengajar kita untuk menjadi lebih berdisiplin. how? well, dalam Islam, kita kan tidak boleh melewat-lewatkan waktu solat. berdosa besar hukum nya. jadi kita dilatih untuk menepati setiap waktu solat yang berbeza waktu nya setiap hari. subuh masuk pada 6 pagi. mana boleh solat pukul 7 pagi plak. macam tu juga dengan waktu-waktu lain. jadi, kalau kita sendiri melewat-lewatkan sembahyang, solat ikut suka hati jek. kadang-kadang berapa minit lagi nak masuk waktu seterusnya baru terhegeh-hegeh nak solat. so, macam mana nak ada sifat disiplin dalam diri tu?

kelima, kerjasama: sifat kerjasama ini kita boleh lihat melalui solat secara berjemaah. solat berjemaah ada imam dan makmumnya. semua makmum akan mengikut imam dalam mengerjakan dan menyempurnakan solat secara bersama-sama. imam rukuk, makmum pun rukuk. imam angkat takbir, makmum pun ikut sama angkat takbir. semua di lakukan secara serentak dan dalam baris-baris saf yang lurus. dari awal hingga akhir solat itu.

keenam, adil: semasa solat berjemaah. kita dapat lihat, siapa saja boleh menjadi imam. asalkan dia baligh dan yakin betul akan solat nya. dalam saf pula, siapa saja boleh berada dalam saf itu, tidak kira tinggi atau rendahnya pangkat nya, tidak kira siapa dia di mata masyarakat, tidak kira usia. semua nya sama di mata Allah S.W.T. yang beza hanya lah iman dan takwa masing-masing. bukan sebab dia kaya. dia kena duduk di saf paling hadapan. or sebab dia miskin dia kena duduk di saf yang paling belakang. Allah hanya melihat iman dan takwa hambanya. Allah S.W.T melihat hambanya dari sudut yang sama sahaja, hanya mereka yg beriman saja akan di pandang mulia. bukan kerana banyaknya harta, dan betapa cantik dan hensem nye manusia itu. ini dapat melatih sifat adil dalam diri manusia. ini juga dapat mengelakkan DISKRIMINASI. kan? hehe

ketujuh, prihatin: di samping kita bersolat, Allah S.W.T mengajar kita untuk menjadi prihatin dan mengambil tahu kepada semua di sekeliling kita. ini adalah simbolik pada perbuatan memberi salam kiri dan kanan di akhir solat itu.

lihat betapa indah nya aturan Allah S.W.T. segala apa yang di suruh dan di larang Nya ada sebab dan hikmah nya. hanya mereka yang sedar saja akan beroleh keuntungan dan kebaikan. di dunia serta di akhirat.

jadi kawan-kawan, diharap selepas ini kita semua akan lebih memahami dan dapat melakukan ibadat solat dengan lebih bererti dan ikhlas. supaya kita dapat menjadi insan yang berkualiti. yang ada semua sifat-sifat yang mulia. dan yang paling penting, kerana cinta dan rindu kepada Allah S.W.T, pencipta kita.

^__^

p/s:

harap maaf jika ada info2 yang salah atau kurang tepat. jika ada, sila inform saya. saya hanya la insan biasa yang punya kekurangan. yang cuba menyampaikan apa yang saya rasa bermanfaat kepada semua. niat di hati hanya mahu berkongsi. :)

n credit to mai for sharing the info and ilmu with me. tq tq.