Pages

Sunday, December 4, 2011

last month of 2011

ye. disember sudah tiba. dan kami meraikan dengan pergi berjalan-jalan ke Kuantan, Pahang. :)

mode malas nak mengarang jadi saya letak picture banyak-banyak la. n of course mode malas sampai gambar tak tersusun ikut kronologi. :D

we went to East Coast Mall. aka ECM. 

and we went to eat lunch at Black Canyon after check in @ Hotel Zenith. which was located just next to ECM. and then shopping~ :) well takde la shopping mana pun. 

hubby and amir faheem. yang baru aje bgn tidur. patut la dia nampak blur ekh? :)

them with the newly-bought baby carrier. seems like faheem loves it. :)

pandangan comel dari faheem to his papa. aww. love his round eyes so much~!

faheem in the hotel's bed

lagi expression muka faheem yang dapat di potret kan.

:) love

my two love ones..

still berpantang ais. so kita ber'MOCHA" saja~

the love of my life. with ma love drink. :P -apa aku merapu nih-

my fav dish if i came to Black Canyon. fussilini in chicken tom yam.

mama and faheem yang mamai-mamai

kami during lunch at Black Canyon. Faheem tidur aje sampai kami selesai makan. macam tahu-tahu aje kan. hehe. good boy.

hubby with his lunch dishes..

:)

and lastly.
gambar "syiok" sendiri. hehe

konklusinya, trip kali ni memang best. of course sebab this time ada ahli baru si kenit faheem tu. :) and hotel zenith memang cantik lagi selesa. 

tak sabar nya for next trip cuti-cuti bersama famili tersayang ni.

p/s: gambar ni sume diambil menggunakan kamera baru gue, panasonic lumix lx5. cantik kaaan :))

till then, salam.

Friday, November 11, 2011

kata kata itu doa

"macam mana faheem dalam perjalanan tadi? ok ke dia?"

"ok je dia. tidur je dari bertolak sampai la tiba ke destinasi ni. bangun pun sekali aje. nak menyusu"

"wah. baiknya budak ni.." saya hanya tersenyum. insyaAllah, baik lah faheem ni nanti.

"tak nangis ke faheem malam-malam?"

"tak lah. ok je."

"wah. baiknya budak ni.." saya hanya tersenyum. insyaAllah, baik lah faheem ni nanti.

"malam dia bangun berapa kali?"

"sekali je."

"iye? baiknya faheem ni." saya hanya tersenyum. insyaAllah, baik lah faheem ni nanti.

balik kelantan masa raya haji haritu, faheem baik aje. nanges hanya bila lapar kan susu.

"baiknya faheem ni, senyap aje."

saya hanya tersenyum. insyaAllah, baik lah faheem ni nanti.

dan banyak lagi lah dialog-dialog yang mana akhirnya akan berakhir dengan kekaguman orang akan kebaikan faheem yang tak banyak ragam.

sesungguhnya saya dan suami amat bersyukur. memang senang menjaga faheem. cuma malam lah. agak kerap menangis nakkan susu. tu pun bila dia dah nak tidur.

dan di usia dia yang baru dua bulan lebih ni, dia dah jadi sangat responsive. bila agah sikit, keluar lah suara "aigooooo aigoooo" dia. dan memang mudah sangat tersenyum. especially bila nampak muka mama dan papa dia. memang terhibur. hilang segala penat menjaga dia.

alhamdulillah. semoga dengan kata-kata baik orang sekeliling faheem ni, membesar dengan baik lah dia. dan menjadi seorang insan yang hebat di masa akan datang. ameen. ^__^

amir faheem bin amir farid. permata hati kami. :)

Thursday, November 3, 2011

say cheese~~~~


at last, dapat jugak capture gambar faheem tengah sengeh lebar and macam2 expression lagi. hehe. actually banyak je. tapi kita tunjuk 3 ni je lah. 

comel tak??

macam mak dia tak?? 

hehe..

tak sabar actually nak tunggu esok. esok saya, hubby and faheem akan balik ke kelantan untuk sambut raya haji together. last balik ketereh is in last december~! wah. almost a year tak jejak kaki sana. huhu. hopefully selamat sampai sana. n enjoy all of the daging`~ eh. orang lepas pantang leh makan daging dengan hovernya ke?? hm...

then, on 10th november ni, kami akan pulang ke KL/USJ balik. for faheem's next paed appointment. harap anak mama ni kuat la untuk menerima next injection. tak nanges kuat sangat and tak demam after getting the shots. and also for ain suffian's wedding, who is my ex roommate masa sambung master dulu. tak pat g reception diorang, so dapat pegi akad nikah je. what to do. kerteh tak cuti ahad. -susahnya bila weekend tak sama huhu-

disember bakal menjelang. ada idea menarik untuk direalisasikan for hubby's birthday n our 1 year anniversary. wah~! dah nak setahun saya bergelar isteri orang kaaan. -owwh. scary sungguh masa ni-  harap-harap menjadi lah sume yang di rancang. hehe.

Wednesday, October 5, 2011

eh dah 1 bulan?

kejap sungguh masa berlalu. scary plak bila memikirkan betapa pantas nya masa berlalu.

today is already 5 october 2011. bermakna, amir faheem dah 1 bulan 5 hari.. terasa macam baru je jumpa dia di labour room hari tu. hehe

alhamdulillah, 1 october lepas selamat sudah majlis aqiqah amir faheem. lega bila semuanya dah selesai. selesai hutang kami. :) terima kasih pada yang hadir.. amir faheem plak macam tahu-tahu aje yang majlis aqiqah ni untuk dia.. senyap aje sepanjang majlis.. especially masa ni..

amir faheem with his proud papa :)

my little boy in his cute little jubah

:)

i feel complete now.. alhamdulillah..

babes yang dapat dtg.. thank u babes for coming :)

all went well i guess. ramai yang datang especially masa tahlil dan marhaban. teringat apa yang suami share, dia suka and terharu sangat masa dia dukung faheem keliling semua yang hadir masa selawat.. terasa happy sebab ramainya orang yang mendoakan faheem. i tend to agree with him. hopefully, faheem membesar menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat nanti. amin.

dan yes, kambing BBQ and gulai itu sedap sungguh! hehe. makan jgk la walaupun masih dalam pantang actually.. :P

eh, tercite pasal aqiqah faheem plak. post ni pasal faheem yang dah masuk 1 bulan 5 hari actually. betapa cepat dia membesar..

dari ini..


kepada ini..


hm, tak sabarnya nak tengok dia membesar lagi.. :)

Tuesday, September 20, 2011

Berpantang itu..

pejam celik pejam celik hari ni dah 20 September dah. maknanya baby faheem dah berumur 20 hari dah. wah. cepatnya masa berlalu. patut la bila tengok baby faheem, macam dah makin besar dari dulu. hehe. baju pun dah makin fit. alhamdulillah.

so far, my motherhood journey went well. alhamdulillah susu banyak keluar. until now takde masalah untuk fully breastfeed baby faheem.

terasa happy bila dah jadi ibu. bila tengok muka baby faheem, terasa tenang aje. dan mula lah terfikir macam-macam. yang paling kerap is perasaan kagum; macam mana lah baby faheem ni boleh survive dalam perut sendiri dan end up lahir ke dunia dengan selamat. alangkah hebat nya aturan dan kuasa Allah kan. dan perasaan syukur of course. sebab selamat melahirkan dia.

owh yes, tujuan post ni di tulis adalah untuk share pengalaman berpantang ku. ada banyak yang ku suka, dan banyak jugak lah yang tak disukai. huhu.

perkara yang best:

  • diri dilayan bak puteri raja. dan di sayangi ramai. especially oleh mak mertua.. hehe. 
  • makanan sedap dan sihat. ye lah. semuanya berunsurkan bakar dan sup aje. nyum-nyum. air pun suam-suam aje yang boleh.
  • sesi mengurut dengan kak nurul. semuanya ku suka, bertangas, mandi herba, urut, tuam dan macam-macam lagi. terasa lega dan sihat badan. nanti saya cerita k pasal kak nurul ni. :) sangat recommended untuk mereka yang akan bersalin.
perkara yang tak best:
  • semua benda tak boleh buat masa berpantang ni. naik tangga tak boleh, basuh pinggan tak boleh, kelar rumah tak boleh. dan segala macam larangan lagi. hehe kalau boleh mak mak ni nak ikat je biar duduk atas katil je.
  • 24-7 kena pakai stokin, dan sweater. which i seldomly buat.. ngoho..
  • mesti kena pakai bengkung yang maha ketat itu, sangat tak selesa sebab dia dari bahagian punggung sampai lah ke perut. nak duduk dan nak menyusu baby faheem sangat la struggle.
  • takleh makan sembarangan.. huhu
  • kena berjauhan dengan suami. huhu. (ni paling tak best!)
overall, agak mencabar lah. agak menguji keimanan diri ni sendiri dan orang yang menjaga nya. sebab saya ni degil~ especially bab suh pakai bengkung. macam-macam alasan yang di beri. awal-awal dulu lagi la. dengan sakit di tempat jahitan, busy dengan urut-urut bagai, baby faheem kena warded lagi, pam-pam susu. dan segala bagai. alhamdulillah. dapat di tempuhi dengan baik.

apa-apa pun, im loving my motherhood journey yang sudah bermula ni. penat memang penat. tidur tak cukup sebab baby faheem makin kerap menyusu. nasib baik malam dia bangun dua kali aje. kalau tidak. huhu. and alhamdulillah dia kurang meragam. menangis bila nak susu dan once pampers dia dah basah aje. good boy kan dia? dan rasanya jaundice nye pun dah makin kurang. hopefully ok la semua. :)

tak sabar nak habiskan tempoh berpantang ni, dan balik ke kerteh and begins our new life with baby faheem. :)

p/s: dah 20 hari berlalu, tapi.... hmm.. takpe lah..

Wednesday, September 14, 2011

Amir Faheem Bin Amir Farid

alhamdulillah. akhirnya, permata hati saya dan suami telah selamat lahir ke dunia ini pada 1hb September 2011, jam 2059 di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya. my baby kecik je. 2.9 kg. betul-betul ikut papa dia. :) papa dia dulu pun 2.9 kg je. 

semua ni berlaku tanpa famili masing-masing. my famili sedang dalam perjalanan dari kelantan. and my in laws plak di KL. baru tiba dari seremban. almaklum lah. musim raya kan. saya dan suami je yang duk beraya di subang. sebab due date dah dekat.

first time di pangkuan mama. keluar-keluar dari perut je dah luas mata tengok mama dia. :)

syukur sangat-sangat. akhirnya the Delivery Day (D-Day) yang sangat ku takuti, dapat di tempuhi dengan selamat. dan yang paling penting, sekejap aje. sama macam umi ku dulu. less than 1 hour. settle semua nya.

pengalaman melahirkan Faheem, memang amazing. sangat takkan boleh lupa. its not easy okay. hehe. sangat memerlukan ketabahan dan ketahanan yang kuat. especially masa nak push-push baby keluar dari perut. kalau tak sabar, dan mudah semput, memang payah dan lama la jawabnya.

dan paling takleh lupa ialah sokongan yang diberi oleh sang suami. kalau beliau tiada, mesti berganda-ganda susahnya. thank u sayang. :)

it all started with mild cramp, ala-ala period pain. tapi tak kerap. it went on for a few days jugak. then, 3 days before delivery day, suddenly ada spotting. and period pain cramp tu makin lama makin pendek gap dia and makin sakit. bila dah makin pendek sehingga 10 minutes je gap, suami dah paksa pergi hospital. so, pergi la juga walaupun macam tak rela. bukannya apa. terasa macam bukan teruk pun contraction tu. and bukan contraction yang akan menyebabkan sampai nak bersalin. ye la. ala-ala period pain je pun. sampai-sampai sana, nurse check. 4 cm dah bukak. i was like "aiyo`~~" cuaknya ya Allah. huhu. rupa-rupanya macam tu  ek contraction nak bersalin. the contractions keep on coming and go. and sakit nya hanya tuhan yang tahu. 

sementara menunggu doktor datang, saya di beri makan bubur and buah betik and kemudian ubat pass motion (ubat suh berak :P). then, bila settle semua, doktor pun datang. nurse dripkan, and at the same time doktor pecahkan air ketuban ku. terasa sejuk je bila air ketuban tu pecah.. huhu... tak sakit pun masa doctor pecahkan.. the reason why doctor pecahkan air ketuban is to avoid me from waiting and waiting. she said ada lah dalam 4-5 hours lagi insyaAllah akan start proses labour. and i was like.. er lama nya..

tapi~~

less than 1 hour dari saat air ketuban di pecahkan, saya dah start rasa contraction yang sungguh kuat dan lagi kerap. dan tiba-tiba rasa macam nak berak sangat-sangat. riak muka nurse pun berubah bila saya cakap saya nak berak dah sangat-sangat... saya macam dah pelik..

dia terus check.. dah 8 cm terbuka~! wah... cepatnya... doctor kata tadi dalam 4-5 jam.. hm..

then, bermula la proses meneran.. dan teran...dan doktor pun tiba pada masa yang tepat.. (doktor siap boleh balik ok. sebab dia expect labour akan start dalam 4-5 jam lagi kan~ :P)

proses kelahiran ini berlangsung kurang dari sejam aje. tapi empunya diri yang merasa dan meneran untuk mengeluarkan baby terasa lama sangat masa berlalu. everytime teran, nafas terasa tak cukup je, menyebabkan kepala baby jadi macam "yoyo". dah nampak, tapi sebab saya tak cukup nafas, dia masuk balik. so kena start all over again meneran.

ada kalanya terasa macam nak give up je. terasa macam nak suruh doctor guna vacuum, or forcep or bedah aje~~ tapi bila tengok muka suami yang sangat bagi galakan masa tu, and galakan dari doctor and nurse, terus tak jadi nak give up. makin kuat plak semangat nak teran kuat-kuat biar baby boleh keluar dengan selamat. bila pikir-pikir balik.. kelakar pun ada. ye lah. suami, nurse and doctor tu macam duk tengah tengok sukan apa je. bersorak bagi support dengan dasyat nye.. hehe. " ok.. push push.. sket lagi. sket lagi". and etc. hehe

akhirnya. tepat pada jam 0859 malam, baby kami, amir faheem bin amir farid selamat dilahirkan. ya Allah. betapa leganya perasaan bila dapat tengok dia keluar. happy sangat. biar lah baby ku masa tu masih biru. penuh dgn darah. tapi bila dengar dan tengok dia menangis buat kali pertama, dan tengok muka suami rasa happy nya Ya Allah. terasa sungguh kagum dengan seluruh proses melahirkan faheem ni. betapa hebat nya Allah.

dan bila dapat pegang faheem buat pertama kali, owh... takleh nak describe. tengok dia, tengok suami. terasa complete sangat hidup ni. :)

just ignore my ugly face and hidung kembang ku itu. :P

amir faheem with his proud papa. :) <3

my family has completed, alhamdulillah :)

owh anakku, semoga kamu dapat membesar dengan sihat dan gembira, dan dapat menjadi anak yang baik, soleh dan berguna, baik di dunia dan di akhirat.

dan moga saya dan suami dapat menjadi ayah dan ibu yang baik pada kamu. 

ameen. 

Friday, August 26, 2011

Charles & Keith's shoe for sale


Charles & Keith Shoe.
Size: 37
Price: RM100 only* (negotiable)

Wore only once during my convocation.

Interested to be the new owner of this beautiful shoe? 
Just email me at syausj@gmail.com

Thank You.

^__^

bila meam gelabah...

semalam. lepas medical check up di SJMC, saya buat status di Facebook : "He's already half in! Gulp.."

tak sangka plak, status ni boleh buat orang cuak and gelabah. hehe. and orang itu adalah adik lelaki saya, meam. dia ingat baby dah nak keluar dan saya masa tu dah di hospital. comel je. saya plak masa tu duk tengah sedap window shopping di Sunway Pyramid. teman hubby mencari seluar slack. so tak perasan ada orang tengah duk kalut. hehe.

jadi, nak di jadikan cerita, masa duk tunggu hubby bayar, saya pun bukak la Facebook, tengok-tengok dah banyak respon rupanya. and respon meam la yang paling best. sangat buat saya and hubby tergelak.


rupa-rupanya sebab saya ada SMS dia jugak pagi semalam. and tetiba ada status cam gitu di Facebook. and saya plak buat seketika tak reply. senyap je no respon. lagi la menggelabah dia. sangat duk contact Abdul, my other brother for confirmation and talk to Ummi. 

so sweet. tak sangka. blur-blur dia pun, dia CARE actually. sayang jugak dia kat kakak dia ni kan. dan nampak sangat dia dah tak sabar nak jadi UNCLE. owh terharu.

meam and me. :)

tapi. saya macam tersedar jugak. bahaya nya bila buat status di Facebook ni. orang boleh misinterpret apa yang kita tulis. kita maksudkan yang lain, tapi orang yang membacanya leh paham lain. ha. kan bahaya tu. bukan status je, tapi gambar-gambar yang kita upload pun orang leh buruk sangka or pikir lain. jadi kawan-kawan, hati-hati yep. :)

p/s: aish baby, bila kamu nak keluar ni, macam tak sabar plak. hehe.

Thursday, August 25, 2011

tik tok tik tok..

sangat menghitung hari sekarang.... :) menghitung hari untuk apa? raya? no no. menghitung hari dan duk menunggu bila lah orang baru dalam perut ni nak keluar. hehe.

raya memang takde feeling sangat pun. tataw nape. maybe sebab lebih excited nak sambut orang baru kot.

ikutkan hati. nak je baby dalam perut ni keluar lepas raya. sebab nak puasa penuh. tapi, memikirkan MC hubby yang makin nak habis tu, rasa macam nak suruh baby keluar cepat-cepat. nak la dia ada di sisi masa proses bersalin tu berlaku kan.

now, its already 37+ weeks. tanya-tanya orang, minggu 38 or minggu 39 biasanya baby akan lahir. and mostly yang mengandung sulung baby akan keluar lambat.

tadi, baru lepas pergi medical check up di SJMC, Dato' Dr Siti bagitahu kami, yang baby dah "half in" in my pelvis area.... aiyo.. and it means the D-day (Delivery Day) could be any time, any day dah. alhamdulillah baby sihat. denyutan jantung normal dan sihat. dan kedudukan pun dah betul, kepala sudah berada di posisi bawah. harap-harapnya OK la.

takut memang takut. ye lah. kita tak tahu apa akan jadi kan. macam-macam cerita ku dengar. ada yang senang. ada yang sekejap aje. ada yang sengsara sampai 48 jam lamanya. macam mana la kisah bersalin baby pertamaku ni kan.

memang rasa tak sabar. tapi at the same time. cuaknya ya Allah. hanya Dia yang tahu. sangat duk muhasabah diri. dan menyediakan diri especially mental ini. harap-harap senang la bersalinnya. macam ummi saya. senang dan sekejap je. maybe sebab fizikal ummi yang tinggi kot. :)

my ex school mate, yati dah selamat melahirkan baby girl nya hari ni, padahal due date nye lebih kurang sama macam saya. which is after raya. hm... memang susah nak predict exact date baby akan lahir.

sekarang ni dah terasa mild contraction. ala-ala period pain gitu di bahagian bawah perut. together with mild pain at my groin. and now, dah terasa backache sikit-sikit. tapi semuanya tak kerap lagi. and i still can endure.

doakan saya dan baby ye semua. doakan moga selamat semuanya. :)

and selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin ya. halalkan makan dan minum. maafkan segala salah dan silap, jika ada. :))

Sunday, August 14, 2011

date iftar yang pertama as husband and wife

9hb Ogos 2011.  iftar pertama kami as a husband and wife. 

perasaan? of course la super happy. satu sebab dah lama tak keluar berdua. sejak balik duduk KL ni, ni la kali pertama rasanya keluar dating, macam zaman-zaman bercinta dan zaman duduk kerteh dulu. rasa berbunga-bunga jek. hehe

excited sangat. sibuk la duk mensurvey restoran best-best around KL. ada yang suggest Restoran Saba'. dia ada dua cawangan. satu di Setiawangsa dan satu di Cyberjaya. tak jadi pergi sebab dia ada buffet saje. no buffet sebab saya takleh makan banyak-banyak. sebab tengah pregnant kan. rugi jek. ada jugak yang suggest Naan Corner di Ampang Jaya. tapi hubby takmo. sebab JAM katanya di kawasan Ampang tu.

jadi?? kami pun limit kan kawasan ke area Wangsa Maju saje. survey punya survey, terjumpa la Cosy Place Restaurant. tengok kat Internet cam best. so, we decided to go there je.. :)


 their entrance door. nice~


 ala-ala english style interior design dia.. nice kan..

 ramadhan ni, this restaurant provide buffet for appetizer (kuih-muih)

and then ala carte for dinner dishes

so, kami amek buffet and also ala carte dishes for our iftar.


hehe. banyak kan~~~~

 sayur kailan ikan masin

 ayam goreng butter with lemon... (kot~)

 daging black pepper

 omelet seafood

us <3

overall, the food was OK lah... not so sedap sampai WOW.. biasa-biasa je. cuma yang tak best, portion for each dishes tu sangat la besar, tak sesuai untuk di makan berdua. huhu. banyak sangat. membazir aje. nasib baik kami berdua ni jenis kaki makan. tapi boleh jugak la lebihan tu di bawa balik.

service excellent. cepat dan professional.

buffet appetizer dia? hm. OK la. tapi tak banyak sangat choice actually. cam rugi plak amek hari tu. huhu

location? ambience? GOOD. parking senang. suasana tenang je. :)

PRICE? hm.. agak mahal. :)

sape-sape yang nak dinner date with loved ones. boleh la try ke sini. terletak berhampiran Wangsa Walk. 

menjadi yang pertama itu indah

yup. menjadi yang pertama antara semua, memang best. terasa istimewa, terasa lebih excitementnya. hehe. tiba-tiba je terdetik benda ni lepas berbuka dengan my babes, izza, oyen and hannah semalam di MURNI, USJ.

dalam famili, saya anak sulung, and my wedding is the first la of course la kan. alhamdulillah takde adik saya yang nak langkah bendul. :P itu dari segi famili. kalau dari segi kawan-kawan pun, saya antara yang terawal. hehe. so, of course semua orang cam excited terlebih. -er yeke? ke saya sorang yang syok sendiri nih? :P- and semua orang macam available untuk datang. ye lah. semua still single and itu menandakan kurang nya komitmen. macam saya sekarang, susah sangat nak penuhi undangan kawen kawan-kawan, satu sebab dah kawen, 2nd sebab duduk kerteh and 3rd sebab saya sedang pregnant. so sangat la limited. -huhu- mintak maaf ye kawan-kawan, bkn sengaja tamo datang.

then, im the first among my babes and friends yang pregnant. so, semua orang cam excited gak. haha. macam semalam. seronok tengok izza, oyen and hannah cam excited sangat tengok perut gerak-gerak sebab baby tendang. pegang-pegang perut semua. and lots of questions of course. hehe. owh bahagia nya perasaan ni. macam tu jugak dengan adik-adik. semua macam takleh terima kenyataan lagi yang kakak dia tengah pregnant. ada tu, meam my brother boleh plak tengok kakak dia and perut kakak dia dengan muka penuh expression pelik. then i asked; asal? dia pun jawab. besarnya perut kakok. macam pelik plak tengok. i just gelak je lah.

hm. apa lagi ye? 

tu je la kot setakat ni. tetiba je rasa cam nak membebel di sini.

sangat sedang menghitung hari ni. cuak and tak sabar at the same time. cuak sebab mengenangkan kesakitan yang akan ku rasai semasa bersalin tu. tapi sangat rasa tak sabar nak jumpa baby dalam perut ni. hehe.

pray for me aite.

and so far, puasa saya penuh lagi tahun ni. harap-harap ok lah sampai ke hari bersalin. and if betul baby keluar ikut due date, insyaAllah my puasa will be full this year. takyah ganti-ganti dah.

tu je lah. thats it people. mwahs. and selamat berbuka yep. :)

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan 2011

Ramadhan datang lagi. dan ramadhan kali ni, sangat bermakna buat diri ini. sebabnya?

1. first time berpuasa as a wife and soon to be a mother :D

2. first time berpuasa dengan suami tercinta

3. first time juga berpuasa as a pregnant lady. alhamdulillah, Allah bagi kekuatan dan kesempatan buat diri ini untuk berpuasa tanpa susah payah. macam tak pregnant pun ya gak. :)

4. first time solat terawikh duduk. sebabnya diri ini tak mampu nak berdiri lama-lama. try jugak 1st and 2nd day puasa tu solat macam biasa, tapi lama-lama especially bila berimam kan imam yang suka baca lama-lama and panjang per rakaat, saya akan nampak bintang-bintang; which menandakan diri ini nak pitam. huhu. menarik jugak pengalaman ni sebab mula appreciate zaman muda-muda dulu. senang je nak solat and buat ibadah lain, just mahu dan tidak je, malas dan rajin je. :P so kawan-kawan, appreciate la kesempatan dan kemampuan yang ada ni, buat selagi boleh k?

5. dapat berbuka dengan keluarga suami. selama ni dengan famili sendiri dan kawan-kawan je kan.

happy happy me. ALHAMDULILLAH. :)

biar lah lambat, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN pada semua. semoga RAMADHAN kali ini lebih bermakna jua buat semua.

BTW, a little bit updates about myself.

now is already 35+ weeks. so, it could be anytime la baby akan lahir. last scan, baby dah 2.1 kg. esok scan tak tahu la berapa dah dia. harap-harap bertambah seadanya. berat mama dia pun dah nak hampir 70 kg dah~! aiyo.

kawan-kawan semua, doakan la ye keselamatan kami berdua. takut plus excited neh. tak sabar nak jumpa the little me and amir. whee..

salam semua. :)

Friday, July 22, 2011

baby, jom shopping jom?

esok nak pergi shopping dgn umi, dan samira. sad kakngoh couldn't make it due to her work commitment. plannya nak shopping di Klang. harap-harap hasil nya seperti yang diharapkan...

:)

dear baby, be good inside my tummy k. don't be too active kicking and punching here and there ok. :)

p/s: sape-sape ada suggestion kedai barangan baby and ibu yang best, sila lah share.. :)

Saturday, July 2, 2011

there is always first time for everything


yep. there will always first time for everything...

dan perasaan pertama kali membeli baju untuk baby sendiri? 

indescribable. 

of course happy yang amat. perasaan berbunga-bunga je.

ini baru sepasang baju dan sarung kaki dan tangan. tak boleh imagine kalau shopping benda lain lagi. sure senyum sampai ke telinga. hehe. 

owh Allah. thank you for giving me this opportunity. to become a mother. to my husband's child. semoga selamat semuanya. ameen.

p/s: insyaAllah lepas mid-July ni, kami akan duduk di KL/USJ due to my husband's operation and until my pantang. please do pray for us. and to my babes and friends. hang out please do include me k?? :) i will try to make time for it.

Monday, June 20, 2011

kadang-kadang perlu...

in relationship. sometimes we need to have some kind of disagreement. we need to have some issue to debate with each other. and we need some conflict. why?

sebab. saya rasa. semua-semua di atas ni dapat merapatkan lagi hubungan sesama manusia tu. tapi dengan syarat, both must be open. both must be willing to listen to each other. and both must be frank with each other. tell the other person what you really meant. tell him and try to make him understand what you really feel on that particular issue or conflict. insyaAllah. at the end of the day, mesti hubungan tu akan lebih intim dan bahagia. sebabnya? kita akan rasa lagi dekat dengan dia. rasa lagi kenal dan paham akan isi hati dia yang sebenarnya.

tanak lah jadi macam dalam cerita-cerita drama melayu or indon tu kan. penuh dengan salah paham dan prasangka. padahal. apa yang difikirkan adalah salah sama sekali. end up. rugi je gaduh-gaduh. masam-masam muka. hm. biasalah kan. mesti ada semua ni kalau tak. bosan la drama di TV tu kan? tapi kalau banyak sangat adengan camgitu, tak ke bosan? :P

back to this. i am very fortunate to have a husband who is also my soulmate and also my bestest friend. setiap kali gaduh, mesti tak lama. sebab. kami amek pendekatan di atas tu. cakap baik-baik. dengar baik-baik apa yang masing-masing rasa. dan akhirnya. saling meminta maaf. owh. am i lucky to have him? alhamdulillah`~

so kesimpulan nya ialah. apa apa benda pun, needs both cooperation to make it happen. macam kata pepatah, takkan berbunyi kalau bertepuk sebelah tangan or it needs two to tango. chewah~ kena saling bertolak ansur. dan communicate selalu. insyallah. berjaya semua. including friendship. love relationship. family. and also in working life.

tapi yela. kena banyak sabar. sebab tak semua orang macam ni kan? :)) kalau semua macam ni, sure aman dunia. hehe

Sunday, June 19, 2011

shopping list for you baby

majalah PA&MA kini sudah menjadi bahan bacaan wajib saya setiap bulan. kunun-kunun untuk mempersiapkan diri lah untuk menjadi mama. hehe. so far, memang majalah ni bagus sangat. banyak info berguna. so parents to be out there, sila la beli ya. tak rugi pun pelaburan RM 6.50 setiap bulan.

 terbalik plak bila upload... -.-

 my favourite cover so far~ cute kan????? muka dia ada aura nakal je. hehe

ok. back to the topic of this post. its about the shopping list for my baby. alhamdulillah sebab dalam isu PA&MA bulan Mei 2011 ada dia bagi tips dan list yang boleh saya gunakan sebagai panduan. dan menurut majalah tu, memang shopping-shopping ni patut start di buat pada bulan ke tujuh mengandung. sebabnya? sebab masa tu kebanyakan ibu-ibu mengandung dah takde alahan, dan sudah sihat. so, senang la nk pergi shoping kan? dan masa tu, kandungan dah matang dan saat bersalin pun dah nak dekat. see. so memang patut la saya start buat list kan? hehe

according to this magazine, my shopping list should be divided into 7 categories. untuk menyenangkan la kot..

1. pakaian baby saya
  • sarung tangan 
  • sarung kaki
  • baju lengan panjang
  • seluar panjang
  • baju lengan pendek
  • seluar pendek
  • rompers (2 in 1 sebab baju dan seluar dia dijahit sekali)
  • topi atau topi bonet (perlu ke ek?? macam tak perlu je.. )
menurut majalah ni lagi, for newborns, tayah beli baju banyak-banyak especial saiz newborn nye. sebab baby ni cepat membesar. so, bear in mind ye mummies out there? nanti terbazir plak sebab nanti baby kita takleh nak pakai pun. dengar cite, baby yang diberi susu ibu lagi la cepat besar dan "gomok". hehe. aih. comey nye. plus, kawan-kawan or family sure akan bagi banyak hadiah baju kan? -berangan dan perasan -.- -

2. barang-barang mandi baby
  • tab mandi
  • pengalas tab mandi
  • tuala muka
  • tuala mandi
  • syampu baby
  • sabun mandi baby
hm. tak sabar nya nak mandikan baby. sure best kan? tapi tak sure plak samada ada keberaniaan ataupun tidak. aiyo. macam nak beli johnsons&johnsons jek. ke ada brand lain yang lagi best ek?


3. lampin baby
  • lampin kain moden (cloth diaper) / lampin pakai buang (hm. ni macam berbelah bagi, sebab duk tengok yang cloth diaper tu macam menarik sangat. macam-macam design ada. plus, one time buy je. cuma risau takut tak sesuai dengan baby. ye lah. takut beli banyak-banyak ada alahan plak macam ruam ke. plus, takut leceh sebab kena basuh-basuh kan. if beli yang pakai buang, sonang aje keje den ha. pakai. pastu buang. tayah basuh-basuh dah. tapi tak ekonomi dan tak menjaga alam sekitar la plak kan dalam jangka masa yang panjang. hm. takpe. survey-survey dulu lah.)
  • pelapik (kalau pilih nak beli cloth diaper la)
  • tisu basah (kena ek? basuh dengan air dan lap guna tuala je takleh ek? :P)
  • pelapik menukar lampin
  • beg lampin (hm. macam boleh jahit sendiri jek? :) )

4. barang-barang penjagaan baby
  • bedak 
  • losen
  • minyak baby
  • sikat/berus rambut (er. perlu ke? :P)
  • minyak telon (er. apakah ini? dah tak tahu, saya google la. dan ini yang saya dapat dari wikipedia: Minyak telon (dari bahasa Jawa telu, tiga) adalah minyak yang sering dibalurkan pada tubuh bayi dengan campuran dari minyak adas, minyak kayu putih, dan minyak kelapa dalam kadar yang berbeda-beda. oo.. tapi memang perlu ada ke? kalau losen jek, tak cukup ke? hm. tanya mereka yang lebih berpengalaman lah)
  • nail clipper 
  • kapas muka
  • krim ruam lampin (brand apa yang berkesan ye? takpe. survey-survey je nanti)
  • kain bedung (kain yang di gunakan untuk membalut baby. macam pernah dengar orang cakap. baby kalau tak bedung. tangan dan kaki dia akan bengkok dan jadi tak lurus. er, yeke?)
  • barut (kain yang bertali yang digunakan untuk membalut badan baby. untuk mengelakkan kembung.)

5. kelengkapan tidur baby
  • katil (macam tayah je kan? sebab for now better guna tilam jek. ke guane?)
  • tilam
  • cadar
  • selimut
  • bantal
  • bantal panjang

6. barang-barang untuk penyusuan baby
i opt for penyusuan susu ibu.. so the list goes like this..
  • pam 
  • bekas penyimpanan susu ibu
  • cooler bag
  • pek ais
  • maternity bra
  • baju mama~ :P
actually, kalau ibu tu tak bekerja perlu ke beli pam and sume-sume dia atas ni yek? mintak-mintak dipermudahkan la segalanya. nak bagi baby susu badan je kalau boleh. :)


7. kelengkapan beriadah
  • car seat 
  • baby sling (sangat perlu. especially for hubby's own good. mwahaha)
  • stroller (tayah beli lagi pun takpe kot. since baby kecik lagi. takkan nak bawak jalan-jalan dah kan? takpun, mana tahu ada famili or member nak bagi as present? ngehe)
  • nursing cover (leh jahit sendiri kot :))

since list dah complete. just nak kena go through balik dengan umi and mama lah. ye lah. kena tanya orang yang berpengalaman dulu kan. tanak la main beli jek. and end up rupa-rupanya takyah beli pun. pembaziran mestilah dielakkan kan? :D

and kena tahu di mana mahu beli sume-sume barang ini. so mummies out there. sila lah share kalau tahu tempat yang best dan berbaloi untuk saya dan hubby bershopping-shopping for our baby..

harap list ni dapat membantu bakal-bakal ibu yang lain juga. :)

Friday, June 17, 2011

resepi spageti goreng :)

this time saya nak share resepi spageti goreng plak. smalam try buat spageti goreng tanpa sos prego yang ready made tu. nasib baik menjadi dan sedap. dan paling penting, suami saya suka ~ selalunya saya akan tumis bawang and guna lebihan sos spageti yang telah dimasak.. leftover nye..

sonang aje sebenarnya. cuma perlukan keberanian aje. chehwah. (alahai.. masak spageti goreng je pun -.-)

bahan-bahan yang diperlukan hanyalah..

  • spageti
  • 2 biji telur (goreng dulu jadi scramble egg)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai lada kering
  • 1 lobak merah (hiris)
  • 1/2 biji capsicum (hiris halus)
  • 2-3 batang sosej ayam (hiris halus) - ni adalah untuk lauk. sebab ada ni je. so letak je la sosej. kalau nak guna lauk lain macam ayam ke. daging ke. ok saje. (kot? :P)
  • kicap
  • salad (hiris halus)

cara-caranya ialah..

  1. blend bawang besar, bawang putih dan lada kering tadi sampai hancur. then, tumis sampai naik bau.
  2. masukkan sosej, lobak merah, capsicum dan kacau-kacau.
  3. masukkan sedikit kicap. (ni saya main letak je. asal rasa cukup dan sedap aje.. ok la..)
  4. then, masukkan spageti yang telah direbus terlebih dahulu dan scramble egg. kacau-kacau biar sebati. 
  5. hidangkan dan tabur salad yang telah dihiris halus tadi dan SIAP. :)

takyah masukkan garam dah. since kicap dah ada kan. tapi for safety. sila lah rasa dulu ye. maybe saya ada luck kot masa masak ni semalam. sebab tu takyah tambah garam or seasoning yang lain.

owh. seronot nya masak. whee.. lagi-lagi bila menjadi dan orang yang kita sayang suka.

my 1st spageti goreng. :) -bangga-bangga- -.-

Thursday, June 16, 2011

6 jadi 8??

sekarang kandungan saya sudah menjenguk ke trimester yang ketiga. iaitu 3 bulan terakhir dalam tempoh 9 bulan mengandung. aiyo. cepatnya masa berlalu kan? rasa macam baru semalam je tahu diri ini mengandung. hm.

banyak perubahan diri yang berlaku. antaranya ialah...

  • selera makan bertambah-tambah. makan, kenyang dan akan lapar balik 2 jam kemudiannya.
  • berat badan dari 50+ kg sudah menjadi 60+ kg. 
  • ukur lilit pinggang dari 20+ inch dah jadi 30+ inch.
  • seluar jeans dan slack semuanya dah tak muat.. tiba-tiba bertukar menjadi muslimah solehah. hehe. ye lah. asyik duk pakai jubah or dress labuh aje.. dek sebab sume baju dan seluar sudah tidak boleh dipakai.
  • susu Anmun menjadi minuman ruji.
  • vitamin pun jadi antara makanan ruji harian.
  • saiz kasut dari 6 sudah menjadi 8.
  
my current foot wear. okay. design slipper ni memang saya tahu tak cantik. tapi sekarang ni, memang saya tak kesah. yang penting selesa. :) forget your heels. forget your nice pump shoes. 
  • style tidur dari macam-macam sudah harus mengiring ke kiri atau kanan saje.. sebab nanti tulang belakang sakit dan tak selesa.. sebab perut sudah mula memberat.. 
  • bahan bacaan dari DARA.COM, WANITA dan jadi PA&MA... 
dan macam-macam lagi..

sesungguhnya. pengalaman mengandung ini sungguh lah best. even though there are times which i don't like.. macam morning sickness, kegemukan yang tiba-tiba, kedatangan stretch marks di badan, ketidakselesaan akibat saiz perut yang semakin membesar dan pelbagai lagi.

sesungguhnya saya amat bersyukur atas peluang dan rezeki yang Allah S.W.T berikan pada diri ini dan suami, untuk menimang anak dalam masa yang agak cepat. sedar yang tak semua pasangan diberikan nikmat ini. perasaan dan pengalaman melihat perut semakin membesar setiap hari, perasaan setiap kali baby bergerak-gerak, bila umi dan orang yang dekat di sekeliling yang excited dan care about my pregnancy, and of course the attention and love given by hubby. all these are indescribable. alhamdulillah. semoga saya dan suami boleh dan dapat menjadi parents yang baik. insyaAllah. :)

 perlu ke upload gambar ni? :P

cuba teka gambar apakah ini?? :D

so syaima', sedar yang masa makin pantas berlalu. jadi. buat semua yang terlist di bawah ok...
  • cepat-cepat abeskan ganti puasa since Ramadhan dah makin dekat
  • godek2 balik buku agama dan buat solat hajat selalu agar dipermudahkan segalanya especially time labour nanti
  • rajin-rajin kan diri untuk membaca al-quran. dan be istiqamah. 
  • buat list untuk shopping barang baby
chaiyo`~!

p/s: dear all. doakan saya ye? dan baby.. :)